Bab 7

Humor Series 9998

Leeya merebahkan pinggul di kerusi panggung. Dia memilih lorong agak atas di seat G7. Banyak seat kosong. Mungkin tiada orang atau belum masuk lagi. Dia memandang sekeliling. Perghh, apasal macam takde orang? Kau jangan buat aku je yang ada dekat barisan ni. Kang melompat pula aku ke depan. Dia sengaja masuk awal sepuluh minit ingatkan orang dah penuh.

Biasalah kan, cerita best. Sekarang di akhir tayangan.Baru dia dapat tengok. Takpe, asal boleh tengok sudah. Dia pula memang minat gila dengan Syamsul Yusoff. Anak muda yang berjaya dan tidak sombong. Baru saja dia duduk, dia dah menggosok lengannya.

"Alahhh, lupa pula nak pakai sweater. Tulaa, kau gatal lagi nak pakai baju nipis. Nak bergaya lah sangat. Ambik kau. Beku!" Marahnya kepada diri sendiri.

Sudah lah, dia tak pakai sweater. Terlupa pula tu nak ambik popcorn. Resit sudah dibayar. Elok dia masuk ke sini baru teringat. Nak pergi ambil cerita dah nak start. Alaa, ini semua pasal lelaki kepala sotong tu tadi. Huwaaaa! Jahanam duit aku.

Cerita sudah mula. Ada beberapa orang mula mengambil tempat tetapi, bukan di lorongnya. Dia mengeluh hampa. Tiba-tiba ada seseorang duduk bersebelahan dengannya. Fuhhh, selamat. Dia tak nampak muka. Biarlah. Asal ada geng sebelah aku takpe.

Elok saja part baru nak mula. Dia berasa seram sejuk. "Ini kalau ada popcorn best ni." Seakan magik, satu pek kertas besar dihalakan ke arahnya. Leeya terkejut lantas berpaling sebelah kanan.
Dia terpempan. Walaupun, dalam gelap dia masih nampak raut wajah itu dibantu dari cahaya di skrin besar. Sah! Jantan ni lagi. Dia ni ikut aku!

"Apasal kau lagi? Takde orang lain dah ke dekat Malaysia ni?" Seperti biasa Leeya memulakan pergaduhan.
"Apa aku pula? Kau lah tak reti pergi tempat lain. Aku pergi mana semua nak ikut." Bidas Naufal kembali. Dia membisik perlahan. Tidak mahu menganggu tumpuan orang ramai.
Leeya mendengus geram. "Sibuk je. Orang nak tengok cerita munafik dia pun nak tengok. Diri tu munafik tak sedar." Naufal tidak dengar. Matanya ralik difokuskan di skrin besar. Kalau dengar, dah tentu berperang lidah.

Leeya turut memfokuskan ke cerita itu. Sambil itu, dia memandang Naufal yang berselera makan popcorn umpama makan nasi. Dia menelan liur. Sedapnyaaa.
"Nak?" Spontan dia mengangguk. Opps, apa kau ni Leeya? Dia menutup mulut.
Naufal tersenyum. Comelnya juga dia ni "Ambiklah. Aku pun tak habis makan sorang. Banyak sangat ni."

Leeya menyambut juga. Alah, kalau malu tak dapat lah merasa.
Suapan demi suapan. Saat dia memasukkan tangan ke pek popcorn, tangan Naufal juga termasuk sekali. Tanpa sengaja tangan mereka bersentuhan.
"Sorry.."

Naufal meminta maaf. Leeya hanya beku. Dia menyambung tengok cerita. Okay, part ni dia memang rasa nak terkucil. Dengan suasana yang gelap, sejuk, cerita seram. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan Maya Karin yang berwajah buruk di skrin layar. Semua orang menjerit.
"Allahuakhbarrr!"

Tidak termasuk juga dengan Leeya. Habis popcorn berserak tumpah ke lantai dan seluarnya kerana terlampau terkejut. Dia menggigil ketakutan. Tanpa sedar dia membenamkan mukanya ke dada bidang Naufal.

Naufal yang terkejut dengan perlakuan Leeya, terkaku seketika. Dia dapat rasakan getaran jantung Leeya di dadanya. Gadis itu benar-benar takut bukan takut yang dibuat-buat. Dia berdehem seketika.
"Saya minta maaf. Saya takuttt!" Leeya bersuara lemah. Sumpah dia takut.
Naufal terkejut. Betul lah, dia takut sampai kata ganti nama pun sudah bertukar. Huhu. Dia jatuh simpati. Tanpa sedar, dia turut memeluk badan langsing Leeya dengan erat. Dia mencium rambut Leeya yang terburai panjang. Wangi!

Leeya membiarkan saja. Entah kenapa dia rasa selamat di dalam rangkulan lelaki ini. Tubuh badannya yang super hot dan sado. Benar-benar melemahkan semangat keperempuannya. Dia terbuai dengan wangian tubuh lelaki ini.

Naufal bagaikan tidak sedar. Dari rambut, bibir merahkan diturunkan pula hingga ke wajah gadis itu. Dia mula mencium dahi, pipi kanan, pipi kiri, dan ... Lama dia memberhenti memandang bibir seksi berwarna sedikit merah itu. Dia tidak yakin. Tiba-tiba gadis itu mendongak memandangnya.
Leeya terpaku dengan perlakuan Naufal namun dia akui dia selesa dan enak menikmati layanan dari lelaki kacak itu.

Dengan perlahan Leeya memagut bibir Naufal. Naufal terkejut namun dia melayan saja. Mereka bercekerama di dalam gelap. Langsung orang tidak tahu. Mereka sibuk dengan skrin layar manakala pasangan itu sibuk mengulum lidah. Naufal memeluk erat tubuh ramping Leeya. Paha yang dirasakan gebu dilapik jeans itu diusap perlahan. Tubuh ini yang membuatnya tidak tidur malam. Putih melepak!

Dia menunduk sedikit. Nampak dada Leeya yang besar. Dia ingin sekali meramas aset itu. Tapi, dia takut Leeya tidak izinkan.

Leeya melihat ke arah anak mata Naufal. Mata hazel itu ralik memandang buah dada mekarnya. Mentang-mentanglah, dia hari ini memakai baju sedikit ketat di kawasan itu. Mengacam habis! Leeya menolak perlahan wajah Naufal. Naufal terkejut. Dia belum puas. Namun, dia hanya diam tidak berkutik. Leeya mengambil tempatnya semula. Menyambung tengok cerita.

Selepas 45 minit, cerita akhirnya habis. Sepanjang cerita dia perasan Naufal asyik merenung ke arahnya. Bila dia berpusing jejaka itu dilihat sedang fokus ke arah skrin. Biarlah, asal lelaki itu seronok sudah. Lampu di hall 6 dipasang. Jelas mereka nampak muka masing-masing. Leeya menunduk malu manakala Naufal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masing-masing terasa janggal atas perbuatan tadi. Leeya perasan ada sedikit lipstik di leher lelaki itu namun dibiarkan saja.

Semua orang keluar dari hall, termasuk Naufal dan Leeya. Tanpa berkata apa, Leeya ingin menapak pergi. Namun Naufal pantas menghalang.
"Tunggu!"
Leeya berpaling dengan perlahan. Naufal menelan liur.
"Boleh bagi aku nombor kau?" Leeya tersenyum sinis.
"Aku pakai public phone." Kedengaran lucu namun tidak pada Naufal
"Pleasee, I begging you. At least, kau bagi je 7 digit terakhir. Pandai-pandai lah aku cari sendiri nanti."

"No!!" Leeya masih enggan memberi. Dia mahu cepat pergi dari situ. Wajahnya sudah membahang.
"Apa nama kau?" Naufal masih tidak berputus asa.
"Kau panggil aje apa nama yang sesuai yang kau rasa. Bye!" Usai berkata dia. Cepat saja Leeya menghilang diri di celah orang ramai.
Naufal meraut rambut. Dia gagal lagi. "Arghh, gila!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience