Bab 28

Humor Series 9998

“Sayang, bangun..."
Leeya masih belum bergerak. Matanya masih bertutup rapat.
“Sayang... Hey, wake up! Kita dah sampai ni.." Naufal menguatkan suara, pipi Leeya ditepuk perlahan.
“Hurmmm...." Leeya cuba membuka mata dan cuba bangun. Dia menggosok mata seketika. “Kita dekat mana ni?"

Soalnya sambil membetulkan shawl yang sedikit terpenyet. Naufal turut membantu.
“Kita dekat Ipoh..."
“You what? Ipoh?" Leeya membuntangkan mata memandang Naufal yang sudah membuat muka tak bersalah.
“Apasal boleh sampai ke sini ni?"
“Laaa, kan bie dah bagitau bie ada surprise untuk sayang. Lupa ke yang?"

“Tapi, tak kan sampai ke Ipoh. Dah macam dekat KL tu dah takde tempat nak surprise kan dah."
“Tempat sini spesial sikit lah. Dekat KL mana ada."
“Jauh lah. Kejap lagi nak balik pula. Makan masa lah, bie."
“Jangan risau lah. Bie yang kena drive. Lagipun, kalau lewat sangat kita tidur je lah dekat sini." Naufal menaikkan kening.

“Uhh, tak naklah. Nak balik." Ujar Leeya, dia bingkas keluar dari perut kereta. Saat dia menjejakkan kaki ke tanah. Dia memandang sekeliling dan tiba-tiba dia terpana. Dia terkelu. Di mana Naufal membawanya sekarang? Ini bukan seperti apa yang dibayangkannya. Tempat ini terlalu asing. Dia menggeleng perlahan dan mencari susuk tubuh Naufal.

Kelihatan Naufal turut memandangnya. Perlahan-lahan lelaki itu melangkah ke arah Leeya. “Sayang..." Leeya menarik nafas.
“Kenapa bie bawa ke sini?"
“Sayang tak suka?"
“Jawab, bie!" Leeya menguatkan suaranya.
Naufal tersenyum sejenak.
“Sebelum kita kahwin, bie nak sayang kenal dulu betul-betul dengan bie. Selama ni, hanya bie saja yang tahu kisah hidup sayang. Tapi, sayang tak pernah tahu kisah bie, kan?"

Dia memandang tepat ke arah Leeya. Leeya menundukkan wajah. Sedar tentang khilafnya. Dia terlampau memikirkan nasibnya sehingga dia terlupa tentang perjalanan hidup Naufal yang juga penuh dengan onak dan duri.
“I'm sorry .." Dia mengungkapkan kata kemaafan dengan perlahan.
“It's okay. Sayang ada banyak masa untuk kenali hati bie, kisah hidup bie, perangai bie. Ini sebahagian je, yang. Bie tak nak terlampau berahsia dengan sayang."

Naufal menggenggam jari-jemari Leeya. “Jom. Sayang jangan takut." Dia membisik perlahan dan membawa Leeya masuk ke dalam. Seketika Leeya membaca lagi papan tanda yang ditulis ‘RUMAH PERLINDUNGAN ANAK-ANAK SYRIA BAITUL MAQDIS'. Dia penasaran. Mungkin di sini dia dapat mengenali lagi siapa Naufal yang sebenar.

                         *********

Suasana hingar dengan jeritan anak-anak kecil begitu membingitkan telinga. Saat Naufal dan Leeya masuk ke dalam rumah mereka terkejut dengan telatah kanak-kanak itu. Ada yang melompat, ada yang ketawa dan anak yang menangis. Naufal kelihatan tenang sahaja, dia sudah terbiasa dengan situasi ini. Namun, tidak pada Leeya.

Gadis itu kelihatan sedikit terkejut dan terpinga-pinga. Naufal pantas memeluk pinggang gadis itu.
“Assalamualaikum..." Kesemua kanak-kanak diam, mereka terkejut tiba-tiba sahaja ada suara garau yang memberi salam.

“Papa!!!!" Kesemua anak-anak itu berlari mendapatkan Naufal. Mereka berebut-rebut mahu menyalami Naufal dan memeluk erat tubuh sasa tinggi lampai itu. Naufal terpaksa duduk mencangkung untuk menyamai ketinggian mereka. Dicium satu- persatu dahi anak-anak itu berserta senyuman.
“Anak-anak papa semua sihat?" Pantas mereka menyahut. Ada yang mengangguk ada yang menggeleng. Terhibur juga Leeya dengan teletah anak-anak comel ini.

Seorang kanak-kanak lelaki comel berumur kira-kira lima tahun menyoal Naufal. Dia kelihatan amat manja dari anak-anak yang lain. “Papa... Kenapa dah lama papa tak datang sini?"
Naufal tersenyum. “Papa busy sikit, sayang. Darwish sihat tak?" Naufal bertanya kepada anak itu.

Dia hanya mengangguk dan tersenyum.
Ohh, Darwish namanya. Sesuai sangat dengan orang. Comel sahaja seperti anak-anak lain. Dia pula boleh berbahasa melayu dengan baik. Kemungkinan tinggal di sini sejak lahir.

Kemudian Naufal bangun dan melangkah ke arah Leeya yang masih di hujung pintu. Dia tersenyum kepada Leeya dan memandang semula kepada anak-anak syria itu. “Anak papa semua, mari sekejap.." Mereka semua meluru ke arah Naufal dan Leeya. Tubuh kedua-dua insan ini agak tinggi, terpaksa mereka mendongak.

“Kenalkan ini mama kamu. Namanya Leeya Farahin. Amacam, cantik tak?" 
“Cantik!" Mereka menjawab serentak dan membuatkan Naufal dan Leeya ketawa. Seseorang budak yang Leeya tidak pasti namanya meluru ke hadapan.
“Papa... Papa dah kahwin ke dengan mama?"
“Belum, Wafiey. Tapi, nanti papa akan kahwin juga dengan mama."

“Habis tu kalau belum kahwin kenapa papa pegang tangan mama. Nenek cakap kalau belum kahwin kita tak boleh sentuh-sentuh bukan muhrim. Berdosa!" Tanyanya lagi sambil menggaru kepala. Dia kelihatan seperti keliru.
Naufal dan Leeya tersentak. Pantas, dia melepaskan tangan Leeya. Dia berdehem seketika.

“Dah lah, tu. Cepat salam mama." Mereka mengikut kata Naufal. Berebut-rebut mereka mahu menyalami gadis cantik itu. Manakala, kanak-kanak perempuan tidak habis-habis mencium pipi Leeya sehingga tudung menjadi senget. Leeya tidak kisah, dia sememangnya sukakan kanak-kanak. Dia ikhlas. Anak-anak ini semua tiada dosa, mereka ahli syurga.

Naufal yang memandang dari tadi tersenyum bangga. Betul apa yang dia fikir. Leeya amat sukakan kanak-kanak. Semasa dia melihat Leeya bermain-main dengan Wildad anak sepupu Annisa semasa hari perkahwinannya dengan Arsyad hatinya sudah tertawan dengan sikap keibuan yang dimiliki oleh gadis yang bernama Leeya Farahin.

Puan Kalsom datang ke hadapan setelah mendengar satu suara garau. Dia seperti dapat tahu kemunculan Naufal kerana lelaki itu sudah memberitahunya akan kepulangannya hari ini. Dia juga menceritakan dia membawa Leeya pulang sekali. Wanita tua itu seakan teruja mahu berjumpa dengan pemilik hati anak lelaki itu.

“Naufal....." Puan Kalsom menegur. Pantas kedua-dua pasangan kekasih itu berpaling. Naufal segera mendapatkan ibu angkatnya itu. Dicium tangan tua itu penuh sopan. “Ummi..." Puan Kalsom tersenyum.
“Ummi sihat?"
“Sihat. Anak ummi apa khabar? Dah lama tak balik ni. Tak rindu ummi ke?"
“Alhamdulillah sihat, mie. Eh, apa pula tak rindu. Mestilah rindu. Rindukan ummi, rindukan masakan ummi yang power tu."

Puan Kalsom hanya ketawa. “Nabil pon dah lama tak datang ni. Dia sibuk juga ke?" Dia teringatlan anaknya yang mulut murai itu. Naufal menangguk. “Haah, mie. Minggu ni dia ada exam. Itu yang struggle sampai tak enjoy ke mana tu." Balas Naufal. Sementara mereka sedang berbual, Leeya sedikit pelik. Ummi? Kalau tidak salahnya, ibu kandung Naufal sudah meninggal. Macam mana pula wanita ini mengaku dirinya sebagai ummi pula?

Puan Kalsom tersenyum sebelum memandang wajah ayu Leeya yang anggun bertudung itu. Adakah ini bakal isteri Naufal? Ma sha Allah, cantiknya seperti anak-anak syria ini juga. Wajahnya seperti arab, dengan alis matanya yang bercelak, bulu mata lentik dsn berhidung mancung. Kulitnya putih gebu.
“Ummi ini kenallan, bakal isteri Naufal. Leeya Farahin. Bakal menantu ummi."

Leeya pantas menyalami wanita itu. Dicium tangan itu dengan sopan. “Apa khabar, mak cik?" Puan Kalsom pantas mencium kedua-dua pipi milik Leeya. “Jangan panggil mak cik, sayang. Panggil ummi. Nanti Leeya nak jadi anak ummi juga." Leeya tersenyum malu.

Seketika Naufal meninggalkan mereka berdua, memberi peluang Puan Kalsom menceritakan tentang kisah hidupnya kepada Leeya. Dia melangkah ke arah anak-anak angkatnya sedang bersorak riang yang dari tadi menunggu kedatangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience