Bab 22

Humor Series 10084

Nabil yang berada di dalam bilik permainan video mengerutkan kening. Siapa pula yang sakan buka lagu hindustan tengahari rembang macam ni. Kuat pula tu. Dia dari tadi ada di dalam bilik ini. Bermain permainan Mobile Legend dari iphone dan disambungkan terus ke tv plasma besar  abangnya itu. Baru puas! Abangnya itu memang kaya. Fuhh, untung badan.

Dan setahunya, Naufal mana suka dengan cerita mahupun movie-movie dari cerita bollywood itu. Jiwang tangkap leleh katanya! Jangan-jangan perompak tak? Nabil tidak sedap hati. Dia memberhentikan seketika permainan itu. Butang pause ditekan.
             
Nabil mengatur langkah ke ruang tamu bersama sebiji mug kartun Chibi Maruko di tangan. Jangan tanya di mana dia membeli mug itu, sebab dia sendiri pun tidak tahu di mana Naufal merembat mug comel tersebut. Kemungkinan hadiah saguhati.

Lagu hindustan yang berjudul Oh My Darling itu kedengaran semakin kuat. Sofa baldu  panjang berwarna hitam itu membelakangkannya. Jadi dia tidak nampak, terpaksa dia mendekat. Dia minum sambil berjalan, sebaik sahaja melihat susuk tubuh sasa yang sedang terbaring bergembira sambil mulutnya juga bernyanyi riang mengikut irama sementara kaki kanan digedikkan. Tiba-tiba....

“Prruhhhhh!!"

Habis tersembur air milo di dalam mulutnya keluar. Lebih memilukan lagi, tempias air itu terkena betul-betul di wajah kacak Naufal. Apa lagi, segala latah dan maki hamun terus meluncur laju di bibir pemuda itu. Segera dia berlari ke singki berhampiran meja makan untuk mencuci muka.

Disental sehingga merah wajahnya. Geli ya amat! Lima minit kemudian dia kembali, dengan muka sedikit basah. Dijeling adiknya yang galak mentertawakan dirinya itu.
“Pernah makan penyiku tak?" Naufal memerli dengan muka bengang.
            
Nabil dengan tawanya yang masih lagi bersisa membalas. “Pernah. Eh, yang kau tiba-tiba layan hindustan ni kenapa ni? Siap hafal pulak tu lirik. Huish, bukan biasa-biasa ni."
Naufal tidak membalas. Sebaliknya, dia mencapai alat kawalan jauh televisyen. Ketika itu lagu Dil To Pagal Hai pula yang berkumandang.

Sebelum adiknya itu mentertawakan dirinya lagi cepat-cepat dia mengalihkan ke rancangan American Ninja Warrior.
“Kenapa? Aku kena minta izin dengan kau dulu ke nak dengar lagu-lagu macam tu?"
Naufal membalas sarkastik. Adiknya tidak terasa pun. Dia pun perangai dua kali lima sepuluh sahaja dengan abangnya itu. Kaki bahan membahan. Sama acuan lah katakan.

“Lain macam je kau ni. Selalu kau layan lagu inggeris je. Melayu pun kau memilih. Jarang lah nak dengar. Movie orang putih saja. Peliknya."
“Pelik apa kau ni. Hidup ni kita kena ada kemajuan. Sampai bila nak bertangkup dekat tempat yang sama je. Sekali sekala ubah la juga cara hidup kau tu. Baru lah tak boring."
“Herm... Apasal aku rasa berbelit je cara  kau bercakap ni kau ada masalah ke? Atau kau jatuh cinta?" Nabil serkap jarang.
            
Betul lah apa yang dikatakan Nabil itu. Dirinya memang sedang jatuh cinta. Bahkan sudah bercinta dah pun. Hebat kan kuasa cinta? Mampu mengubah tingkah laku orang dengan serta merta. Naufal mengawal emosi. Dia menjeling adiknya sekilas. Kemudian dia menyambung kembali menonton televisyen.

“Jangan merepek lah. Takde masa aku nak bercinta."
“Cis, membongak je kerja. Apa salahnya kalau kau dah ada pun. Umur macam kau ni memang layak nak berkahwin. Dah layak panggil daddy. Dah tua bangka orang tua-tua kata. Diorang lah kata. Aku cuma sampaikan je."
               
Naufal tidak menjawab. Matanya masih lagi di peti televisyen. Tiba-tiba iphonenya berdering menandakan Whatsapp masuk. Dari baby sayang dia lah, siapa lagi. Macam belacan busuk saja Nabil melihat abangnya itu. Tersengih-sengih. Sah! Abangnya telah tangkap cintan!
Nabil cepat-cepat merampas iphone di tangan abangnya itu. Naufal terkejut, tidak sempat dia menepis tindakan spontan dari adiknya itu.

“Woi, apa ni?"
“Perghhhh, cun sial kakak ipar aku ni. Eh, kejap betul ke ni profile picture dia. Ke dia rembat google?"
Naufal merengus geram. “Apa kau ingat aku slow sangat ke tak boleh dapat awek cun? Tengok kakilah, babe!" Naufal menayangkan kakinya yang putih dan agak berbulu itu kepada adiknya. Nabil hanya ketawa. Abangnya itu nampak saja macam sombong, tapi spesis biol sama macam dia juga.

Iphone diserahkan kembali kepada abangnya.
“Takde masa nak bercinta konon. Kan, dah kantoi. Eh, bang. Kau dengan aku ni jangan nak tipulah. Kau tipu je aku ni haa, kau tengok kejap lagi mesti terkantoi. Aku ni berdaulat tahu tak. Like tadi lah."
             
Naufal menghembuskan asap rokok kemudian membuang abu rokok ke dalam ashtray yang disediakan. “Berdaulat kepala hotak kau. Perangai tak semenggah nak kata berdaulat konon. Lagipun, kenapa aku nak kecoh? Kau berkepit dengan perempuan-perempuan tu semua rileks je tak kasi tahu aku ke?"
“Aku lain, bang. Umur masih mentah. Nak enjoy dulu. Eh, jangan cerita pasal aku lah. Cerita lah sikit pasal awek kau tu. Asal mana je dia? Macam awek Ukraine pun ada."

“Orang Malaysia jelah. Maknya pakistan bapak dia melayu."
“Perghhh.. Good combination tu, bro. Baka baik, patutlah awek kau cun melecun. Eh, tak nak kenalkan ke dia dengan aku. Nanti bila korang dah kahwin takde lah kekok sangat dia dengan aku."
“Nak buat apa kenalkan dekat kau? Kang tak pasal-pasal je kau caras dia dari aku."
      
Nabil menggelengkan kepala. Pura-pura sentap. “Apalah kau ni, bang. Sentap kita. Mentang-mentang lah, dapat awek cantik kau hina aku sehina-hinanya." Nabil menyebekkan muka seakan mahu menangis.
Naufal sudah pandang bosan adiknya yang kuat berdrama macam orang perempuan.

“Dah.. Dah. Tak payah nak menggeledik sangat. Aku cepuk kau karang. Aku pergi mandi lagi best dari dengar kau melalak." Ucap Naufal bersahaja lalu ditinggalkan adiknya yang terkulat-kulat bersendirian.
Nabil mencebik. Main pesta buih lah tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience