Bab 24

Humor Series 9998

Leeya Farahin memakai tshirt blaus putih leher luas moden dipadankan dengan skirt ketat potongan duyung berwarna coklat muda. Wajahnya dimekap ala kadar dan rambut panjangnya dilepaskan. Body mist Victoria's secret disembur sesuka hati. Bau wangi semerbak memenuhi bilik tidurnya.
Dia menyengih di hadapan cermin memeriksa giginya yang tersusun cantik. Hasil dari memakai pendakap gigi dua tahun lepas. Takut ada lipstik di gigi, tidak pasal mendapat malu. Bukan boleh harap si Naufal tu. Karang tidak pasal-pasal dia kena gelak!

Telefon bimbitnya berdering lagu ‘Echame La Culpa' menandakan panggilan masuk. Dia meluru ke arah katil. Melihat nama si pemanggil dia tersenyum sendirian. Dia tidak menjawab sebaliknya terus berlari anak bersama beg tangan silang ke arah pintu masuk utama.
                 
Ada sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahnya, ferrari 458 spider black. Leeya mencari si pemilik kereta tersebut, dia menekup mukanya ke cermin kereta. Tak ada orang pun, pergi mana pula mamat ni. Sedang dia berkira-kira mahu mendail buah hati barunya, tiba-tiba seseorang menyergahnya dari arah belakang.

Apa lagi, melatah terus gadis itu. “Opocott engkau!" Naufal mengekek ketawa. Leeya mencerlung tajam.
“Uishh, kus semangat. Apa ni main sergah-sergah orang ni. Kalau meninggal tadi macam mana?" Dia mengusap dada perlahan.
                
Naufal berhenti ketawa. “Sorry baby. Terkejut, erk?" Dia mendekatkan dirinya dengan gadis itu. “Takde lah terkejut. Terperanjat je. Dah jom lah." Tanpa menunggu lama, dia melolos masuk ke perut kereta. Naufal terpinga-pinga, seketika kemudian dia turut masuk ke bahagian pemandu. Wajahnya dimaniskan. “Tak sabar-sabar nampak nak berduaan dengan bie, laju je masuk kereta." Dia bersahaja sambil memandu keluar dari taman perumahan.
              
Mereka ingin ke Villa Dato Roslan sebenarnya. Ingin menyatakan hasrat untuk berkahwin. Leeya akui, mereka masih mentah dalam hubungan ini. Tapi, apa salahnya bercinta selepas berkahwin. Bukankah itu lebih manis? Banyakkan orang guna konsep seperti itu walaupun zaman sekarang sudah moden. Begitu juga dengan dirinya.

“Jangan nak merepek. Orang nak cepat selesaikan kes ni. Lepas tu nak balik tidur."
“Tidur? Amboi, banyak cantik. Sayang ingat bie ni driver ke, elok settle hal dia lepas tu terus je hantar balik rumah. Tak payah pergi dating?"
“Eh, hello? Hal awak jugak tau bukannya hal Leeya sorang je. Dia yang nak kahwin dengan kita."

“Sama-sama nak kahwin, sayang. Ni kenapa pakai comel sangat ni. Nak goda bie ke apa?" Soal Naufal sambil meletakkan tangan Leeya di ribanya. Leeya membiarkan saja. Dia tersenyum senang. Macam tak percaya saja pemuda yang melanggar keretanya tempoh hari kini telah pun menjadi teman lelakinya atau lebih tepat lagi sebagai bakal suaminya.

Naufal pun apa kurangnya. Hari ini dia memakai tshirt berjenama Fila berwarna hitam dan berseluar jeans. Tahan sabar saja Leeya dengan buah hatinya itu. Geram!

Berdebar pula, bagaimanakah penerimaan walidnya. Adakah walid bersetuju ataupun tidak dia ingin berkahwin dengan jejaka itu. Dan yang paling penting, dia tidak sanggup melihat wanita yang telah menikam belakang ibunya itu di situ.

Nur Mardina binti Idris! Dia sangat bencikan ibu tiri spesis bawang merah bawang putih itu.
“Sayang!!"
“Huh?"
“Ishh, orang bercakap dengan dia. Boleh pula dia termenung. Kenapa ni, hurm?"
“Takde apalah.."
           
Leeya memandang ke luar cermin kereta. Tidak ingin jejaka itu tahu isi hatinya.
“Nervous ke? Sayang jangan susah hati, okay? Apa guna bie ada?" Ucap Naufal, dia mencium tangan buah hatinya itu berkali-kali. Wangi!
Leeya sudah mengembangkan hidung. Malu-malu dengan perlakuan jejaka itu.

“Nak bercakap tu, tak payah lah sampai nak cium-cium tangan orang. Bau belacan tahu tak?"
“Yeke bau belacan? Bie tak bau pun. Wangi je." Balas Naufal dengan mengacah mahu mencium tangan gadis itu lagi.
Leeya menarik pantas. Naufal ketawa. “Sayang takut ke? Jangan lah, sayang. Bie tak buat lebih-lebih, kita warm up je sayang."

“Hishh, dah lah. Orang tengah susah hati ni tahu tak?" Naufal mengerling sekilas. Dia memfokuskan pemanduan.
“Sayang takut walid sayang tak restu ke?"
“Pasal restu tu tak kisah sangat. Selama ni pun dia bukan ambik tahu pasal Leeya. Yang Leeya pikir sekarang ni. What if kalau bini dia ada dekat rumah sekarang ni? Sure la dia hasut laki dia yang bukan-bukan. Leeya tak boleh lah nak tengok muka perempuan tu. Mesti rasa nak tampar dia je."

“Ishh, tak baik kata macam tu. Diorang tu siapa sayang, bapa kandung and mak tiri sayang tau. Tak baik bahasakan macam tu. Restu tu kena sayang. Kalau walid sayang tak restu, rumah tangga kita tak bahagia. Nak ke macam tu?"
“Dia tak kisah pun, bie. Lagipun kita nak jumpa dia ni nak suruh dia walikan Leeya je kan? Tapi, kalau dia tak nak takpe. Kita pakai wali hakim je."
              
Naufal mengeluh perlahan. “Selambanya bercakap. Kenapa sayang cakap walid sayang tak kisah? Itu dulu lah. Sayang pun ada bagitau bie, kan yang walid pernah jumpa sayang minta maaf? Tu bermakna dia dah insaf, so stop fikir negatif tentang walid sayang tu.."

“Takde nya nak insaf. Mesti ada udang di
sebalik mi tu." Naufal tidak menjawab lagi. Dia mengerling Leeya, gadis itu mematungkan diri, mukanya masam. Biarlah, dia bertenang dahulu. Baginya, sesiapa yang berada di tempat gadis itu pasti ada berasa marah.
             
Ketika Mak Iti menceritakan kisah gadis itu dia pun rasa nak marah. Sanggup memperlakukan anaknya sebegitu! Namun, dia cepat beristighfar. Mesti ada hikmahnya semua ini berlaku.
Pemanduan diteruskan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience