Bab 13

Humor Series 10084

Kehijauan alam semula di Air Terjun Kota Tinggi benar-benar menenangkan jiwa. Segala masalah yang menghimpit mindanya kini seakan-akan hilang. Dia mendongak ke atas. Langit tadinya yang mendung kini bertukar cerah. Bunyi air terjun yang mengalir, dia sukakan bauan dari pokok-pokok segar, bunyi unggas-unggas yang berterbangan, benar-benar mendamaikan jiwa. Masuk ke sini mereka perlu membayar sebanyak RM7.50 seorang dewasa,  bolehlah sebab sangat berbaloi dengan suasana yang bebas dari sampah dan kotor.
             
Air Terjun Kota Tinggi merupakan sebuah air terjun yang boleh dikatakan  popular dikalangan warga Johor. Ianya terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Kota Tinggi. Setiap kali hujung minggu lokasi ini akan dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam dan air terjun tersebut.
              
Hari ini hari isnin. Sengaja mereka datang bukan hari minggu. Ini disebabkan malas mahu bersesak dengan orang ramai. Leeya duduk di atas batu besar, kakinya dimasukkan di dalam air. Menggeletar seketika tubuh gadis itu. Sejuk! Matanya beralih kepada pasangan suami isteri itu. Kelihatan Arsyad dan Annisa sedang bergembira bermain air. Dia turut ketawa melihat aksi Arsyad yang tidak habis-habis menyakat isterinya itu. Romantik!
             
Dalam asyik dia menyaksikan telatah pasangan itu, seseorang menghampirinya. Lelaki itu turut duduk bersebelahan Leeya. Leeya mengerling sekilas. Naufal kelihatan segak biarpun hanya berbaju tanpa lengan berwarna putih dan berseluar pendek berwarna hitam. Terpampan tubuh badannya yang sado dan boleh menggetarkan mata sesiapa yang memandang. Kehkeh!

Dia memulakan perbualan.
“Best kan tengok diorang berdua tu." Leeya hanya tersenyum. Dia tidak tahu mahu jawab apa
              
Naufal memandang semula wajah putih Leeya. Dia menggigit bibir. “Aku sebenarnya nak minta maaf pasal hari tu. Aku mengaku aku memang kurang ajar sangat dengan kau. Aku tak patut kata dekat kau macam-macam dekat kau masa kita accident haritu, Leeya." Leeya menjongket kening. Eh, nak berbaik ke ni? Huhu.
          
“Kenapa baru sekarang nak minta maaf?" Naufal terkedu. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Mata bundarnya memandang tepat ke wajah Leeya. Tiba-tiba gadis ketawa kecil. "Takde apa lah. Benda dah lepas, aku pun salah juga dengan kau. Tak sepatutnya aku marah kau. Padahal kau dah minta maaf dengan aku dah pun."
           
Naufal tersenyum. Tak adalah garang mana gadis ini. Boleh sahaja cakap elok, mungkin hari itu mood dia tidak berapa okay. “So, boleh tak kita berkawan?" Naufal merenung lembut anak mata Leeya. Bagaikan terpukau. Gadis itu turut memandangnya lantas membalas. “Boleh je. Asalkan jangan panggil aku perempuan gila lagi dah. Karang tak pasal-pasal kau balik rumah takde hidung."
           
Naufal menghamburkan tawa. “Uish.. Tak beranilah aku nak cakap macam tu dah. Eh, tapi tu kira okay lah takde hidung daripada takde hati. Kesian kau, membujang ajelah sampai ke tua." Leeya membaling ranting kayu kepada Naufal. Ketawa sahaja lelaki itu. Boleh tahan juga lelaki itu menyakat.
          
Leeya bangun tiba-tiba dari duduknya dan ingin beredar dari situ namun, sempat ditahan oleh Naufal. “Nak pergi mana?"
“Panjat atas tu kejap. Nak ikut tak?" Leeya memuncungkan mulut ke aras di atas. Lapisan air terjun kan, ada banyak tingkat. Jadi, dia mahu ke tingkat atas baru melihat permandangan air terjun dari jarak dekat.
          
Naufal yang pantang dengar orang pelawa, terus bangkit dan menyaingi langkah gadis itu. Sampai sahaja mereka di situ, Leeya kelihatan seperti gembira sangat melihat panorama ini. Senyuman di bibir munggilnya terlukis indah sebaik mereka sampai di kawasan air terjun. Cantik dan amat mengagumkan!
           
Dia duduk mencangkung di atas batu besar dan tangannya sibuk bermain air tanpa memperdulikan jejaka di sampingnya.
“Seronoknya dia..." Naufal berkata selamba lantas turut duduk di sebelah Leeya. Leeya berpaling melihatnya.
“Kau percaya hutan ni boleh dengar rintihan hati kita?'
Naufal mengerutkan kening. “Maknanya?'

“Pokok-pokok ni semuanya ada mata dan telinga. That's means, diorang boleh dengar dan tahu apa yang kita buat and nampak."
Naufal mengangguk seakan faham. Tapi, tak tahu lah faham atau buat-buat faham. “Maksud kau, yang macam dalam cerita magika tu lah?"
           
Leeya terkebil-kebil memandang raut wajah Naufal. “Tak faham."
Naufal ketawa. “Kau kata pokok-pokok ni ada mata dengan telinga. So, aku bagilah contoh yang dalam cerita tu. Diorang tiga beradik, kan. Norman, Yusri dengan Edry. jadi pokok lepas tu ada mata dengan telinga kot. Tangan pun ada buat daripada ranting."Jawabnya sambil ketawa.
Leeya mengembang-ngempiskan hidung lantas mencubit siku lelaki itu dengan kuat. Naufal mengaduh kesakitan. Dia menggosok lengan beberapa kali.
         
“Kau ni. Aku bagi perumpamaan jelah. Adoi, maksud aku. Hutan ni boleh hilangkan kita punya tension. Macam bunyi air macam ni, bau pokok-pokok kayu-kayan semua ni. Boleh damaikan jiwa, tahu tak?"
“Lagi satu, kau pernah dengar tak orang sembang dengan pokok? Itu pun satu terapi juga untuk hilangkan kita punya stress." Sambungnya lagi sambil menguis kakinya ke dalam air. Dia memakai seluar pendek sekerat lutut dan tshirt kuning lengan pendek. Jelas kelihatan betisnya yang gebu.
           
“Yeke boleh hilangkan stress? Tapi, aku rasa ada satu benda lagi lah yang bila kita pandang  boleh hilangkan stress kita juga."
“Apa dia?" Naufal merapatkan mulutnya ke telinga Leeya dan berbisik perlahan.
“Kau..." Leeya terkedu. Mereka bertatapan seketika.
“Mengada."

Leeya bangun dari duduk dan ingin melangkah pergi namun pantas Naufal menahannya. Mereka berdiri di gigi air dan berhadapan sesama sendiri.
“Kalau kau kata pokok ni boleh reduce stress kita. Tapi, bagi aku kau boleh hentikan jantung aku setiap kali aku pandang muka kau."
           
Leeya menggigit bibir bawah. “Apa kau cakap ni?"
“Takde apalah. Aku gurau je." Balas Naufal bersama sengihan. Dia sebenarnya terlepas cakap. Ingatkan mahu cakap dalam hati. Sesekali terlepas terus der! Kepala yang tidak gatal digaru.
           
Leeya menjeling. Naufal menjeling balik. “Apa?" Tanya Leeya kasar.
“Lena betul eh, semalam kau tidur peluk aku. Sampai lenguh lengan-lengan aku yang sado ni."
Leeya membulatkan mata. “Suka hati je. Siapa yang peluk siapa ni? Kau yang peluk aku, okay."
“Haah, memang aku peluk kau. Lepas tu kau peluk balik. Sampai meleleh air liur kau dekat baju aku."
         
Naufal menahan tawa melihat wajah cemberut Leeya. Tipu saja, mana ada dia melelehkan air liur. Saja mahu menyakat gadis itu. Dia mengingat kejadian malam tadi. Dengan hujan lebat, dapat pula peluk Leeya yang gebu tu. Fuhh, mantap babe! Dugaan betul malam tadi. Nasib tak buat projek. Kahkah!
“Meleleh air liur ke? Padan muka kau!" Leeya ketawa kuat.
          
Pantas Naufal memaut bibir munggil gadis itu. Disedut kuat seakan tidak mahu dilepaskan. Leeya yang terkejut dengan tindakan drastik itu terkedu. Sengaja dia membuka mulut supaya senang Naufal memasukkan lidahnya ke dalam mulutnya. Naufal tersenyum, Leeya pandai menggodanya. Ada can ni!

Naufal menjalarkan tangan ke dada montok milik Leeya. Diramas perlahan payudara Leeya dari luar sambil mereka bercumbu.
“Ermmmm... Naufal!" Leeya merungut manja membuatkan Naufal lagi stim. “Hurmm.. " Naufal menjawab dengan suara huskynya tanpa sedar. Manja!
Dapat dia rasakan payudara Leeya yang pejal dan besar. Dia mengurut perlahan dari ada ke puting supaya Leeya selesa. Begini rasanya ya, ini kali pertama dia memegang dada wanita. Boleh buat dia termimpi-mimpi ni.
          
“Naufal... No!" Leeya menolak tubuh Naufal yang sedang cuba memasukkan tangannya ke dalam baju Leeya. Lelaki itu menggaru kening. Sebersalah atas tindakannya.
“Sorry....." Leeya menelan liur. Seram! Kenapa dia tak boleh tahan nafsu dengan lelaki ini. Ini bukan sikapnya. Dia bukan mudah memberi mana-mana lelaki memegang anggota tubuh badannya.
           
Naufal mendekati Leeya sementara gadis itu mengundur ke belakang. Sedang asyik mereka bertatapan tiba-tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience