Bab 6

Humor Series 9998

Naufal mengeluh berat. Dia berusaha lagi menjejaki gadis itu di aplikasi grab. Dia juga sudah mencari nama gadis itu di senarai pemandu grab di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan kawasan namun, tiada. Seingatnya, sewaktu turun dari grab perempuan itu dia belum log keluar lagi aplikasi itu.

Tapi, macam mana boleh hilang profile gadis beserta no plat kenderaan gadis itu. Nombor gadis itu juga dia tiada kerana gadis itu tidak menghubungi semasa dia menggunakan khidmat langganan gadis itu dulu.
       
“Arghhhhhhhh!!!" Naufal menjerit kuat. Waktu itu dia di pejabat. Segala kerja yang tidak dilakukan. Sebaliknya, dia begitu asyik dengan iphone X di tangan. Nasib baik tiada mesyuarat atau kerja yang penting untuk dilakukan. Boleh lah, dia bersenang lenang sikit hari ni.
        
“Eh, tak boleh jadi. Daripada aku duduk sini macam orang bodoh. Ada baik aku keluar kejap." Dia bingkas bangun dari kerusi.

Kunci kereta Ferrari miliknya diambil kasar. Sekarang lunch hour. Tapi dia sengaja mengambil cuti separuh hari. Dia mahu ke mall sekejap. Hilangkan stress, melihat telatah orang ramai. Usai dia key in permohonan cuti, dia terus hantar ke clerk syarikat. Dia jarang cuti, sure lah diorang akan approve. Pekerja terboekkkan! ??

Kemudian dia merekod suara di aplikasi whatsapp menceritakan dia ada hal. Terus dihantar kepada Arsyad. Malas mahu menjengok ke bilik lelaki itu, tahu sangat lelaki itu sedang sibuk. Bukan seperti dirinya sekarang. Tanpa menunggu balasan. Dia terus meluru keluar.

                          ********

Leeya keluar dari pusat karaoke ‘Red box' di sekitar the Curve. Barusan dia selesai menyumbangkan lagu selama sejam. Siap tarik Madah Berhelah, guys. Tapi, baru je masuk bab korus dia semput. Faktor umur kot. Eh merepek je. Aku baru 24, okay! Bidas hati Leeya.
Dia pergi seorang diri. Rakan baiknya iaitu, Annisa tidak boleh menemaninya atas tuntutan kerja. Takpe, dia faham. Sorang pun takde hal.
         
Kerja dengan orang macam tu lah. Bukan macam dia. Suka-suka hati saja nak kerja ke tidak. Okay, sekarang dia nak buat apa ni. Tadi sengaja dia beli awal tiket munafik 2, dia dah beli. Takut habis.  Belum lagi ditayang. Pukul 1.20 lagi baru mula tayang. Masih berbaki setengah jam lagi. Hmm, berani dia kan tengok cerita hantu seorang diri! Takpe, cerita saja, bukan real.
      
Eleh, berlagak bukan main kau ye, Leeya? Rileks, kita tengok sekejap lagi kau takut ke tidak. HIHIHI ( gelak versi Maya Karin tak berapa nak takut)
Tak nak lah, window shopping je. Dia bukan boleh, karang ada saja benda yang dia nak sambar. Walaupun apa awalnya hanya ‘WINDOW SHOPPING'. Tahu-tahu habis kopak duit dia! Nak makan dia kenyang lagi.
         
Sedang dia melangkah tanpa arah tuju di aras 3 tiba-tiba dia dirempuh seseorang. Dah macam dalam pertandingan  lembu berlaga dia rasa masa tu. Badan Leeya terumbang-ambing tidak stabil, dia mahu terjatuh. Namun, di saat dia mahu terjatuh. Ada sepasang tangan kekar yang merangkul pinggangnya untuk mengelakkan dia daripada terjatuh. Bau haruman tubuh itu benar-benar membuat nafasnya berasa senak.  DOLCE & GABBANA. Oh, damn!
Lelaki!!
         
Dia mengangkat muka dan tiba-tiba mata bundar Leeya membulat. Secara tak sengaja mata mereka bertatapan. Dia kenal pandangan mata ini. Dan dia juga kenal muka ini. Oh noooo, apasal kau lagi?
Tiba-tiba lelaki itu bersuara. “Best kena peluk?" Bagai terjaga dari mimpi. Leeya merenggang pelukan. Lelaki itu melepaskan dia. Legaaa.
“Kau pehal asyik ambik kesempatan dekat aku? Kau spy aku ke apa?" Leeya memulakan pergaduhan.
         
Naufal menjuling mata ke atas. Aiyoo, budak ni bukan reti nak berterima kasih dekat dia. Ni tau marah je. Kalau bukan dia yang selamatkan, dah lama dah tercium lantai dengan bontot besar kau tu. Opps!
“Kau ingat kita ni tengah shooting cerita csi ke apa? Spy kau? Huh, please. Banyak lagi kerja yang aku nak buat. "
“Habis tu, yang kau tiba-tiba je ada sini tu kenapa? Minat aku cakap lah."
      
Naufal ternganga. Amboi amboi amboi! Perasannya minah ni. Eh, jap. Betul ke kau tak minat dia Naufal? Habis tu yang selama satu minggu ni kau cari dia tu apa kes? Orang tak minat tak kan cari orang tu sampai macam tu sekali macam tu tau.
‘Manade minat. Aku nak minta maaf je dekat dia.' Akalnya cepat membidas.
      
“Macam cantik sangat ingat orang minat dekat dia. Tapi memang cantik pun kau." Naufal berkata perlahan.
“Kau kata apa?" Mata Leeya membulat.
“Apa?" Naufal turut membulatkan mata. Eleh, macam dia sorang je ada mata. Tapi mata dia lagi cantik dari aku pe. Naufal bermonolog.

Dalam tak sedar, badan mereka kian mendekat. Tubuh tinggi lampai Leeya hampir menyamai badan sado tinggi  Naufal. Agak senang dia memandang secara dekat wajah kacak berjambang nipis itu.
         
Jemari kasar Naufal ingin sekali membelai wajah gadis itu. Namun, menurun semula jarinya. Dia teringatkan ini tempat awam. Karang tak pasal-pasal masuk dalam motif viral. Dia tak nak glamour cara express ni.
“Aku minta maaf pasal haritu."
Leeya terkelu. Dia tahu membalas apa. Tanpa pamitan. Dia melangkah pergi meninggal Naufak bersendirian.
       
Naufal menghembuskan nafas berat. Langkah laju gadis itu dipandang sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience