Bab 31

Humor Series 9998

Leeya hanya mengikut langkah Annisa dengan longlai. Kakinya sudah sakit, kalau lama lagi dia berjalan mau tercabut kaki panjang itu! Perempuan ni kalau dah shopping bukan ingat apa dah. Ketika itu mereka berada di IOI City Mall. Annisa meminta Leeya menemaninya keluar pada hari ini kerana bosan di rumah. Arsyad pula pergi ke outstation bersama Naufal di Melaka. Tinggal lah dia bersama Leeya dan diminta gadis itu tidur di rumah sepanjang ketidakadaan Arsyad.

Ketika mereka berada di butik 'FASHION VALET', telefon Leeya berdering menandakan ada whatsapp masuk. Segera dia membaca yang datangnya dari Naufal. Dia tersengih.

From: My Bibiey*

Morning sweetie!
Sorry semalam x smpat otp.
Bie tdo awal. Syg bibiey btpe
Je harini? ??

Me*

Morning too sayang!
It's okay, syg paham.
Syg kat ioi ni. Teman
Nissa shopping jap.
Bie nak pesan pape? ??

From: My Bibiey*

Nk pesan, syg jaga diri je. Ok?
Jgn nakal² main mata dgn
Jantan lain plk ..
I love u so much dear. muah!

Me*

Love you too, syg.. Muah.. muah..
Aiyoo, main mata mende
lak bie ni?

From: My Bibiey*

Hahaha.. Jgn lah marah, yang.
Nah, ni bibiey lanje satu pic.
Nsem x? Mcm nk terkam x?

My God! Handsomenya mamat tu bila buat muka macam tu. Buat muka garang lah pulak. Dengan jaket kulit ditubuhnya, macam model. Aummm, Leeya menelan liur.

"Wei, Leeya. Baju ni ok tak?" Tiba-tiba Annisa bertanya. Dia menunjukkan dua helai blaus di tangannya. Leeya tanpa melihat dia terus mengangguk. Matanya masih terlekat di telefon.
"Haa, okay je.."

Me*

Ermm.. Bolehlah.
Setakat nak cuci mata tu.
Hehehe..

From: My Bibiey*

Syg sengaja r tu xnak ngaku
yg bie hensem.. Elehh..
Syg, bie nak gambar syg skrg ni??

"Kau rasa yang ni macam over tak?" Annisa bertanya lagi selepas keluar dari fitting room. Leeya pantas menoleh. Sepasang gaun hitam putih yang melilit di tubung Annisa direnung.

"Simple sangat weh. Kau nak pergi dinner dengan laki kau , kan?"
"Haa, memang lah dengan laki aku je. Tapi, tak nak beriya sangat dress up, biar simple tapi cantik."
"Tengok harga dia..." Leeya membelek harga dress yang tersarung di tubuh Annisa. Seketika dia menjegilkan biji mata.

"Mak datok! Macam ni pun RM350. Weh, baik kau beli kat pasar malam je." Annisa pantas menyiku Leeya.
"Slow sikit suara tu. Biasa lah harga macam ni. Kau tengok lah kita kat mana." Leeya menjulingkan mata. Ada aku kisah?
"Ikut lah, kau nak beli ke tak. Duit kau." Annisa menggeleng sambil mengerutkan kening.
"Pembetulan. Duit laki aku." Kemudian dia masuk semula ke fitting room untuk menyalin semula bajunya.

Leeya membuka semula whatsapp dari Naufal. Kemudian, dia menghantar sekeping gambar yang diambil ketika di rumah Annisa tadi. Sengaja dia membuat muka menggoda.

Me*

How do i look, bibiey?

Selang dua minit, whatsapp dari Naufal terus masuk.

From: My Bibiey*

My God, syg ke tu???
Cantiknye, yang....
Bie nak peluk boleh?
Nak kiss ayang ketat²??

Leeya hanya menggeleng membaca whatsapp dari buah hatinya itu. 'Hai, Naufal... Naufal.. Gatal lah, kamu ni'
Sedang dia mahu membalas. Tiba-tiba...

"Hai?" Pantas Leeya menoleh ke arah suara garau yang menegurnya itu.
Terus keningnya terangkat.
"Ye, kita ada kenal ke?" Dia menyoal sambil keningnya terangkat.

Lelaki itu tersenyum. Kacak! Eh, no.. No... Leeya, pebende ko cakap ni?
"Takkan you tak kenal i? Kita pernah berjumpalah sebelum ni.."
"Bila?"
"Ada masa dinner officer company daddy I. Sampai hati you lupa. I kenal you tau." Balas lelaki itu. Cara macam berjauh hati.

Leeya cuba mengingati wajah lelaki misteri ini. Siapa pula daddy dia? Dia meneliti wajah lelaki ini. Hurm, rupa ada, kulit putih, tinggi pon tinggi. Tiba-tiba!

"Oh, awak! Okay-okay saya ingat dah. Awak ni lah anak boss Naufal, kan?" 'Yes, Leeya dah ingat. Dia masih ingat lagi wajah marah Naufal ketika dia berbual dengan lelaki ini. Katanya lelaki ni playboy! Betul ke?

Daniel menayangkan senyuman sumbing. "Well, I memang anak boss dia and secara tak langsung I pun boss dia juga. Dia tak cakap ke?" Perghh, kereknya ayat! Leeya sudah mencebik bibir. Lelaki itu tak perasan.
"Takde pulak. Mungkin sebab tak penting kot." Leeya berkata bersahaja.

Daniel memandang ke arah anak mata Leeya yang bersinar itu. Cantiknya dia.. Gadis ini lebih cantik dari semua perempuan yang pernah berdampingi dengannya. Kalaulah, Leeya miliknya. Dia seakan terpukau melihat keindahan wajah Leeya.
"Awak?" Leeya menegur Daniel yang ralit memandangnya. "Hellooo???" Dia memetik pula jarinya di hadapan wajah itu.

"Hahhhh, sudah! Pehal pulak mamat ni?" Kata Leeya kuat. Baru sahaja dia mahu melarikan diri, Daniel memegang lengannya. "You...."
"Eh, apa ni?" Pantas Leeya menepis. Daniel mengalah. "Sorry, I tak sengaja." Dia seakan terkejut melihat aksi spontan gadis itu. Leeya hanya memandangnya pelik.

"Boleh I tahu nama you siapa? Dari hari tu I tanya you. Tapi, you tak jawab pun siapa nama you." Ujar Daniel sedikit merayu.
"Nama awak pun saya tak tahu." Jawab Leeya kembali.
"Hey, I Danny lah. Kan, hari tu I dah cakap. Orang lain semua panggil I Daniel but you je I suruh panggil Danny. Do you remember?"
Leeya tidak tahu mahu bagi reaksi apa. 'Entah, mana aku ingat.' Baru sahaja dia mahu menjawab, Annisa datang ke arah mereka.

"Punya penat aku cari kau. Kau duduk sini je, Leeya." Ujar Annisa tanpa sedar kehadiran Naufal di sebelah Leeya.
"Aku berdiri jelah. Habis kau tu, dah cari aku tak jumpa apasal tak call je?"
"Aku ingat kau main-main area butik tadi je. Ni sampai dekat luar ni apahal. Bukan nak bagitau aku." Annisa berkata.
"Alasan je kau tu. Kedekut!" Tungkas Leeya.

"Ehem... Ehem...." Daniel berdehem tiba-tiba untuk menarik perhatian mereka.
Annisa menoleh ke arahnya lantas tersengih malu. Sedar pertelingkahan mereka dilihat oleh lelaki ini.
"Eh, sorry tak perasan ada orang. Siapa ni, Leeya? Member kau ke?" Tanya Annisa sambil memandang wajah Leeya.

Belum sempat Leeya menjawab, Daniel cepat-cepat memotong.
"Nama I Daniel. I bakal pemilik hati Leeya." Balas Daniel bersahaja lantas memandang ke arah Leeya. Akhirnya dia sudah tahu nama gadis itu!

GULP!!

Annisa dan Leeya menelan liur. Gila! Apa yang lelaki ini merepek? Leeya pantas menarik lengan Annisa.
"Okaylah, awak. Kami dah nak kena pergi dah ni. Bye." Terus sahaja mereka berlalu pergi. Sambil berjalan, Annisa sempat menyoal Leeya.

"Siapa tu, wei? Apasal aku nampak aura-aura kejahatan dalam mata dia?"
"Nanti lah, aku story dekat kau. Jom, cepat balik!" Mereka melangkah ke eskalator. Sempat Leeya menoleh ke arah Daniel yang dari tadi memandang ke arah mereka.

Daniel tersenyum penuh makna melihat wajah takut gadis itu. Dia mula terfikir, adakah benar apa yang dilakukan olehnya sekarang ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience