Bab 34

Humor Series 10089

Leeya turun dari anak tangga dengan dipimpin oleh pengapitnya, Qaisara. Sempat dia mengerling sekilas ke arah tetamu yang hadir, ramai juga. Ramai tetamu yang walidnya jemput. Dia pasti kesemuannya bukanlah calang-calang orang. Dia menyisiplan senyuman manis apabila tersedar mata kesemuannya seakan terpukau melihat dirinya yang cantik dalam busana pengantin.

Qaisara yang turut memakai busana pengapit, membantunya duduk di atas pelamin. Dari sini, dia nampak jelas wajah Naufal yang segak dalam persalinan pengantin lelaki. Anak-anak angkat mereka yang lelaki duduk berbaris di belakang Naufal. Manakala, yang perempuan turut bersama dengannya di atas pelamin yang mewah ini.

Mereka kelihatan sangat cantik dengan persalinan yang sedondon berwarna putih dan hitam. Walidnya yang sponsor baju-baju mereka. Alhamdulillah, Dato Roslan boleh menerima anak-anak ini. Malah, turut melayani dan menyayangi mereka seperti cucu sendiri.

Anak angkatnya yang paling sulung bernama, Afia datang membisikkan sesuatu di telingannya yang dilapik dengan shawl berwarna putih.
"Mama... Mama nampak cantik sangat!"
Leeya tersenyum malu. Dicuit manja hidung Afia.
"Thank you, sayang. Kakak pun nampak cantik hari ni." Afia hanya tersengih. Segan dengan pujian yang dilemparkan oleh mamanya.

Leeya mengalihkan pandangannya ke hadapan dan zupp!!

Bagaikan terhenti seluruh nafasnya ketika anak mata bertentangan dengan milik si bakal suami. Naufal merenungnya dengan pandangan yang sukar difahami. Leeya menelan liur. Dia gugup, gabra semua ada. Mungkin inilah, yang semua pengantin rasa. Panahan dari mata sang suami. Eh, bakal! Belum akad nikah, kan? Hehe..

Lensa kamera tidak putus-putus mengeluarkan flash. Kesemuannya sibuk mahu merakamkan saat-saat bahagia mereka. Dah macam artis dah dia sekarang ni. Senyumannya pula tak lekang di bibir. Tiba-tiba melihat tangan Naufal mengenggam erat tangan walidnya sebagai wali. Hatinya mula berdebar-debar. Pantas Leeya memegang tangan Afia meminta sedikit kekuatan.


*******

Dengan sekali lafaz, Leeya Farahin binti Mohd Roslan sah bergelar isteri kepada Naufal Zariff bin Haji Ariffin. Kesemua tetamu mengucapkan syukur dan berdoa semoga pasangan mempelai itu diberkati Allah, dipanjangkan jodoh serta dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Leeya tidak dapat menahan perasaan sedih. Dia memeluk Mak Iti yang datang ke arahnya berserta air mata yang mengalir di pipi. Mak Iti mencium pipi mulus Leeya.
"Tahniah, Leeya. Lepas ni Leeya kena dengar cakap Naufal ye, sayang? Jangan tinggikan suara dengan suami. Kalau kita hormatkan suami besar ganjarannya, nak."Dia tersenyum.
Leeya mengangguk faham. "Terima kasih, mak. Terima kasih sebab sudi jaga Leeya selama ni. Terima kasih tumpangkan Leeya tinggal dengan mak dan Nissa dulu. Terima kasih sebab curahkan kasih sayang sebagai ibu pada Leeya..." Air mata diseka dengan jari.

"Mak ikhlas jaga Leeya selama ni. Leeya anak yang baik. Mak yakin Leeya akan jumpa semula kebahagiaan yang Leeya cari selama. Semoga Leeya bahagia ye, nak?" Ujar Mak Iti lantas melepaskan pelukan. Puan Kalsom pula datang memeluk Leeya. Wanita itu turut menangis. "Ain... Tahniah sayang.. Ummi doakan Ain dan Naufal bahagia hingga ke jannah. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga Ain dan Naufal menjadi pasangan yang baik di dunia dan di akhirat.." Leeya mengangguk dalam kepayahan.

"Terima kasih, ummi. Leeya janji akan jaga Naufal elok-elok. Leeya akan belajar jadi isteri yang baik." Air mata yang masih lagi mengalir, disapu menggunakan tisu. Saat memandang wajah ini, dia merasakan ibunya ada sekali. Pasti arwahlah orang yang paling bahagia di kala ini. Sudah pasti dia dipeluk dan dicium semahunya. Segala nasihat umminya pasti Leeya akan mendengar. Cuma, ini bukan orang yang melahirkannya. Tetapi, seseorang insan yang juga dianggap seperti ibunya sendiri.

"Mama!!" Anak-anak angkat Leeya yang perempuan meluru ke arahnya dan pantas memeluk serta mencium pipinya semahu-mahu mereka! Dia membalas dan mencium pipi mereka satu-persatu. Mereka kelihatan sangat gembira. Begitu juga dirinya. Leeya berjanji akan menjaga mereka dan menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak ini. In sha Allah!

Annisa mencuit bahu rakan karibnya. Leeya menoleh. "Make sure lepas ni, kau bagi aku anak buah banyak-banyak. Ingat tau, aku nak tiap tahun sorang. Kalau kembar pun lagi cun."
Leeya menjeling tanda geram. "Make sure kau bersalin dulu baru sembang bab anak dengan aku. Ishh, aku libas jugak kau ni kan. Cuba cakap benda yang suci murni sikit." Annisa ketawa suka.

Dipeluk Leeya erat. Dicium pipi gadis itu. "Tahniah sahabat. Aku doakan kau bahagia dunia akhirat. In sha Allah, Naufal lelaki yang baik, yang boleh pimpin kau ke jalan yang benar. Lepas ni, aku tak nak tengok kau bersedih lagi dah. Just enjoy yourself, okay?"

"Terima kasih, sahabat. Aku jugak doakan kau bahagia di dunia dan di akhirat. Okaylah, Aku nak pergi dekat laki aku." Leeya bangun dan terus ke arah Mak Iti yang menggamitnya untuk sesi batal air sembahyang.
Annisa menggeleng perlahan. Sengaja lah tu, buat-buat perangai gila.

Macam lah dia tidak tahu, gadis itu sebenarnya tidak ingin bersedih di hadapannya. Annisa mendoakan kebahagiaan Leeya dalam diam. Semoga sahabatnya itu mendapat balik kebahagiaan yang telah lama hilang. Amin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience