Bab 26

Humor Series 9998

Naufal menyuakan tangannya ingin bersalam. Dato Roslan menyambut. “Apa khabar, dato. Minta maaf sekiranya saya tidak dialu-alukan datang ke sini."
“Sihat, alhamdulillah. Apa pula kata macam tu. Pintu rumah saya ni sentiasa terbuka untuk sesiapa je yang datang.“

Dato Roslan tersenyum melihat pemuda itu. Dia memang mengenali pemilik wajah tampan, tinggi lampai itu.
“Awak ni anak buah Tan Sri Razeef, kan? Professional young arkitek, Teguh Holdings?"
“Dato cam saya?" Naufal terkejut.
“Apa pula cam kenal. Walaupun kita baru sekali je jumpa. Saya tetap kenal awak. Lagipun, Tan Sri selalu ceritakan saya pasal awak. Tak habis-habis puji awak dengan kawan lagi seorang tu. Apa entah namanya..."
             
Dato Roslan menggaru kepalanya yang belum dihujani uban. Dia cuba mengingat.
“Arsyad." Naufal menjawab ringkas.
“Ya, Arsyad. Kerja you all memang superb! Kalau sayalah, jadi Tan Sri. Dah lama saya naikkan awak jadi alternate director. Ruginya awak berkerja keras selama ni."
Naufal hanya ketawa lucu. Ada ke situ pula pakcik ni.
“Takde lah, dato. Saya biasa-biasa je. Sama je macam arkitek yang lain."
“Mana ada sama. Jangan rendah diri sangat, Naufal." Mereka berbalas senyum.
           
Dato Roslan menghalakan pandangan kepada pasangan itu. Dia seperti dapat mengagak apa hubungan mereka berdua. Seketika, bibik Suci datang membawa jus oren dan sedikit kuih-muih. Dato Roslan mempelawa mereka.
“Anak walid apa khabar?" Dia merenung tepat ke arah Leeya. Gadis itu mengangkat kepala. Dia menelan liur sebelum menjawab.
“Alhamdulillah, sihat." Senyap kembali. Dato Roslan tersenyum tawar.

Dia tahu anaknya itu masih tidak dapat memaafkan dirinya. “Patutlah, walid rasa ada tetamu istimewa hari ini. Rupa-rupanya orang itu ialah anak walid sendiri." Air mata yang bertakung di kelopak mata ditahan.
            
Leeya memandang Naufal yang duduk tidak terlalu rapat di sisinya. Jejaka itu memberi insyarat. ‘Jangan sakitkan hati walid.' Leeya mengemam bibir.
“Sebenarnya kami ada hajat. Kami nak kahwin. Saya harap, dato sudi walikan saya masa akad nikah nanti." Naufal menggeleng perlahan. Sedikit kasar bicara gadis itu. Sudah puas dinasihatkan kepadanya jangan memanggil lelaki tua itu dengan panggilan dato. Panggil walid, namun gadis itu degil.
              
Leeya memandang sekeliling. ‘Sunyi rumah ini. Mana Mardina? Tidak nampak pun kelibatnya dari tadi. Oh, mungkin sengaja tidak mahu memunculkan diri atau sedang bersuka ria menghabiskan duit walidnya. Perempuan tak sedar diri, sudahlah bapak aku kena rampas. Harta dia pun kau nak habiskan juga?' Dia mengomel di dalam hati.
           
Dato Roslan meraup wajah. Mukanya kelihatan berseri. “Alhamdulillah. Betul ke anak walid nak kahwin. SubhanAllah. Tak sangka doa walid selama ni termakbul. Terima kasih, Naufal. Terima kasih."
Naufal dan Leeya berpandangan. “Dato tahu?" Lelaki muda itu bertanya.
Dato Roslan ketawa kecil. “Kalau dah berdua kata ke sini sampaikan hajat. Mestilah walid boleh agak dengan siapa Ain ingin berkahwin. Apa korang ni." Mereka tersenyum malu.
              
Dato Roslan gembira melihat senyuman anaknya itu. Sudah lama dia rindukan senyuman yang persis arwah isterinya. Rindunya pada arwah Jamia masih membuak-buak di dalam hati. “Dengan siapa pun yang Ain ingin berkahwin. Walid izinkan. Cuma satu je yang walid nak pesan dekat Naufal. Tolong jaga Ain baik-baik. Jangan perlakukan dia sama macam walid buat dekat arwah umminya."

Leeya menangkat wajah. Wajah tua itu kelihatan sayu memandang tepat ke arahnya. Entah kenapa dia rasa ingin memeluk wajah tua itu, tetapi ada sesuatu yang menghalang.
“Saya janji, dato. Saya akan jaga Leeya sebaik-baiknya, sebab kami saling mencintai. Dato jangan bimbang. Terima kasih kerana restukan kami."
                 
Dato Roslan memeluk erat bakal menantunya. Air mata tua itu mengalir deras. Matanya sempat lagi memandang ke arah anaknya. Leeya hanya tersenyum tawar. Dia turut berasa sedih. Dia berfikir, sudah masanya dia memaafkan walidnya ataupun membiarkan saja walidnya dihuni perasaan bersalah kerana telah merosakkan hidupnya dulu?

‘Ummi.. Tolong maafkan Ain. Ain takde niat lukakan hati walid lagi. Selagi perempuan tu ada, Ain takkan sesekali anggap dia sebagai ibu Ain...' Bisiknya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience