Bab 48

Humor Series 9998

“Tak nampak lah, macam mana nak jalan? Tanya Leeya kepada Naufal.
“Bie pimpin sayang ni haa. Jangan risau lah, kita ada je dekat rumah kita. Tak pergi mana pun." Jawab Naufal bersahaja.
“Dalam rumah je? Looo, ingatkan surprise candle light dinner dekat hotel mana-mana ke? Dekat rumah ni ada apa je bie?" Suara Leeya jelas kedengaran merajuk.

Naufal sudah menggeleng. “Eh, mak cik ni. Tak kisah lah nak buat dekat mana pun. Janji surprise. Dah jom ikut langkah bie." Dengan langkah yang perlahan, Leeya mengikut Naufal dari belakang. Genggaman tangannya erat dipegang oleh suaminya. Ketika itu mereka berada di tingkat atas villa milik Leeya. Ada sesuatu Naufal ingin membuat kejutan kepada isterinya.

Sebaik pintu bilik dibuka, Naufal segera menanggalkan ikatan kain hitam di mata Leeya masih memejam mata. Naufal memeluk erat pinggang Leeya dari belakang. Dia mencium dahi Leeya sekilas dan meletakkan dagu di bahu Leeya.
“Now you can open your eyes.." Bisik Naufal dengan nada yang lembut. Perlukannya masih belum dilepaskan.

Perlahan-lahan Leeya membuka mata. Tergamam perasaan di hati apabila memandang kejutan yang telah dilakukan oleh si suami. Terasa diri ini begitu dihargai. Leeya mencari mata suaminya.
“Surpriseee!!!" Naufal menjerit dengan nada yang comel. Leeya ketawa kecil.

“Ma sha Allah, bie. Cantik sangat. Bila bie buat semua ni?"
“Ermm... Tak lama pun sayang. Dalam 2 minggu macam tu je bie sempat buat. Itu pun Chombie dengan Asyraff yang tolong angkut barang-barang ni setengah. Yang decorate semuanya bie lah." Naufal menaikkan kening. Bangga lah, bila kena puji dengan isteri. Kacang je semua ni. Dia arkitek professional, kan?

“Macam mana sayang boleh tak perasan?" Naufal ketawa kecil.
“Bie buat masa sayang tengah nyenyak tidur. Kadang-kadang kalau sayang teman ummi pergi mana-mana ke. Haaa, time tu lah, bie struggle buat semua ni."
“Kesian papa kan, baby?. Mesti balik kerja tu penat-penat buat surprise dekat baby pula." Naufal tersengih.

“Papa buat semua ni sebab papa sayangkan anak papa ni. Mama pun papa sayang sangat. Sebab tu papa tak kisah badan papa penat ke apa ke. Yang penting papa nak tengok dua orang cinta hati papa ni bahagia." Dengan pantas dia mencium kedua-dua belah pipi Leeya. Leeya tersenyum gembira.

“Thanks, bie. Cantik sangat bilik ni. Sayang rasa kalau baby dah keluar mesti dia pun happy. Kecil-kecil lagi dah ada bilik  sendiri." Leeya memandang bilik yang telah diubah suai oleh Naufal sebagai bilik anak mereka.

“Most welcome, dear. Sayang ada apa-apa nak tambah ke dalam bilik ni tak?" Leeya cuba memikir sambil berjalan mengelilingi bilik itu. Naufal hanya melihat perlakuan Leeya.
“Hmmm... Rasanya dah okay dah. Tak serabut sangat bilik ni. Tapi, kalau tambah katil untuk mama boleh tak?"
“Eh, nak buat apa? Bilik sayang bukan dekat sini lah. Kita kan, dah ada bilik."

Leeya mengembangkan hidung. Kadang-kadang Naufal ni blur juga.
“Bukan nak duduk sini terus. Saja nak rebah-rebah badan, susukan baby ke apa ke. Macam tu je."
“Ooo.. Cakap lah macam tu. Takpe nanti bie letak, eh? Sebab dalam bilik kita bie pun nak letak crib juga. Senang lah sayang nanti. Tak payah sangat ke hulu ke hilir dalam pantang."

“Eh, masa pantang kita kena tidur sekali ke?" Leeya mengerutkan dahi.
“Yelah. Kenapa pula tanya macam tu?"
“Ummi tak bagi tidur sekali lah. Lepas pantang baru boleh tidur dengan bie."
“Pulak! Dah kenapa? Ummi takut bie buat apa-apa dekat sayang ke macam mana?" Leeya mengjongket bahu.
“Nanti sayang kena duduk bilik bawah. Bie tahu kan?"

“Yee, bie tahu. Tapi, tak kan kena tunggu lepas pantang baru boleh tidur dengan sayang? Lama tu. Rindu tau nanti bie dengan sayang." Naufal membuat muka kasihan. ‘Alololo... Comelnya.' Leeya ketawa kecil.
“Tahan lah, kejap. Bie nak sayang sihat kan?" Naufal mengangguk. Dia membongkok dan mengusap perut Leeya.

“Assalamualaikum baby papa and mama. Baby cepat-cepat keluar tau. Kami tak sabar tunggu baby. Nak cium baby, nak belai. Semua lah. Semoga anak papa membesar dan sihat ye, sayang. We love you so much!" Akhir Naufal berkata tiba-tiba anak dalam kandungan Leeya bergerak. Membulat mata Naufal saat merasakan pergerakan itu.

Dia mencari wajah isterinya, Leeya mengangguk seakan tahu apa yang cuba Naufal mengutarakan.
“Pandai nya anak kita, sayang. Dia tahu lah papa dia tengah bercakap dengan dia." Senyuman di bibir Naufal masih terukir.
“Ha'ah.. Dia pandai macam mama dia lah. Kan, baby?"
“Perasannya.." Naufal menggeletek pinggang Leeya. Menjerit kuat perempuan itu, Leeya memang tidak tahan geli.

“Bie, please stop! Penat ni." Ketawanya masih bersisa. Kasihan pula Naufal melihat wajah Leeya yang sudah memerah. Dia mengangkat tubuh Leeya duduk di atas sofa kecil berwarna putih dalam bilik itu. Kepala Leeya diusap.
“Sorry. Penat ke? Bie lupa sayang tengah pregnant." Leeya mengangguk sambil tersenyum.
“It's okay. Kejap . Sayang nak ke toilet kejap." Naufal membantu isterinya bangun dari sofa.

“Teruk kan, mama ni baby. Nak bangun pun kena susahkan orang." Leeya membelai sekejap perutnya.
“Aipp.. Apa pula kata macam tu. Tugas papa untuk lindungi mama. Setakat tolong mama bangun dari sofa je, apa hal sangat. Angkat mama pergi katil pun papa selalu buat." Leeya menjeling ke arah Naufal.
“Mulalah tu nak melalut." Leeya tidak memperdulikan Naufal yang asyik ketawa. Cepat-cepat dia meloloskan diri daripada dikejar oleh suami miangnya itu.

‘Eleh, Leeya. Miang-miang tu la yang buat kau bahagia tuu..’ Bidas hatinya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience