Bab 2

Humor Series 10089

?LEEYA FARAHIN?

Leeya menarik kerusi dengan kasar sebelum menghempaskan punggungnya. Annisa yang berada didepannya itu dibuat seperti tidak wujud. Kemudian, dia menjerit kepada pelayan restoren NZ Curry House iaitu sorang mamak yang berupa ala-ala Shah Rukh Khan mati bini. Sekali pakej kepalanya tergeleng-geleng bersama kertas di tangan dan sebatang pen berjenama Faster tiga warna diselit di telinga capangnya.
“Mamak... Teh tarik onne."  Suasana bising di kedai mamak itu dipersetankan saja.
            
Annisa menggeleng sahaja melihat perilaku ‘sopan' rakan serumahnya itu. “Hei, perempuan. Macam mana kereta? Dah siap repair?"
Leeya mendengus. “Dah siap lah. Kalau tak siap, memang nak kena libas dengan aku la cerita dia. Dari semalam aku hantar baru hari ni siap." Oren bancuh milik Annisa disedut selamba. Dahaga! Bekas lipstik di straw milik Annisa dia persetankan.

Dahaga sangat, kalau tak memang dia tak lalu. HAHA.
“Biasa lah tu. Bukan kereta kau je yang diorang kena repair. Herm, mamat tu mesti handsome, kan?" Annisa menayangkan muka minta penyepak.
“Huhh! Handsome kau kata? Belagak nak mampos. Dia bagi duit lepas tu boleh blah macam tu je. Takde sivik!"
             
Annisa mengerutkan wajah. “Biar je lah dia nak blah pun. Kau bagitau aku semalam yang dia dah bagi duit plus minta maaf lagi dah, kan? Okaylah, tu. Habis kau nak dia buat apa lepas tu? minta nombor?"
“Diamlah kau!"
Annisa ketawa. ‘Eleh, nak marah aku pula. Tak guna punya perempuan' . Dia kutuk dalam hati. “Hurm, ni apahal nak jumpa aku ni?"
             
Leeya terdiam. Seketika dia menarik nafas. “Mardina call aku tadi. Dia cakap bapak aku sakit. Dia nak aku balik rumah." “Again? Kau percaya ke bapak kau sakit? Ke dia tipu macam sebelum-sebelum ni?" Annisa memandang wajah Leeya. Kesian..
             
Leeya dijadikan anak yatim piatu sebelum masanya. Bapanya, Dato Roslan telah mengawini seorang janda yang mana telah menjadi ibu tirinya sekarang, datin Mardina. Ibu kandung Leeya sudah lama meninggal. Seingatnya, semasa ibunya meninggal dia berusia lima tahun.
            
Fikirannya masih mentah ketika itu. Masih memerlukan kasih sayang seorang ibu dan seorang bapa. Namun, bapanya tidak pernah menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Dato Roslan hanya melayan dua orang anak tirinya iaitu Aliff dan Aminah atau sekarang dipanggil Amanda. Huh, bajet sek-sek mat saleh sangat.Padahal muka melayu.
        
Eh, cupp! Malaslah aku nak story pasal diorang ni. Menyakitkan hati je. Huhh!
“Hoi....!!" Leeya tersentak . Terus diurut dadanya. “Kau menjerit kenapa, gila? Aku kat depan kau je, kan?"
“Kau tu yang gila. Aku tengah tanya kau yang kau pergi layan blues di petang hari ni kenapa?"
“Kau tanya apa?"
               
Annisa menjongket hidung. Tak pasal-pasal kena ulang suara pula. “Aku tanya kau. Bapak kau tu betul-betul sakit?"
“Manalah aku tahu. Aku pun dah berapa lama tak balik sana. Lagipun, dia bukan kisah dengan aku ni. Nak mati ke nak hidup ke. Arghh, lantak aku!"
“Itu kata kau. Tapi, sekarang ni kan Leeya . Aku rasa bapak kau tu macam nak baik-baik lah dengan kau. Kau tak rasa ke?"
“Apa maksud kau?"
           
Annisa menghirup air oren seketika. “Bapak kau dah tua, Yaa. Aku rasa baik kau balik rumah dia. Minta maaf. Sementara dia ada ni. Baik kau berbakti dekat dia banyak-banyak. Jadi anak solehah. Jaga makan minum dia. Kau ambik balik hati dia."
“Kau cakap senang lah, Saa. Kau tak duduk dekat tempat aku. Kau tak rasa sepak terajang  masa kecik-kecik dulu. Kau bolehlah suruh aku balik jaga dia. Kalau kau dekat tempat aku. Aku rasa kau nak dengar nama dia pun kau benci!"
          
Jelas sekali dia marah. Mukanya yang putih bertukar merah. Memang moody betul kalau sembang topik ni. Buat dia rasa nak mengamuk je. Bila dah mengamuk mula lah dia nak tempeleng orang. Siapa lagi yang dia nak tempeleng. Haruslah muka perempuan di hadapannya ketika ini. Sebab dia lah tak pasal-pasal aku emo. Pergi throwback kisah hidup aku yang penuh sadis tu pulak.
            
Annisa menggeleng perlahan. Dia cukup kenal dengan perangai gadis comel dia. Ini kalau dia cakap lebih banyak lagi, sure lah ada jugak yang kencing dalam plastik bag macam dekat hospital tu. “Ikut lau lah, Yaa. Aku cuma nasihatkan kau je. Cuma aku nak pesan dekat kau. Istiqomahlah. Aku doa banyak-banyak semoga kau kecapi balik bahagia dalam hidup kau. Aku sebagai kawan nak tengok kau bahagia je."
            
Leeya tersenyum hambar. Teh tarik dihadapannya dicapai sebelum dihirup. Aikk, bila masa mamak tu hantar. Soalan Annisa tanya tidak dijawab. Bahkan, dia pula yang menanyakan soalan.
“Persiapan kenduri kawin kau dah settle ke?"
“Belum.. Erghh, kau ni sengaja kan nak tukar topik?"
“Aku serabut lah. Macam-macam yang aku nak kena fikir ni. Dah lah, malas nak sembang pasal orang yang dah buang aku"
               
Annisa menggaru kepalanya yang ditutupi dengan shawl bewarna peach itu. “Berbuih mulut aku nasihatkan kau. Boleh je eh kau tayang muka muka tempe. Takde terima kasih ke sis?" Sengaja dia tayang muka sedih.
Leeya mencebik. Touching lah pula “Kau ikhlas ke tak ni?Okey lah, aku tahu kau sayang aku.

Sebab tu kau selalu ambik berat pasal aku kan? Huhu, thank you baby. Aku pun sayang kau. Okey lah. Aku nak kena blah dah ni."
“Eh, kejaplah. Kau makan pun belum. Kenapa kalut sangat ni? Kau tu bukan kerja dengan orang. Bawak grab aje." Annisa menahan.
                 
Leeya berdiri sebelum membalas. “Pasal aku bawa grab ni lah aku kena blah cepat. Manalah tahu customer aku ramai hari ni. Kau macam tak faham pula kerja aku. Okey lah, jumpa kat rumah. Terus dia mengatur langkah keluar ke kereta. Fikiran kacau, harus ditenangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience