Bab 1

Humor Series 10089

NAUFAL ZARIFF

Naufal yang sedang fokus pada skrin monitor tersentak tatkala tiba-tiba sahaja Iphone X miliknya berdering. Selepas melihat nama si pemanggil, dia terus menjawab.

"Hello.. "
"Hello, bro. Kau busy ke?"
"Takde lah busy mana. Aku tengah check details yang Fitri bagi tadi ni. Kenapa?"
"Bro, aku ingat after lunch kejap lagi aku tak boleh ikut kau lah ke Wisma Yusoff la. Ada hal."

Naufal segera mematikan panggilan daripada rakan baiknya tadi lantas dia ke bilik lelaki itu yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Tanpa ketukan, dia terus menyergah masuk.
"Kau kenapa tiba-tiba je tak jadi ikut?" Soalnya sebaiknya pintu dibuka. Arsyad kelihatan terkejut, terus dia melatah kecil.

"Uishh, bro. Kau jangan buat aku terperanjat macam tu dah. Silap haribulan ke tanah aku duduk."
Naufal tidak menghiraukan kata-kata Arsyad. Dia merebahkan punggung di kerusi berhadapan lelaki itu dan bertanya lagi. "Tak. Kau kenapa tiba-tiba tak nak pergi pula. Tadi elok je nak teman aku?"
Arsyad berdehem sebelum menjawab.

"Tadi Nissa call ajak aku pergi beli barang hantaran. Kau tahu kan, lagi two month aku nak kawin. So, nak kena keluar juga hari ni. Sebab mak dia asyik membebel je hantaran belum settle lagi."
"Eh, lagi dua minggu ke kau nak kawin?"
"Haa, yela. Kau jangan nak lupa pulak. Kau tu pengapit aku. Karang kalau kau tak datang siapa yang nak kipas aku? Takkan nak kipas sendiri?"

Naufal ketawa lucu. Arsyad Irham! Sahabatnya yang dari zaman persekolahan seorang pemuda tinggi lampai, berwajah melayu asli, berkulit sawo matang, dan wajahnya sedikit berjambang itu akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya nanti.

Anissa Suraya.
Mereka berkenalan di Universiti yang sama iaitu di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Art and Design. Selama lima tahun menyulam cinta. Akhirnya, Arsyad memberanikan diri menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada gadis itu. Syukur, dia bersetuju.

"Takpe lah, kalau kau tak jadi pergi. Aku boleh pergi seorang. Lagipun, kita nak pergi hantar sampel je. Bukannya nak discuss something important lagi." Ujarnya tenang. Kesian melihat wajah Arsyad yang serba salah itu.
"Takpe ke kalau kau pergi seorang? Apa kata kau ajak Hadi. Dia dah masuk kerja hari ni."
"Tak payah. Benda kecil boleh settle lah, bro. Okeylah, aku pergi dulu." Balas Naufal lantas menghayunkan langkah ke muka pintu.

                           
?????

Rentak lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badariah yang dimainkan kuat di dalam keretanya langsung tidak menghalang gadis itu daripada memandu. Lagi kuat penyanyi itu bernyanyi, lagi kuat dia turut melantunkan vokalnya yang boleh tahan merdunya. Mulut munggil gadis itu membebel mengikut lirik lagu yang entah apa-apa.

"Emang lagi manja, lagi pengen dimanja. Pengen berduaan dengan dirimu saja. Emang lagi syantik. Syantik... Syantik .... Syantik..."
Tiba-tiba "Ohhhh syantik... Syantik.... Syantik mak kau." Spontan dia menekup mulut menahan latah. " Eh, syaiton betul lah! Pehal main langgar je ni?" Jeritnya tiba-tiba. Segera dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hazard lights dihidupkan.

Mana tidaknya, tengah dia membelok keluar dari tol Jalan Duta menghala ke simpang kiri tiba-tiba sahaja ada kenderaannya dilanggar seseorang. Terus latahnya berbunyi.
Dengan wajah yang bengang terus sahaja gadis putih gebu yang bernama Leeya Farahin keluar dari perut kereta. Dia membelek bahagian bonet kereta Honda Jazz miliknya.

Kemek sedikit. Dia sudah naik angin. "Duit lagi. Baru bulan lepas aku servis hari ni kena masuk bengkel lagi. Selalu sangat kau buat hal, kopaklah aku!" Dia terus membebel tanpa sedar seseorang sedang menghampirinya.
"Cikkk...." Leeya terus mengangkat wajahnya. Rambut perangnya yang terjurai sempat dibetulkan.
"Apa cik-cik? Apa kau tak nampak ke kereta aku yang bapak punya merah ni kat depan.

Yang kau main langgar bontot aku siapa suruh?" Dia terus memuntahkan amarahnya.
Naufal terkebil-kebil memandang wajah comel dihadapannya. Tidak semena-mena, wajah kacaknya bertukar merah. "Excuse me, kau cakap elok sikit boleh tak perempuan. Yang kau nak marah aku meroyan macam perempuan gila ni kenapa?"

Leeya membuntangkan mata. " Kau panggil aku perempuan gila? Ewah... Ewah, dah la kau sondol kereta aku. Lepas tu, sudah je erk mengata aku? Kau tu yang gila. Mata letak dekat ketiak"
"Ketiak kau lah. Kau ingat kereta merah kau ni je ke yang kemek? Ni kereta aku ni kau tak nampak?" Jari telunjuknya menunjuk ke arah lampu depan sisi yang pecah.

"Itu salah kau yang langgar aku. Mana lah aku tahu. Sekarang ni, aku nak kau bayar ganti rugi kalau tak kita jumpa dekat court!" Balas gadis itu selamba. Namun, matanya tetap memandang kereta mewah itu. Terpesona.

Lelaki itu tidak membalas. Sebaliknya dia memfokuskan matanya secara tidak sengaja ke arah dada montok gadis itu. Zip bajunya terbuka dengan tidak semena-mena menampakkan lurah gunungnya yang terbelah. Emm..

Leeya pelik. Lelaki itu senyap. Dan dia turut memandang apa yang diperhatikan oleh lelaki itu. Dia menurunkan matanya ke bawah dan tiba-tiba.
"Oh noooo!" Dia telah dinodai. Tidakkk!! Ditutup dadanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. 'Syaiton punya orang. Dasar jantan tak guna!'

"Woi kau tengok apa tu hah??" Leeya menyergah kuat. Dia malu. Tersentak terus Naufal dari lamunannya. Dia menghembuskan nafas kuat.
"Apa kau? Malu-malu pulak. Dia yang pakai baju entah apa-apa sengaja nak bagi orang tengok aset dia buat berlagak pula. Macam bagus."

"Apa kau cakap? Kau ingat aku tak dengar ke? Mulut kau tu jaga sikit, eh."
"Hah, baguslah kalau kau dengar. Dah tu pakai baju biar macam perempuan sikit. Ini entah apa-apa fesyen dia main tibai je."
"Eh, badan aku. Suka hati aku lah."
"Then suka hati kau lah nak buat apa. Pergi mampos!"

Lelaki itu berkata kasar. Sempat lagi dia bermonolog di dalam hati. 'Fuhh, godaan syaitan. Mantap beb breast dia. Ini kalau dapat pegang lagi best ni. Muka pun boleh tahan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. MashaAllah pebende yang ko melalut ni setan? Kau dah lambat dah ni. Sempat pulak ko layan otak kuning ni eh?

Naufal mengawal riak wajahnya. Arhh, dia sudah lewat mahu ke Wisma Yusoff. Perempuan ni boleh tahan jugak. Lancang kemain mulut. Muka je cun tak guna, babe! Dia berjalan perlahan ke arah Leeya. Badannya direndahkan sedikit menyamai paras ketinggian gadis itu. Aroma wangian di tubuhnya menyapa hidung mancung gadis itu. Leeya sudah memandang pelik.

'Pahal mamat ni? Nak try aku ke?' Kau jangan! Iman aku ni tak cukup kuat tau.
"Aku minta maaf. Aku tak sengaja. Ni ambil ni, aku bayar ganti rugi kereta kau. So, please. Kes dah selesai. Tak payah nak panjangkan hal. Okay? Gerak dulu." Dia menghulurkan sejumlah wang kepada Leeya. Entah masa bila dia keluarkan wang itu entah.

Leeya mencebik. Macam tu saja dia blah? Wah, senang kan bila ada duit ni. Buat salah sikit main hulur sahaja. Habis cerita. Dia memandang langkah lelaki berkulit cerah itu ke keretanya. Perghhh, ferrari 458 spider black, babe! Kereta idaman aku tu. Nasib bukan aku yang langgar dia. Kalau tak, kerja bawa grab sampai tua pun tak boleh nak bayar.

Sempat dia teringatkan wajah terkejut lelaki itu saat terpandangkan dirinya. Dapat dia lihat halkum lelaki itu bergerak. Menelan liur. Mak aihh, handsome giler.
Leeya spontan mengetuk kepalanya. 'Eh, pehal dengan aku ni. Ishh, perangai biar senonoh sikit perempuan. Jangan macam jalang sangat.' Cepat-cepat dia beristighfar.
Naufal memakai kaca mata hitam yang diletakkan di dashboard.

Dia menghidupkan enjin dan menurunkan tingkap. Sengaja dia menekan kuat pedal minyak. Pura-pura mahu melanggar kereta itu lagi. Dia meneruskan pemanduan tanpa rasa bersalah. Bengong!
Sakit hati Leeya melihat muka kerek lelaki itu. Kau ingat muka macam Mohd Saleh tu aku hairan sangatlah. Eeee, tak kuasa aku! Dia melihat wang yang dihulurkan kepadanya tadi. lima ratus ringgit? Herm, rasanya cukup mahu hantar kereta ke bengkel ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience