Bab 25

Humor Series 9998

Naufal memandu masuk ke perkarangan vila Dato Roslan. Besar dan mewah rumah itu, enah kenapa dia rasa kerdil. Nak dibandingkan dengan dirinya, jauh panggang dari api. Gadis di sebelahnya ini anak orang kaya, sedangkan dia pula hanya orang biasa-biasa. Dia mengerling ke arah buah hatinya.

“Yang, takpe ke kita terus masuk aje ni?"
“Takpe kot. Entahlah, kalau diorang halau,  kita balik."
“Ish, apa pula kata macam tu. Ingat tak kita datang sini untuk apa?" Naufal bertanya persis Leeya itu anak kecil. “Ingat." Gadis itu menjawab.
“Okay, jom."
               
Naufal keluar dari perut kereta kemudian, dia membuka pintu kereta untuk Leeya. Leeya memegang erat tangan sasa itu seraya bertanya.
“Bie, are you sure?"
“Of course, sayang. Trust me, everything will be okay. Tu maid kot rasanya." Naufal memuncungkan mulut ke arah pembantu rumah warga indonesia Dato Roslan.  Orangnya tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

“Permisi... Bisah bibik tahu hajat apa puan dan tuan datang ke mari?"
Leeya memandang wajah pembantu rumah itu. ‘Tak tahu ke aku ni siapa? Oh, lupa pula! Patutlah tak tahu. Inikan pembantu rumah yang baru. Sebab pembantu rumah bapanya yang lama kini sudah bergelar DATIN. Apa barang buat kerja-kerja rumah ni.' Bapanya sudah rembat!

“Permisi jugak. Kami sebenarnya berhajat  nak jumpa Dato Roslan. Dato ada tak?" Naufal membalas lembut. Orang berbudi, kita berbahasa.
“Dato ada. Lagi ada di biliknya. Silakan masuk dulu. Nanti bibik panggilkan, yaa." Bibik Suci mempersilakan mereka masuk. Kemudian menyuruh mereka duduk dan tunggu sebentar, dia meluru ke ruang tingkat atas agam itu.
              
Leeya memandang sekeliling ruang. Rindunya dia kepada rumah ini. Sudah enam tahun dia tidak pernah menjejakkan kaki langsung di rumah ini, dan baru hari ini dia baru balik. Konsep moden dan kontemporari yang diinspirasikan oleh umminya masih tidak berubah.

Malah, bau haruman lavender yang disukainya masih dikekalkan di rumah itu. Dia pelik, bukankah walidnya tidak suka akan bau itu. Tapi, kenapa dia dikekalkan juga? Jangan kata bini baru dia juga suka lavender. Nanti tidak pasal-pasal dia suka bunga ros pulak.
               
Leeya melangkah ke arah rumah yang menempatkan gambar keluarga. Di antara gambar yang ada, dia terkejut melihat gambarnya ketika mereka ke tanah suci semasa berumur 4 tahun turut digantung di situ. Dia memakai pakaian sedondon dengan umminya

Waktu itu, mereka merupakan keluarga yang paling bahagia. Dapat dirasakan lagi pelukan hangat ummi dan pelukan walid. Allah! Dia memandang sekeliling. Ada gambar yang diletakkan di atas meja pun ada.  Hampir menitis air mata apabila terpandang gambar umminya yang segak berjubah moden berwarna hitam.

Umminya terlalu cantik. Dia mengusap gambar itu lantas mencium. Kalaulah umminya masih ada...
Naufal turut berasa sedih dengan perlakuan buah hatinya. Gadis ini memang cekal. Dalam usia muda dia diuji dengan dugaan yang cukup hebat. Jujur, dia sangat sayangkan gadis itu.
               
Dia melangkah ke arah gadis itu. Tidak berani menyentuh Leeya kerana takut perlakuannya tidak disukai bakal bapa mentuanya.
“Sayang, okay?" Leeya tidak menjawab sebaliknya dia menunjukkan gambar arwah umminya kepada pemuda itu. “Ini laa, ummi Leeya? Cantikkan?"
Naufal tersenyum sedikit dan mengangguk perlahan.

Dia memegang gambar arwah Jamia. Ya, memang cantik. Wajahnya seperti arab pakistan itu diwarisi kepada anaknya. Dengan mata bercelak, hidung mancung. Cuma, anaknya itu mempunyai lesung pipit di pipi kanan. Mereka berpandangan
Sedang mereka melayan perasaan sesama sendiri, Dato Roslan muncul dan memberikan salam.
              
Dia terkejut melihat tetamu yang datang pada hati itu. Tidak sangka anaknya masih sudi lagi menjejakkan kaki lagi ke rumah itu walaupun dia telah melukakan hati darah dagingnya sendiri.
“Ain? Ya Allah, Leeya Farahin anak walid." Dato Roslan segera memeluk anaknya erat. Seakan tidak mahu lepaskan.

Kedua-dua pipi lembut itu dicium bertalu-tahu. Air mata kegembiraan mengalir dengan laju.
Leeya mengeraskan badannya. Tidak sangka begitu reaksi walidnya. Sekilas dia menjeling Naufal. Kelihatan jejaka itu terkejut. ‘Mungkin dia juga tidak menyangka tindakan drastik walidnya itu.' Fikirnya.
                
Namun tidak pada Naufal. Dia tidak menyangka rupa-rupanya Dato Roslan itu ialah orang yang sama merupakan rakan perniagaan majikannya, Tan Sri Razeef. Kecil betul dunia ini. Lelaki tua itu tidak sedar lagi kehadiran dirinya.
“Syukur alhamdulillah. Akhirnya, balik juga Ain ke mari.

Walid gembira sangat sayang. Terima kasih, Ain. Terima kasih."
Leeya hanya tersenyum hambar. Walidnya sudah tersalah anggap. Dia seperti serba salah. Tenang dia menjawab.
“Sebenarnya, saya datang ke sini ada hajat. Kenalkan ini, Naufal Zariff." Leeya memperkenalkan Naufal yang berdiri bersebelahannya. Segera Dato Roslan mengangkat muka. Dia kelihatan terkejut.
“Awak??"
“Dato??"

Suara Naufal dan Dato Roslan bergabung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience