Bab 49

Humor Series 9998

“Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah..." Selesai sahaja memberi salam kanan dan kiri, Naufal menyapu muka. Dia mengangkat pula tangan berdoa kepada Allah agar dipanjangkan usianya, orang-orang yang dia sayangi, diampunkan dosa orang-orang yang dia sayangi sama ada masih ada ataupun sudah tiada, dimurahkan rezeki serta diselamatkan urusan isterinya semasa bersalin nanti. Selesai berdoa, dia berzikir sekejap.

Naufal sedang melakukan solat zohor di rumahnya pada waktu itu. Dia hanya keseorangan, isterinya ada di tingkat bawah barangkali tengah melayan anak-anaknya yang lain. Leeya sudah solat pada awal waktu tadi. Naufal waktu itu tiada di rumah. Dia keluar ke tapak pembinaan syarikat mereka. Perniagaan mereka kini sedang berkembang dengan maju. Dia sangat-sangat bersyukur.

Sedang Naufal meletakkan sejadah di ampaian, tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Muncul muka comel Darwish dan Ali di celah muka pintu. Anak-anak itu seperti keletihan. Penat berlari mungkin.
“Papa.... Papa buat apa lagi tu?" Soal Ali dengan nafas yang termengah-mengah.
“Baru habis solat ni. Anak-anak papa dah solat ke?" Matanya meliar memandang dua orang budak comel itu. Serentak mereka mengangguk.

“Cepat pa... Mama!" Ujar Darwish yang usia sedikit muda dari Ali.
“Kenapa ni, Awish? Kenapa dengan mama?" Tanya Naufal laju. Tanpa sedar kakinya melangkah ke arah mereka.
“Mama dah nak beranak!" Ujar mereka serentak. Terbuntang mata Naufal.
“Beranak??"
“Naufallllll!!!!" Tiba-tiba terdengar suara ummi di tingkat bawah menyeru namanya dengan kuat.

Naufal yang masih terkejut dengan kenyataan tadi terus berlari laju ke tingkat bawah. Mujur dia memakai jogger pants dan tshirt tengkuk bulat tadi. Kalau pakai kain, mahu terburai kainnya ke bawah.
“Ya Allah, sayang!" Naufal meluru ke arah Leeya yang jelas keletihan. Wajahnya pucat, Leeya kelihatan tercungap-cungap untuk bernafas. Manakala, anak-anaknya yang seramai 13 orang itu mengelilingi Leeya. Mereka menangis teresak, kerana berfikir Leeya sedang berada di ambang maut. Ohh, tidak!

“Ummi... Air apa ni, mie?" Sempat lagi dia bertanya mengenai air yang banyak di lantai berhampiran isterinya. ‘Takkan Leeya terkencing pula.' Fikirnya.
“Itu air ketuban lah. Bini kamu ni dah nak bersalin. Cepat bawak ke hospital." Tiba-tiba Naufal menarik tangan anak-anaknya supaya masuk ke dalam kereta. Ohh, dia terlupa pula mengambil kunci. Dia masuk semula ke dalam rumah. Kunci kereta Vellfire diambil dan enjin kereta dihidupkan. Menggelabah gila Naufal waktu itu.

Tiba-tiba Chombie datang ke pintu utama dengan membawa beg berisikan barang keperluan bayi dan Leeya. Muka dia masam mencuka.
“Naufalll!!! Yang nak beranak tu bini kau. Yang kau pergi angkut budak-budak ni apa hal?? Cepat pergi angkat Puan Leeya!" Haa, ambik kau! Saat-saat genting macam ni dia dah lupa dah siapa tuannya, dipangil nama sesuka hati sahaja.

Terkejut Naufal mendengar jerkahan dari Chombie.
“Oh, shittt!" Terkeluar carutannya tanpa sengaja. Naufal memecut berlari masuk ke dalam rumah. Leeya yang sedang di dalam kesakitan itu diangkat dengan berhati-hati. Darah yang meleleh di celah paha isterinya tidak dihirau. Yang penting isteri dan anaknya selamat.

Puan Kalsom muncul semula di muka pintu utama. Sempat lagi dia mencari tudung untuk Leeya. Dompet duit Naufal juga sempat diambil. Ini sangat penting, kalau apa-apa susah. Dia sudahlah tidak reti memandu.
“Ummi ikut Fal pergi hospital, ye?" Naufal hanya mengangguk. Memang sebolehnya dia mahu ummi mengikutnya. Perasaan berdebar belum habis-habis lagi. Dia perlukan seseorang untuk menemaninya.

Barangkali ini perasan seorang bapa yang menunggu saat-saat si isteri melahirkan anak. Gembira, takut semuanya bercampur-baur. Namun, perasaan takut menakis semua perasaan yang ada.
“Kak com, tolong tengok-tengokkan budak-budak ni ye. Kalau ada apa-apa call Asyraff suruh dia datang. Kunci pintu rumah semua, eh? Nanti apa-apa hal. Saya call." Sempat lagi Naufal berpesan. Chombie hanya mengangguk.

Naufal berpaling ke bahagian penumpang belakang. Dilihat Puan Kalsom sedang meriba kepala Leeya yang tidak dilapik tudung. “Bertahan kejap ye, sayang. Kita nak pergi hospital dah ni. Bissmillahirahmanirahim..." Naufal memecut kereta keluar dari perkarangan rumah mereka. Dalam hati, dia berdoa agar Allah menyelamatkan isteri dan anaknya. Dia tidak sanggup kehilangan dua orang yang dia amat sayangi ini. Mereka adalah pengarang jantung hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience