Bab 33

Humor Series 9998

Leeya duduk berteleku di atas sofa kecil. Jari-jemari yang indah dihias inai itu dibelek. Sebentar lagi, dia akan dinikahkan dengan buah hati pengarang jantungnya, Naufal Zariff. Hatinya dipagut risau. Bukan kerana ingin berkahwin, tetapi kerana risaukan Dato Roslan. Entah kenapa dua tiga hari ini, dia kerap bermimpi walidnya.

Walidnya seperti ingin berkata sesuatu tetapi di saat dirinya itu ingin bersuara, Leeya tersedar dari mimpi. Hubungan mereka masih sedikit lagi dingin walaupun Naufal sudah puas menasihatinya. Leeya cuba berubah secara perlahan. Dia terharu sebenarnya dengan walidnya.

Lelaki tua itu memang mengambil berat terhadapnya. Segala persiapan kelengkapan pengantin perempuan walidnya yang tanggung. Termasuk kos baju pengantin dan pelamin sebelah perempuan. Dia tidak izinkan Leeya masuk campur, sebaliknya menyuruh gadis itu rehat sahaja. Hanya dia dan

Naufal sahaja yang bertungkus lumus. Tapi, dah nama pun Leeya Farahin. Manalah boleh duduk berdiam diri. Ada saja kerja yang ingin dilakukan. Dipujuk Naufal supaya membenarkan dirinya turut serta untuk menjayakan majlis mereka namun, lelaki itu tidak langsung berpihak kepadanya. Naufal boleh pulak berkata. 'Sesekali dengarlah cakap walid. Lepas ni sayang kena dengar cakap bie, dah.' Hampeh betul lelaki itu.

Annisa membuka pintu bilik dan melangkah perlahan ke arah Leeya. Perutnya yang sudah memboyot itu menyusahkan dia untuk berjalan laju. Kini, Annisa Suraya sudah mengandung lima bulan. Leeya lah antara orang yang paling bahagia mendengar berita itu.
Annisa memandang pelik Leeya yang mendung wajahnya. Biasalah, orang nak kahwin. Muka kenalah nervous. Macam dia dulu-dulu juga.
"Janganlah kecut sangat. Kang lari macam tu je cik abang kau karang. Orang nak kahwin ni kena happy, takmau sedih."

Leeya mengangkat wajah yang dihiasi selendang putih. Anggun betul wajah itu yang sudah dimekap secara nipis. Hasil sentuhan mua terkemuka. Walid dia yang sponsor. Cantiklah. 'Eh, tapi aku ni kalau tak mekap pun cantik apa' Tangannya memeluk bahu. Rasa lemah semacam perasaan ketika ini.

"Aku rasa semacam lah badan aku ni. Seram sejuk pun ada." Dia menggeletar sedikit. Annisa tidak berkata apa. Dia berjalan mengambil remote aircon. Suhu dinaikkan.
"Dah kau buka aircon ni kuat-kuat siapa je tak sejuk. Apa biol sangat lah perempuan ni." Leeya termanggu-manggu seketika. Aku ke yang salah?

Annisa duduk di sebelah rakan karibnya itu. "Kau okay tak ni?" Dia menyentuh dahi Leeya. Biasa saja.
"Aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu je nak jadi ni."
"Dah lah. Tak baik cakap macam tu. Ni hari bahagia kau tahu tak. Kau sepatutnya bahagia. By the way, cantik bilik kau." Sempat lagi Annisa memuji bilik tidur bakal pasangan pengantin itu.

Mereka akan diijab kabulkan di villa Dato Roslan atas relaan sendiri. Walidnya kelihatan sungguh teruja dengan perkahwinan. Leeya sebenar tidak suka majlis besar-besar tetapi, tidak sanggup menolak saat terpandang wajah sayu itu. Permintaan dari walidnya.

Leeya tersenyum hambar. "Bilik ni rasanya tak berubah. Susun atur dia masih lagi sama masa arwah ummi masih hidup. Cuma, mungkin walid upah orang untuk decorate bilik ni jadi bilik pengantin, tu yang terpaksa ubah. Dah lama aku tinggalkan rumah ni, Saa. Rindu betul." Dia menyentuh lembut cadar berwarna putih bersulam emas. Cantik, pasti mahal harganya.
"Kau dah maafkan walid kau?"
"Aku dah maafkan dia, Saa. Tapi, bila teringat balik apa yang dia dah berpaling cinta dari ummi aku curang dengan perempuan tu buat hati aku sakit. Kau tahu tak?"

"SubhanAllah, Leeya. Kau tak tahu lagi ke?"
" Tahu apa?"
"Walid kau dah ceraikan mak tiri kau tu."
"You whatt???"
Annisa menutup telinga dengan jarinya. Kuat betul suara perempuan. Leeya tidak peduli. Dia bertanya lagi. "Betul ke ni? Kalau kau tahu, siapa yang beritahu kau?"
"Acap. Dia ada borak dengan personal assitant bapak kau. Kebetulan diorang tu berkawan. Tak silap aku, dah empat bulan diorang bercerai. Tak kan kau tak tahu."
"Manalah aku tahu. Oh, patutlah masa aku datang sini dengan Naufal haritu aku tak nampak perempuan tu. Anak-anak dia pun aku tak nampak. Aku ingat dia pergi shopping. Kau tahu lah kan hobi dia apa."

"Bukan tu je. Kau tak perasan ke gambar-gambar diorang mana ada dalam rumah ni. Yang aku nampak gambar kau dengan arwah ummi kau je. Pastu ada lah juga gambar laki mana entah. Handsome juga. Abang tiri kau tak."
"Yeke kot. Walid aku memang sayang dekat si Aliff tu. Sebab dia baik. Dia selalu aje ambik berat dengan aku. Bukan macam adik dia, si gedik perasan orang putih tu."
"Haaa, dia lah tu. Abang tiri kau kan?"
"Haah. Kenapa eh, aku boleh tak perasan."
"Sebab kau bodoh."

Leeya memasamkan muka. Perempuan ni kalau bercakap memang tahu menyakitkan hatinya saja. "Kenapa eh diorang bercerai?"
"Katanya sebab mak tiri kau tu tak boleh terima kau. Masa walid kau usulkan nak suruh kau stay sini. Alah, macam biasa lah cerita orang melayu yang kaya-kaya. Lepas tu, walid kau tak setuju. Diorang pun gaduh besar. Lepas tu, mendapatlah perempuan tu. Jadi janda."

Leeya membetulkan selendangnya dengan cermin kecil di tangan kiri. "Boleh tahan gak eh, perangai kepochi laki kau."
"Hey, kalau laki aku tak kepochi. Kau tak kan tahu tau cerita ni macam mana. Lagipun, dia ambik tahu hal ni sebab kau pun kawan dia."
Leeya mencebik bibir. Halah... Halah. Sentap lah pula orang mengata laki kesayangan dia tu. Jelous pula aku. Eh, jap. Buat apa aku nak jelous.

Kejap lagi aku pun akan bertukar status. Nak jadi bini orang dah woi. Lepas ni boleh lah aku tayang pulak adegan sweet- muweet dengan laki aku. Kau ingat kau seorang je boleh buat, hah Nissa? Eeeu nak muntah aku.
Baru saja Leeya ingin membalas kata, telefon Nissa berdering. Arsyad yang menghubunginya, memberitahu mereka sudah sampai.

Pengapit Leeya turut menejah masuk, ingin mengambil Leeya ke bawah. Mak buyong itu turut mengekori di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience