Bab 32

Humor Series 9998

Seorang kanak-kanak berlari mendapatkan ibunya yang berada di dalam bilik. Sampai sahaja, terus dia menutup pintu dan memeluk tubuh ibunya yang sedang berbaring di katil.
“Ummi..." Comel sahaja suara kanak-kanak itu. Ibunya berpaling ke arahnya.
“Jangan kacau ummi!" Marah wanita itu kepada anaknya. Anaknya seakan tidak mengerti. Dia menguatkan lagi pelukan.

“Ummi.. Jom mandi. Ummi dah lama tak mandi. Hari ni, Ain mandikan ummi. Nak tak?" Pujuknya lagi.
Namun, pujukkannya itu hanya sia-sia sahaja. Ibunya semakin marah. Lantas ditolak budak itu sehingga jatuh dari katil. “Aku kata jangan kacau aku! Jangan kacaulah! Kau pekak ke apa? Pergi!" Budak itu menahan nangis. Dia tidak mahu ibunya marah lagi. Dia membelek sikunya yang luka. Sakit!

Wanita itu terpana. Dia tidak sengaja. Tidak pernah terdetik di hatinya untuk menyakiti tubuh kecil itu, namun entah kenapa dia berasa sangat berserabut ketika ini. Sebelum sempat dia mahu mengamit anaknya untuk datang semula ke sisinya..

Tiba-tiba, pintu bilik dibuka. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi dan tegap. Dia berjalan ke arah katil. Budak kecil yang menangis itu tidak dihiraukan. Dia memandang ke arah isterinya yang sedang berbaring lemah.
“Tak penat ke hari-hari terpekik? Awak ni sakit. Buatlah cara sakit. Yang menjerit macam orang gila ni kenapa?" Kasar sungguh bahasa yang ditujukan kepada isterinya.

“Saya sakit sebab awak! Semuanya sebab awak! Kalau awak kahwin dengan betina tu semata-mata buat saya macam ni. Seksa hidup saya dan anak saya. Baik awak tak payah kahwin! " Balas si isteri semula. Suaminya mengeluh kuat.
“Awak tak payah nak salahkan saya. Siapa yang izinkan saya kahwin dengan Ina dulu? Sekarang bila dah kahwin, awak marah-marah saya pula. Apa masalah awak sebenarnya?"

“Saya suruh awak kahwin dengan dia untuk bantu dia. Dia orang susah. Saya tahu saya sakit, saya nak dia jaga awak. Jaga anak kita. Tapi, dia bukan yang macam saya harapkan. Dia nak ramas harta-harta saya yang sepatutnya jadi milik Ain, Roslan!" Jamia mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Dato Roslan ketawa sinis. Jamia bangun dari pembaringan. Dengan langkah yang terketar-ketar dia berjalan ke arah suaminya.

“Jaga anak? Nak suruh orang luar jaga anak awak? Hei, semasa awak ada sekarang ni pun. Awak jaga ke anak awak? Awak jaga ke makan, pakai dia? Tuuu, tengok tu!" Jari telunjuk Dato Roslan menghala ke arah anak mereka yang terduduk di permaidani tepi katil. Wajahnya kelihatan muram.

“Budak sekecil tu pun awak tak jaga. Dengan baju selekeh, rambut serabai macam tu awak tak pedulikan dia! Mak jenis apa awak ni. Awak pun langsung tak layan saya sebagai suami awak. Dulu masa awak sihat, awak rasa hebat. Semua orang tunduk dengan awak! Sampaikan awak lupa, tanggungjawab awak sebagai seorang isteri!" Dato Roslan terus memuntahkan amarahnya yang selama ini dipendam. Dia berasa sakit hati. Jamia bukan seorang isteri yang baik.

Jamia pun tidak tahu, kenapa Dato Roslan sudah tidak ambil berat terhadap anak mereka. Langsung tidak dilayan. Berbeza sungguh sikapnya dengan dulu dan sekarang. Pasti ada sesuatu yang menghasut Dato Roslan berperangai sebegini. Ini pasti kerja Mardina! Dia pasti!

Jamia menahan nangis. Wajah Leeya Farahin dipandang dengan perasaan yang sayu. “Awak memang langsung tak reti bersyukur, Roslan. Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk awak. Saya sanggup berhenti kerja dari syarikat tu. Saya ubah nama pewaris syarikat tu sebagai nama awak, saya dah buat segalanya untuk awak! Apa lagi yang awak nak?"

“Saya tak minta pun semua tu. Yang saya nak supaya awak jalankan tanggungjawab awak je dekat saya. Saya bosan, Mia! Saya bosan. Awak terlampau kongkong hidup saya. Apa yang saya buat semua tak kena.Awak terlampau cemburu, Mia! Awak memang dah melampau!"

“Awak jangan nak salahkan saya, Roslan! Saya kongkong awak bersebab. Kalau bukan disebabkan perangai gila betina awak tu kita tak kan jadi macam ni. Awak cuma nakkan seks. Sampaikan orang gaji sendiri awak anukan. Awak tak pernah ambik tahu pasal saya. Bila kena dekat saya, pandai pula awak nak marah. Tuduh saya yang bukan-bukan seolah-olah awak tu malaikat yang tak buat dosa! Syaitan!!"

“Jamiaaaa!!!" Pantas Dato Roslan menampar pipi Jamia.

                         ********

“Ummi!!!!!"

Leeya terjaga dari mimpi, muka diraup berkali-kali. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia kerap bermimpi tentang arwah ummi dan walidnya. Seperti mimpi itu ingin menceritakan sesuatu. Dulu, sewaktu muda walidnya memang kaki perempuan. Sebut sahaja nama Roslan, semua orang kenal. Oleh kerana rupa dan populariti, walidnya lupa diri.

Namun, di saat walidnya bertemu dengan ummi dia sudah berubah. Umminya merupakan anak gadis dari peniaga Pakistan yang datang ke Malaysia. Mereka orang kaya tetapi, tidak bersetuju apabila umminya menyuarakan hasrat untuk bernikah dengan walidnya. Katanya tidak sama darjat dan budaya. Oleh kerana terlampau cintakan walid, umminya sanggup dibuang keluarga.

Di sini, umminya belajar berniaga. Kemungkinan kerana dia mempunyai darah di kalangan usahawan yang berjaya menyebabkan dia cepat belajar dan cepat faham. Semua khursus yang berkaitan dengan bidang perniagaan dia daftarkan diri. Dato Roslan hanya menyokong dan tidak bersungguh-sungguh untuk bersama belajar seperti dia. Sebab itulah, dia menjadi MD di syarikat mereka pada waktu itu.

Pada mulanya, Dato Roslan menjadi seorang suami dan bapa yang penyayang.
Semua perangai dan tabiat buruk dia tinggalkan. Entah macam mana, sewaktu usia Leeya melonjak ke angka 8 tahun. Jamia disangka menghidap penyakit kanser otak, dan Dato Roslan membuat balik perangai lamanya iaitu simpan perempuan.

Jamia menghidu perlakuan buruk suaminya daripada gossip-gossip liar kenalan mereka. Oleh sebab itu, dia menyuruh Dato Roslan berkahwin dengan pembantu rumah mereka iaitu Mardina, janda anak dua. Dia mahukan perempuan itu menjaga suami dan anaknya dengan baik jikalau di tiada lagi nanti. Dia sebenarnya sudah salah mentafsir, dia fikirkan Mardina seorang yang baik, namun semuanya hanya dusta semata-mata.

Leeya melepaskan nafas perlahan. Dia sebolehnya tidak mahu mengingatkan lagi peristiwa silam dulu. Ada kalanya dia bermimpi dirinya sewaktu kecil yang menjadi mangsa dera Mardina. Entahlah, dia tidak mahu ingat. Dia mahu membuka lembaran baru. Mengingati masa lalu adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Leeya berusaha memejam mata, dia penat. Selang beberapa minit, dia kembali tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience