Bab 17

Humor Series 10089

Arsyad melangkah masuk ke bilik Naufal dengan penuh gaya dengan tangan kanannya dikepit laptop apple berwarna hitam di ketiak. Walaupun sekadar memakai kemeja biasa, tubuh lelaki tinggi lampai itu nampak begitu menarik.

Sampai sahaja di pintu yang dilabel nama 'Mohd Naufal Zarif bin Ariffin' dia mengetuk sepintas lalu. Tanpa arahan dia terus melangkah masuk. Bukan niat untuk berkurang ajar, tapi sama juga dengan Naufal. Jika pemuda itu ingin ke bilik Arsyad dia juga akan mengetuk sekali dua tanpa menunggu arahan dia terus masuk. Ada kalanya, langsung tidak diketuk. Main terjah sesuka hati saja. Lagi kurang ajar lelaki itu.

"Yes, bro? Is there anything i can help you?" Terus Arsyad mengajukan soalan. Ketika itu Naufal sedang duduk di kerusi kerjanya. Dia tidak menjawab soalan Arsyad. Matanya mencerlung memandang rakan karibnya dengan tangannya bersahaja ditongkat di atas meja sambil menyulam sesama sendiri. Dia seperti memikirkan sesuatu tapi matanya setia memandang jejaka berkulit sawo matang itu.
"Apahal kau ni? Kau jangan. Aku dah kahwin tau."

Naufal mengangkat kening sebelum menyoal kembali. "Dah kenapa kalau dah kahwin pun. Lupa ke aku ni pengapit kau. Kenapa perlu bagitau kau dah kahwin?"
"Kau macam nak try aku je."
"Bodoh!" Terus Naufal membaling marker pen yang berada berdekatannya ke arah Arsyad.

Lelaki itu mengelak sambil ketawa.
Naufal sudah memasamkan muka. "Tak guna punya, member. Lain yang aku pikir, yang yang kau rasa. Eh, aku takde masa lah nak gurau. Ingat aku kunyi?"
Arsyad meletakkan kembali marker pen di atas meja Naufal bersama laptopnya. Dia menarik kerusi dengan perlahan. Tawanya masih bersisa.

"Alaa, rileks lah. Emo sangat ni kenapa? Dah tak boleh bergurau ni kenapa? Tak kan datang bulan pula kau tu jantan."
Naufal melepaskan nafas berat. Kepalanya berserabut. Hari ini, satu kerja pun tidak menjadi. Semuanya disebabkan gadis itu. "Aku ada problem, Cap. Big problem."
"What type of your 'big problem'? Pasal Daniel bangang tu tadi ke? Alaa, dia tu memang tak puas dengan kau."
"Kalau budak Daniel tu buat hal aku tak kisah sangat. Tau lah, aku nak smash kepala hotak dia tu macam mana. Ni bukan sebab kerja, ni sebab personal life aku "

"Personal life engkau? Setahu aku kerja pun sebahagian dari personal life kau, apa? Workaholic man. " Naufal menggaru kening. Kenapa dia rasa Arsyad semakin slow sejak kahwin ni? Apa Nissa ni dah sumbat dalam otak jejaka itu sampai susah sangat nak faham isi hatinya? Selama ini, bukan main pandai menilai dirinya. Dah macam nujum pak belalang.

"Leeya..." Dia tenang menjawab.
"Leeya? Kenapa dengan Leeya?"
"Aku dah buat dia merajuk."
"Huh? Seriously? How come lah kau buat dia sampai merajuk? Setahu aku Leeya ni buka jenis perempuan yang suka merajuk tak tentu pasal."
Naufal mengalihkan pandangan matanya ke luar tingkat lutsinar. Terpampan menara berkembar petronas sayup dia matanya. "Aku dah tersilap cakap dengan dengan dia. Tak sepatutnya aku luahkan masa tu."

"Apa je yang kau cakap dekat dia?" Kemudian Naufal menceritakan semula apa yang berlaku antara dia dan gadis itu tiga hari lepas. Arsyad tekun mendengarnya, sesekali dia menyampuk.
"Well, aku tak salahkan kau juga. Kita ni bila dah sukakan someone tu, secara tak sengaja benda yang kita pikir dalam kepala boleh tiba-tiba je terlepas cakap. Contoh macam kau lah.You know what i mean?"

"So, macam mana ni? Aku rasa dia dah start tak suka aku."
Arsyad tidak menjawab. Sebaliknya hanya termenung seketika mencari idea. "Kau serious ke suka dekat dia?" Naufal tercengang. Tidak sangka pemuda itu mengajukan soalan sebegitu kepadanya. "Seriouslah. Takkan aku nak main-main. Tapi, aku kalau boleh taknak luah apa-apa lagi dekat dia. Aku nak selami dulu hati dia."

"Hermm, selami-selami jugak, bro. Hati-hati orang cantik macam tu kalau kau lambat masuk jarum takit orang lain kebas."
"Kau jangan lah cakap macam tu. Aku tengah try hard lah ni nak ngorat dia."
"Try hard? So apa plan kau?"
"Tak tahu.."
"Whattt???" Arsyad terkejut. Namun, dia cepat-cepat mengawal tingkah lakunya saat terpandang panahan mata Naufal yang tajam. Tahu takut.

Hari ini Naufal nampak simple sahaja dengan kemeja denim dan seluar slack berwarna krim di tubuhnya. Ikutkan tak boleh berpakaian macam itu di ofis. Tapi, ada dia kisah?

"Macam mana boleh tak tahu pula. Kau ni pun."
"Pasal tak tahu lah aku story dekat kau ni. Sebab aku rasa Leeya bukan macam perempuan-perempuan. Bila nak tackle ke nak pujuk ke kena bagi bungalah hadiahlah. Aku tak rasa dia macam tu."
"So?" Arsyad bertanya ringkas.
"So, kau kan dah lama kenal dengan dia. Of course kau tahu dia punya feel macam mana, kan?"

"Memang lah aku kenal dia dah lama. Tapi, takde lah sampai tahu feel dia macam mana. Sebab aku bila berborak dengan dia pasal hal aku dengan Nissa je. Takde pula sembang dengan dia pasal hal dia pun."
"Langsung takde?"
"Eh, kau ingat aku ni boyfriend dia ke apa nak ambik tahu pasal dia?"
Naufal terdiam. Tidak tahu membalas apa. "Leeya kan bestfriend Nissa. Takkan Nissa tak bagi tahu kau apa-apa?" Soalnya kembali.

"Pada pandangan aku lah. Leeya tu kalau kau belanja dia makan pun aku rasa dia dah okay. Dia tu jenis perempuan sempoi lah."
"Takkan lah sampai macam tu." Arsyad mengangkat bahu. Tidak tahu mahu komen apa. Tiba-tiba dia mendapat idea.
"Apa kata macam ni..." Dia membisikkan sesuatu di telinga Naufal. Jejaka itu tekun mendengar.
"Kau sure ke plan ni menjadi?"
"Belum try belum tahu." Arsyad menjawab dengan muka kerek.

Mahu tergelak sebenarnya bila dia terpandang wajah kacak Naufal. Muka macam good-good je.
Naufal terdiam kembali. Dia cuba membayangkan situasi yang Arsyad rancangkan sebentar tadi. Ya, dia yakin dia dapat memujuk gadis itu dengan cara yang berlainan. Dia amat yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience