“Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Apakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati."
Seakan-akan terdengar lagi suara bacaan talkin dari Ustaz Salim bergema di tapak perkuburan islam itu sebentar tadi. Kesemua yang mendengar dengan khusyuk. Ada rasa gementar dan takut di setiap yang mendengar. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ya, mati itu pasti!
Leeya mengesat air mata yang masih mengalir deras dengan selendang hitam yang dipakai. Dipandang batu nisan yang baru ditanam sebentar tadi. Arwah walidnya disimpan bersebelahan kubur umminya.
Hari ini dia kehilangan seorang lagi insan yang teristimewa di dalam hidupya. Seseorang yang telah menyebabkan dirinya wujud di atas dunia ini. Namun, sewaktu dirinya ingin merasai kasih sayang seorang bapa. Arwah pula dijemput ilahi. Leeya hanya pasrah dan redha.
Dipandang lelaki yang berkopiah di sebelahnya. Lelaki itu baru selesai membaca surah yassin. Ya, itu suaminya. Suami yang baru sahaja menjadi suami di masjid pagi tadi, tetapi kini mereka di kawasan perkuburan. Sama-sama melihat jenazah Dato Roslan buat kali terakhir. Leeya hanya mampu melihat saat orang ramai menguruskan jenazah arwah walidnya. Naufal juga menghulurkan tenaga. Malah, lelaki itu turut memandikan, mengafankan serta mengusung arwah ke kubur. Sungguh mulia lelaki itu. Hatilah berdetik, tidak salah dia menerima lelaki itu dalam hidupnya.
Naufal turut berasa sedih. Dia memandang sekeliling. Tiada orang lagi, hanya mereka berdua sahaja di sini. Dia menggosok belakang wanita yang barusan bergelar isterinya dengan lembut. Sepatutnya, hari ini hari bergembira buat mereka. Tetapi, sesuatu berlaku di luar jangkaan. Walid telah pergi pada hari yang sama. Satu dugaan yang hebat buat mereka berdua.
“Sayang... Jom kita balik. Hari nak hujan ni."
Leeya tidak menjawab. Dia bingkas bangun diikuti oleh Naufal. Langkah ke tujuh dia melangkah, dia berpaling semula ke belakang melihat kubur walidnya yang masih merah.
“Selamat tinggal walid. Ain doakan walid ditempatkan di kalangan orang yang beriman, semoga walid berjumpa ummi di syurga sana. Tunggu Ain ye, walid. Suatu hari nanti pasti kita akan bertemu. Assalamualaikum." Mereka melangkah pergi dengan hati yang lara. Kini, Leeya hanya ada suaminya. Lelaki itulah pencetus semangat terus meneruskan hidup dengan tenang.
*******
“Assalamualaikum..." Satu suara garau memberi salam kepada mereka. Naufal dan Leeya segera berpaling.
“Daniel?" Naufal menegur. Namun, di dalam hatinya sudah pelik. Bagaimana lelaki itu boleh berada di sini? Daniel tersenyum kepada mereka. Dia melangkah ke arah Naufal dan menyuakan tangan ingin bersalam. Naufal menyambut dengan baik.
“Salam takziah Naufal.. Leeya. Saya doakan semoga bapa awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman." Daniel mengalihkan matanya kepada Leeya. Leeya hanya tersenyum hambar. Kata ganti nama lelaki itu sudah ditukar? Pelik.
Naufal memandang tepat ke muka Daniel. Tak guna betul, dekat kubur pun sempat dia nak tenung-tenung Leeya!
“Terima kasih. Tapi, macam mana kau boleh ada sini? Melawat saudara kau juga ke?" Sehabis mungkin Naufal mengawal suaranya agar tidak kedengaran kasar.
“Aku datang melawat Dato Roslan. Kau tak perasan ke aku ada di sini dari awal sampai akhir tadi. Tak sangka, rupanya Leeya ni anak kandung Dato Roslan. Kalau aku tak datang majlis ini atas jemputan arwah, dah tentu aku tak akan tahu." Ujar Daniel.
Naufal tersenyum sinis. Macam ada adegan perli-memerli ni. “Setiap yang berlaku ada hikmah dan semuanya ada sebab sendiri. Alhamdulillah, tak sangka juga aku rupanya Leeya ni anak klien daddy kau. Aku bersyukur sangat beristerikan Leeya. Leeya seorang seorang aku yang tabah." Dia memeluk pinggang Leeya yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
Daniel mengangguk. Dia tahu maksud di setiap kata-kata Naufal itu. “Naufal... Aku jumpa korang ni ada hajat." Dia memandang wajah Naufal dan Leeya secara berselang-seli.
“Hajat apa?" Tanya Leeya. Dia menggengam tangan suaminya erat.
“Saya minta maaf, sekiranya selama ini saya ada takutkan awak. Saya mengaku, semenjak pertemuan kita yang pertama saya dah sukakan awak, Leeya." Dia memandang wajah Naufal yang jelas kelihatan merah. Barangkali marah. Siapa tak marah wei, depan dia berani mengaku sukakan isterinya sendiri! Perghhh, menyirap!!
Daniel menyambung kembali. “Aku minta maaf, Naufal. Aku menyesal sebab dah jatuh cinta pada orang yang tak sepatutnya. Memang aku jahat, aku dah pernah plan nak pisahkan korang berdua. Tapi, aku baru sedar. Kalau aku buat semua ni, Leeya akan bencikan aku. Apa yang aku buat akan rugi sebab dia cintakan kau! Leeya...." Leeya mengangkat mukanya memandang jejaka yang memakai baju melayu hitam itu.
“Maafkan, saya?" Leeya mengangguk. “Awak tak salah, Daniel. Cinta itu buta. Awak berhak jatuh cinta pada siapa saja yang awak suka. Cuma, nawaitu awak tu salah. Cara awak tak betul. Tapi, syukurlah awak dah berubah..." Dia memandang suaminya. Naufal tersenyum kemudian, dia memandang Daniel semula.
“Daniel... Masih ramai anak gadis di luar sana yang boleh awak jadikan sebagai isteri. Saya hanya manusia biasa yang takde apa kelebihan. Apapun, saya ucapkan terima kasih kerana pernah sukakan saya. Maybe, awak ada nampak kelebihan dekat diri saya ni kot." Sempat lagi dia buat lawak yang tak berapa nak lawak. Kedua-dua lelaki itu hanya tersengih. Naufal menggeleng dengan perangai Leeya. Nakal!
“Aku harap kau cepat-cepat temu jodoh, Daniel. Kesian Tan Sri, dia nak sangat-sangat cucu dah tu. Kau cepatlah pergi pinang anak dara orang. Kahwin ni best, bro!" Pantas Leeya mencubit pinggang Naufal.
“Aduh, sayang. Sakit!" Dia mengerutkan muda.
“Padan muka! Gatal lagi." Leeya membalas.
Daniel hanya senyum melihat pasangan pengantin baru itu bermanja. Ada sedikit perasaan cemburu, namun cepat-cepat dia membuang.
“Terima kasih, Naufal... Leeya. Aku juga doakan kebahagian korang. Ermm, kalau boleh. Sudi tak anggap aku ni sebagai kawan korang?" Daniel memandang wajah mereka.
Naufal tersenyum senang. “Apa pulak tak boleh. Kau nak jadi bff aku pun takde hal. Asalkan jangan caras bini aku sudah." Serentak mereka ketawa. Pantas cepat-cepat menutup mulut. Lupa pula di mana mereka berada ketika ini. Dalam diam, Leeya masih lagi bersedih.
‘Ummi... Walid... Ain dah jumpa seseorang yang akan jaga Ain. Ain sayang dia sangat ummi, walid. Dia tu ialah suami Ain... Naufal Zarifff!'
Share this novel