Bab 41

Humor Series 9998

"Kau mop lantai ni betul-betul. Aku nak dia bersih dengan berkilat. Kalau tak bersih jugak, muka kau aku lenyek dekat lantai ni jadi lempeng. Kau jangan main-main dengan aku. Aku kata aku buat!" Arah satu suara perempuan kepada seorang budak perempuan comel. Budak kecil itu memandang perempuan garang tadi dengan pandangan polos.

?Kenapa Leeya yang kena buat? Leeya kecik lagi. Baru lima tahun, nanti kalau Leeya buat mesti Leeya jatuh sebab licin." Jawab budak itu berani dan dia telah menyebabkan wanita tadi berangin. Terus dia menengking budak tadi.
“Heyyyy!! Berani kau menjawab dengan aku! Bila aku suruh tu kau buat! Jangan nak bagi alasan bodoh dekat akulah."

“Tapi.... Ni kerja Cik Ina. Kenapa Cik Ina suruh Leeya. Leeya tak pandai." Leeya menjawab dengan terketar-ketar. Dia memang takut apabila seseorang yang mengeluarkan suara kuat kepadanya kerana walid dan umminya bukan seorang yang garang seperti perempuan ini.

Mardina meluru ke arah Leeya, mulut anak kecil itu dicubit kuat lantas dia menampar pipinya berkali-kali. “Setan kau ni. Aku kata jangan menjawab. Jangan menjawab. Kau ni memang nak mati dengan aku ke budak?" Ditampar anak itu tanpa rasa kesian. Tangisan Leeya langsung dia tidak hiraukan. Yang penting hatinya puas dapat menyakitkan budak itu.

“Sakit Cik Ina... Telinga Leeya sakit!" Leeya merintih pilu.
“Ma sha Allah, Mardina!!! Apa kau dah buat dengan anak aku ni?" Jerit satu suara dari arah tangga. Mardina berpaling. Dia dah agak, mesti perempuan itu akan datang sebagai penyelamat. Giginya dikancip geram.

Jamia melangkah perlahan turun dari tangga dan menuju ke arah Leeya yang sedang tersedu-sedan menangis. Sakit kepala yang kuat dari tadi seakan-akan hilang apabila mendengar tangisan dan  melihat keadaan anaknya itu. Dipeluk anak itu agar berhenti menangis. Dapat dia rasa, badan anaknya menggigil pasti kerana terlampau takut. Rambut panjang anaknya yang menutup muka dirapikan. Dia mengangkat wajah.

“Kau buat apa ni, Mardina? Sapa izinkan kau sentuh anak aku? Kau jangan melampau, Mardina!!!" Wanita itu membeliakkan mata. Dapat dilihat mata yang merah. Siapa sanggup melihat anak kandung sendiri disiksa begini oleh orang luar. Mardina ketawa kuat.

“Kenapa, kau nak marah aku? Huhh, tak padan dengan sakit. Sibuk je nak keluar dari bilik. Heyyy, bila abang Lan takde kat rumah. Boleh pula kau keluar,kan? Kalau dia ada kau terperuk je dalam bilik busuk kau tu. Sengaja nak perhatian dari laki aku! Dasar perempuan tak guna!" Mardina memaki sesuka hatinya.

Dia jijik melihat keadaan wanita ini. ‘Dengan kepala botak, muka pucat, badan kurus melidi. Jauh beza dengan penampilannya dulu. Kata dah sakit stage 4, tapi kenapa liat sangat nak mati? Sekali tengok macam mayat hidup. Kenapalah Dato Roslan tu boleh simpan lagi perempuan macam ni? Orang macam ni dah layak mati memalukan keturunan, memalukan aku!'

“Aku turun ni bersebab. Kau dah dera anak aku. Kau ingat aku nak biarkan? Tak, aku takkan sesekali biarkan kau sakitkan anak aku." Balas Jamia berani. Leeya masih menagis di dalam pelukannya. Mardina mendengus marah.

“Apa kau boleh buat? Nak melawan aku? Kuat ke kau tu? Dengan badan macam mayat. Ooo, atau kau nak report dekat laki aku? Hahahhaha, jangan harap abang Lan nak percaya. Dia lebih sayangkan aku. Sebab aku ni cantik, bukan macam kau tu. Buruk! Bodoh pulak tu!" Sengaja dia mengibas rambut panjang beralun. Yaa, memang dia sudah cantik! Berbeza dengan dirinya sewaktu jadi pembantu di rumah mereka.

“Aku tak kisah kalau kau nak rampas suami aku sekali pun. Tapi, jangan berani kau sentuh harta pusaka ni semua. Semua ini harta aku! Harta anak aku! Kau tu bekas pembantu rumah yang aku kutip tepi jalan je. Sedar diri sikit! Aku menyesal kutip kau dulu!"

“Kau cakap apa?? Kau suruh aku sedar diri? Hey, perempuan bodoh! Ada aku paksa kau nak kerja sini ke? Kau tu yang berlagak suci! Ambik aku kerja dekat sini. Sudah lah, bodoh. Laki kau curang belakang kau pun tak tahu. Percaya sangat! Lepas tu siap suruh Abang Lan kahwin dengan aku sebab nak suruh aku jaga Abang Lan bila kau mampus nanti." Mardina ketawa. Dia menyambung semula.

“Kau tak boleh salahkan aku seratus peratus. Yee, memang aku nak rampas laki kau, aku tipu kau kata aku kena cerai. Kononnya duda aku dulu curang dengan aku. Main dengan betina. Suka pukul aku dengan anak-anak. Padahal aku sendiri yang minta cerai. Tak tahan hidup susah. Bodoh! Sebelas tahun aku kahwin, dia tak pernah gembirakan aku. Yang dia tahu nakkan tubuh aku je. Dah lah tak pandai melayan. Mujur ada Abang Lan... Dia hebat tau di ranjang." Matanya menjeling wanita itu berdarah pakistan itu.

Sengaja Mardina menaikkan api cemburu Jamia. Namun, wanita itu buat tidak mengerti. Dia sibuk membantu anaknya supaya bangun. Air mata yang mengalir di pipi si kecil itu dilap perlahan dengan bibirnya tersenyum. Senyuman! Yaa, dia akui Jamia mempunyai senyuman yang menawan. Waktu sakit begini pun, senyumannya masih berseri. Sebab itu Dato Roslan masih menyayangi isteri yang seorang itu.

Seorang anak kecil menuju ke arah mereka lantas dia memeluk kaki Mardina dengan manja. Di tangannya ada seekor patung beruang putih comel. Budak itu ialah Aminah atau sekarang dipanggil sebagai Amanda, anak bongsu Mardina.

“Mama....." Amanda bersuara manja.
“Sayang... Eh, anak mama ambik mana teddy bear tu?"
“Manda jumpa dalam bilik Manda lah, mama.." Patung bear itu dipeluk lantas dicium. Leeya yang mula terperasan patung itu miliknya, mula bersuara.

“Ummi.. Itu patung Ain lah, mie. Kenapa Aminah ambik? Ain simpan teddy tu dalam bilik Ain" Digoncang tangan ummi berkali-kali manakala tangan kanannya menunjuk ke arah patung itu. Mardina yang sempat mendengar apa yang dikatakan oleh Leeya sengaja menguatkan suara.

“Oooh, mama terlupa lah, sayang. Teddy bear ni papa yang hadiah kan dekat sayang sebab anak mama ni comel sangat. Bukan macam budak tu. Dah lah, mak dia buruk, anak pun buruk. Kan sayang, kan?" Dicium manja pipi anaknya. Amanda yang tidak tahu apa, dia juga tersenyum.

“Cik Ina. Itu teddy Leeya. Pulangkan balik! Nanti walid marah sebab Leeya tak jaga betul-betul." Dia berkata kenapa Mardina. Wanita itu mencebik .
“Ada aku kisah? Sekarang ni, semua barang-barang kau dah jadi milik anak aku. Bilik kau sekarang ni.. Tuuuu, dekat hujung dapur sana. Kalau berani-berani masuk bilik anak aku. Sentuh barang-barang anak aku. Mak aku akh bunuh."

Entah di mana datangnya keberanian anak kecil itu, Leeya merampas kasar teddy bear putih di tangan Amanda menyebabkan Amanda terjatuh ke lantai kerana terkejut. Amanda menangis kerana teddy bear tadi dirampas oleh Leeya. Mardina sudah naik angin. Dia menampar pipi Leeya sehingga pecah di bibir.

“Jahanam kau budak!!!" Leeya tergolek ke lantai.
“Ainnnnn!!!" Jerit Jamia kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience