Bab 18

Humor Series 10089

Jari-jemari tua milik lelaki itu mengusap lembut pada sekeping gambar satu pasangan pengantin yang sedang duduk malu di atas pelamin. Gambar itu sudah lama. Kira-kira dua puluh enam tahun yang lalu. Namun, gambar itu masih elok di dalam jagaannya. Dia memandang seketika wajah pengantin lelaki tersebut. Itu dirinya ketika muda. Seorang yang gagah dan bersifat amat menyangi keluarga suatu ketika dahulu. Kemudian, dia mencapai sekeping gambar lagi.

Kelihatan seorang budak perempuan comel persis anak-anak pakistan memakai baju merah dan rambutnya diikat tocang. Wajah budak perempuan itu memang seiras ibunya. Dia memang pandai mempamerkan mimik muka yang comel.

Air mata di tubir matanya mengalir laju. Dia menyesal dengan dosa yang dia telah lakukan kepada dua insan ini. Di saat mereka memerlukannya, dia tidak pedulikan mereka. Namun, selepas sahaja arwah isterinya itu meninggal. Barulah dia merasakan satu kehilangan yang terbesar meskipun waktu itu dia sudah punya isteri lain.

Datin Mardina menghampiri lelaki tua itu, di tangannya ada satu set minum petang, iaitu teh o panas dan sepiring puding roti. Perlahan dia letakkan di atas meja. Ketika itu mereka berada di taman mini villa mereka. Dia menjeling sekilas melihat perilaku suaminya itu sebelum berkata.
“Abang... Sudah-sudahlah tu tengok gambar kak Jamia. Orang yang dah takde ni, tak elok kita tangisi. Dia dah lama tinggalkan kita, bang."
Dato Roslan menyapu air mata dengan tisu. Kemudian dia memandang wajah isterinya.

Datin Mardina kini sudah cantik. Dulu, ketika mula-mula mereka berkahwin. Wanita itu hanya biasa-biasa. Tiada seutas pun barang kemas di badannya, namun kini segala sudah berubah. Dia sudah pandai bergaya, sudah pandai menyertai kelab-kelab datin. Tetapi, secantik mana pun Datin Mardina, cantik lagi Jamia. Dia menarik nafas seketika.
“Abang rindu Jamia. Abang rindukan anak abang, Leeya Farahin."

Datin Mardina merengus kasar. Dia bencikan budak itu. Semakin dewasa wajah gadis itu semakin seiras mamanya. Walaupun, gadis itu berperlakuan agak kasar namun dia mempunyai jiwa lembut di dirinya seperti Jamia. Lembut dan bodoh kerana mempercayai orang luar seperti dia!
“Berapa kali kita nak cakap pasal ni? Abang tahu, kan budak tu takkan balik lagi dekat rumah ni? Dia bencikan saya, bang. Dia bencikan Amanda dan dia juga bencikan abang. Abang dah lupa ke semua tu?"

Dato Roslan menggeleng perlahan. Cermin mata ditanggal. “Ain tak pernah benci saya, Ina. Dia marah saya je. Saya yakin satu hari nanti dia akan balik semula ke rumah ni. Saya menyesal sangat dengan apa yang saya dah buat pada dia dulu."
“Apa yang abang nak menyesal? Menyesal sebab kahwin dengan saya? Menyesal sebab abang bela anak-anak saya?"
“Inaaa...." Dato Roslan kematian kata. Tidak sangka wajah di hadapannya ini sudah berani meninggikan suara terhadapnya.
“Abang.... Abang sebenarnya ada hajat."

Dato Mardina sabar menanti ayat seterusnya yang akan keluar dari bibir si suami. Masam wajahnya. “Abang nak Ain kerja dekat office. Jadi CEO  supaya nanti dia boleh ambil alih ‘Roslan Holdings Corporation' Tapi, dia tak nak."
Dato Mardina terpempan. Tidak! Dia tidak boleh benarkan gadis itu senang-senang sahaja mendapat harta bapanya itu. Sia-sia sahajalah apa yang dirancang selama ni. CEO? Huhh, tak layak langsung!

Dia berpura-pura tersenyum manis. Lengan Dato Roslan diusap manja. “Abang.. Kenapa nak paksa dia kalau dia tak nak. Lagipun, Amanda dengan Aliff kan dah ada. Bagi ajelah jawatan tu dekat diorang. Aliff tu, macam abang tak tahu. Kalau boleh nak tinggal terus je dekat office tu. Workaholic sangat. Amanda pun sama. Tapi, abang bagi jawatan cikai je dekat diorang."

Dato Roslan tersenyum pahit mengenangkan anak-anak tirinya itu. Aliff Hakimi,  lelaki seorang itu memang seorang yang gila kerja. Potensinya di pejabat memang agak bagus. Tapi, itu tidak bermakna dia akan memberikan jawatan CEO kepada pemuda itu. Marketing Manager memang layak sangat dengan dia. Amanda? Aduh, anak tirinya yang satu ini hanya tahu keluar masuk keluar masuk ofis sahaja. Itu sudah kira baik dia memberikan jawatan sebagai operation manager, kalau tea lady sahaja baru dia tahu.
“Abang nak masuk solat asar. Ina dah solat?"

Tanya Dato Roslan tanpa menghiraukan cadangan Datin Mardina tadi. “Ina cuti, bang." Balas sambil tersengih. Sebaik Dato Roslan melangkah pergi. Datin Mardina menggigit bibir menahan marah. “Aku tak kan biarkan kau bahagia Leeya. Penderitaan kau adalah kebahagiaan aku!" Sambil melangkah ke dalam rumah, dia merencanakan sesuatu. Hidangan petang ditinggal tanpa diusik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience