Bab 38

Humor Series 10089

"Untungkan nasib kita ni Ummi. Dapat duduk rumah besar, majikan baik, tak berkira pulak tu dengan kita." Chombi membebel sambil tangannya cekap mengupas bawang. Dia duduk di meja kerja bersebelahan dengan Puan Kalsom. Wanita itu pula sedang memotong sayur sawi dan beberapa jenis sayur yang lain. Wajah tua itu tersenyum manis. Dia turut bersetuju dengan kata-kata wanita bertubuh berisi itu.

"Alhamdulillah, Com. Ummi pun macam tak percaya je kita boleh tinggal di sini. Itulah kata orang, jodoh tu tak kira sesiapa. Ummi bersyukur sangat Naufal bertemu jodoh dengan Ain. Cantik pun cantik, baik pun baik."
"Kan? Com rasa macam dalam mimpi pula boleh jejakkan kaki dekat rumah besar macam ni. Nasib baiklah, dato tu meninggal. Boleh juga merasa duduk rumah besar secantik ni."

Pantas Puan Kalsom menepuk bahu gempal milik Chombi. Dia termelatah kerana terkejut. Diusap lengannya yang pedih dengan perlahan.
"Tak baik cakap macam tu. Bawa mengucap, Com.  Kalau dengar dengar si Ain tu tak pasal-pasal dia terasa hati. Silap hari bulan dihalaunya kamu dari sini." Chombi memuncungkan mulut.

"Alaa. Com cakap je. Ummi tahu kan mulut Com ni macam mana, suka cakap lepas. Com cuma cakap benda yang betul je apa yang Com rasa." Dia membasuh bawang-bawang yang dikupas tadi di sinki.

"Lain kali bercakap tu pandang kiri kanan dulu. Ummi tak nak nanti Ain kata kita ambil kesempatan pula atas kebaikan dia. Ingat, kita bukan macam tu!"
Chombi kembali duduk semula di meja kerja bersama mangkuk berisi bawang.
"Yelah, Ummi. Com mintak maaf!" Dia mencebik sekilas. Mujur Puan Kalsom tidak perasan.

Leeya muncul di pintu dapur secara senyap bersama senyuman di bibir."Membawang ke tu?" Sergahnya di tepi telinga Chombi. Apa lagi, menjeritlah perempuan itu. Tanpa sedar, perkataan carut pun turut terkeluar. Pantang betul dia kalau ada orang yang menyergahnya. Penyakit latahnya itu semakin kronik bak kata Puan Kalsom. Leeya ketawa kuat manakala Puan Kalsom menggeleng kepala. Teruk benor Si Chombi ni.

"Haishh, puan ni. Janganlah buat macam tu selalu. Boleh tercabut jantung saya ni tahu tak? Karang tak sempat nak kahwin. Kesian saya, muda-muda dah mati." Dia mengacah mahu mencubit Leeya, pantas Leeya mengelak.
"Alaa, Leeya bergurau je lah. Eh, Kak Com! Kan ke Leeya dah pesan jangan panggil Leeya puan. Panggil nama sudahlah. Tak syok lah panggil puan-puan ni. Macam orang tua je." Leeya mengerutkan muka tanda tidak puas hati.

"Mana boleh, puan. Dah memang saya ni pekerja di rumah ni sebagai pembantu sekarang. Lagipun, dengan Tuan Naufal pun saya dah biasa bertuan dengan dia. Walaupun, dia tak suka. Saya panggil jugak. Takkan saya nak panggil puan, Leeya je? Macam tak fair." Balasnya panjang lebar. Leeya membuka pintu peti sejuk, lantas mengeluarkan sekotak fresh oren. Dia menuang ke dalam gelas lantas meminum perlahan.

"Saya anggap kita semua ni sebagai satu keluarga Kak Com, oi. Biar takde jurang antara kita. Sebab tu saya tak suka orang berpuan-puan dengan saya. Anggap macam family je sudah. Tapi, kalau Kak Com nak panggil juga suka hatilah." Dia berkata berkata perempuan yang tua dari kira-kira 9 tahun itu. Dia hanya tersengih menayang gigi.

"Ermm, ummi. Bibik mana? Tadi keluar beli barang dengan Asyraff. Belum balik lagi ke?" Dia bertanya pula kepada Puan Kalsom perihal Bibik Suci, pembantu rumah lama walidnya. Asyraff ialah pemandu kepada anak-anak angkatnya. Orangnya berkulit hitam manis dan tinggi. Sedikit pemalu.

"Belum lagi. Kejap lagi baliklah tu. Eh, Ain dah alang-alang datang ni. Ambik ini bawa ke depan. Ummi takut sejuk nanti tak sedap pula. Naufal suka sangat karipap ummi buat ni." Puan Kalsom menyuakan sepinggan karipap sardin dan teko teh o panas kepada Leeya. Dia menyambut.

"Yelah. Ummi dengan Chombie tak nak join ke makan petang ni?" Leeya memandang wajah mereka satu per satu.
“Kejap lagi kami datang. Nak siapkan kueh tiou goreng ni kejap. Ain pergi hantar ni dulu, eh?" Balas umminya lagi.
Leeya melangkah ke kawasan kolam renang bersama teh o panas dan karipap sardin.

                 

      ********

Kelihatan Naufal sedang duduk di kerusi panjang, di tepi kolam sambil menyilang kaki. Dia tersengih saat melihat susuk tubuh isterinya.

Leeya meletakkan juadah set minum petang di tepi meja bersebelahan Naufal. “Bie nak makan?" Naufal menggeleng. “Nak sayang..." Dicapai tangan agar isterinya itu duduk di ribanya. “Tak naklah, bie. Nanti orang tengok." Ujar Leeya sambil memandang kawasan sekeliling.
“Takpe lah, sayang. Kita kan dah kahwin. Ermm, sayang....?"
“Kenapa?"
“Rindu..."

Leeya meletuskan tawa kecil. “Rindu apa bie ni. Sayang kan, ade je dekat sebelah ni. Bukan pergi mana."
“Rindu jugak! Rindu nak manja-manja dengan sayang." Ujar Naufal sambil menguis perlahan rambut panjang Leeya lantas dia mencium dahi isterinya.
Leeya tersenyum. “Rindu bie juga. Itulah, sibuk lagi kerja. Asyik tinggal bini je. Padan muka bie, kena menahan rindu."

“Aik, macam lagu je ni."
“Eh, sejak bila bie layan lagu melayu. Bukan biasa layan hindustan je ke? Mujhse dosti karoge?" Naufal tercengang. “Hah? Mana sayang tau? Ooo, ni mesti Nabil becok tu bagitau, eh? Nak kena dah budak ni dengan aku!" Leeya bantai gelak. Lucu melihat wajah cemberut suaminya. Malu tettew!

“Muka sek-sek mat saleh, tapi kaki hindustan. Eee, tak malu." Leeya menggiat mengusik suaminya. Naufal membulatkan mata, seakan dia mendengar Leeya mengutuknya tetapi tidak jelas. “Sayang kata apa tadi? Kutuk bie, eh?" Dia mula mengunci kedua-dua belah tangan Leeya. Leeya menjerit kecil. “Takde apa. Takde apa, mana ada sayang cakap apa."
“Tipu! Bie dengar tadi. Cepat cite. Sayang cakap apa tadi?"
“Tak cakap apalah. Orang puji pon nak marah."

Naufal mencuit hidung Leeya. “Yelah tu, puji. Sayang bukan boleh harap sangat."
“Kenapa tak percaya? Teruk sangat ke sayang ni? Ermm, yelah, kan. Sayang ni kan teruk." Leeya berpura-pura merajuk. Alah, bukan merajuk betul, sekadar bermanja. Naufal tersengih, dia memeluk tubuh Leeya erat.

“Aloloo, bucuk-bucuk bie. Marah, eh? Bie gurau je sayang. Takmau lah merajuk. Buruk tau!" Nahhh, makin muncunglah wajah isterinya itu. Tu bukan pujuk bro, tu kau kutuk. Hehhhh. Naufal mengambil satu karipap, dia menyuapkan ke mulut Leeya. Leeya hanya membeku.
“Sayang... Aaaaaa??" Dah macam budak-budak Naufal memujuk Leeya. Leeya mahu ketawa, tapi dia menahan. Sengaja mahu melihat aksi suaminya.

“Yang, makanlah. Penat ni ummi masak."
“Makan je lah..." Leeya berusaha mahu bangun dari riba Naufal, namun suaminya menahan. “Sayang tak sayang bie ke? Cepatlah makan." Pujuknya lagi.
“Yelah.. Cepatlah suap." Leeya membuka mulut Naufal mula menyuap. Bukan seketul, malah ditibainya sampai empat ketul. Hahh, suruh sangat kan dia makan! Leeya mahu mencapai secawan teh, namun dihalang lagi oleh Naufal.

“Sayang duduk sini. Biar bie ambil." Dia meletakkan Leeya di sebelah. Cawan berisikan teh hangat dicapai lalu diberikan kepada Leeya. “Special je layanan hari ni. Ada buat salah apa-apa ke?" Soal Leeya.
“Mana ada apa-apa. Sayang ni suka fikir bukan-bukan."
“Eleh yelah tu..." Dia menyisipkan minuman.

“Sayang....."
“Hermmmm??"
“Jom romen??"

“PRUHHHHH!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience