Bab 16

Humor Series 9998

Kesemua yang berada di dalam bilik meeting tercengang. Termasuk juga dengan Tan Sri Razeef. Seakan tidak percaya yang sedang berdiri dan bercakap itu merupakan anaknya. Tak masuk akal! Kalau diikutkan hati mahu saja dia menghalau anak dia keluar dari situ. Daniel Syafiq. Selalu memeningkan kepala dengan perangai yang buruk itu.

Arsyad membisikkan sesuatu di telinga Naufal."Aku rasa jantan ni tak boleh go lah. Kita kena buat something, Fal. Kalau tak projek yang kita rancang selama ni lebur."
Naufal menghembuskan Naufal. Dia menjeling kesemua yang ada kemudian mengangkat tangan. Tan Sri Razeef yang duduk di kepala meja memandangnya.

"Ye, Naufal. Ada apa yang you nak tambah?" Naufal bangun dari kerusi dan melangkah ke depan. Daniel menepi, dia mendengus kuat. Nampak sangat dia tak sukakan Naufal. Kemudian, dia duduk kembali di tempatnya iaitu bersebelahan papanya, Tan Sri Razeef.
"Assalamualaikum, semua.."

Mereka menjawab salam Naufal kecuali Daniel.
"Based on what Daniel said, company kita ada masalah untuk cooperate dengan company lain. Tapi, ada kita fikir tak apa kesan negatif kalau kita tak buat macam tu?" Kedengaran mereka berbisik sesama sendiri.

"Apa maksud awak Naufal?" Tan Sri Razeef sebagai CEO di Teguh Consultant.
Naufal berjalan dengan perlahan ke laptop yang disediakan di meja. Dia membuka salah satu folder dan segera menekan klik. Jelas terpampang segala data-data penting tentang syarikat di skrin putih. Dengan blazer yang ketat itu agak melambatkan pergerakannya. Serious, dia tak suka memakai pakaian formal. Rimas!

"Ini semua adalah data-data yang saya dah dapatkan oleh Encik Nizam. Operating Manager kita. Berdasarkan apa yang ada di sini. Syarikat kita mengalami kerugian sebanyak 60peratus dari harga yang sepatutnya ada di pasaran. Salah satu punca syarikat kita merosok teruk adalah disebabkan kecuaian daripada salah seorang dari kita sendiri."

Kesemuanya diam. Fokus mendengar Naufal membentangkan masalah yang dihadapi. "Macam yang Daniel cakapkan tadi. Bekalan bahan mentah yang kilang eksport dari kilang tak cukup. Padahal kita dah kira total keluar masuk. Jadi, apa yang saya nak tekankan di sini. Kita masih boleh cooperate dengan company lain untuk selamat projek ni. From the other side, we should.... "

Belum sempat Naufal menghabiskan ayat. Daniel bingkas memotong.
?Kau merepek apa ni, Naufal? Dah jelas dah company bapak aku ni dah nak muflis? Amende yang kau nak selamatkan lagi?"
"Saya cuba lakukan yang terbaik untuk company. Maaf kalau awak tak setuju dengan cadangan saya." Naufal berkata selamba.

Daniel tersenyum sinis. Dia menggaru dagu. "For what kau beriya sangat? Dah 2 bulan dah syarikat ni macam ni. Apa effort yang kau ada? Kalau kau rasa cadangan kau tu berjaya. Kau ingat kau boleh gantikan tempat bapak aku ke as a CEO in this company?? Jangan harap lah, sial!"
"Daniel!! Beware of your words!" Tiba-tiba Tan Sri Razeef menjerkah. Serentak semua diam.

Hanya terdengar dengusan dari mulut Daniel sahaja. Dia memang dari dulu lagi tak sukakan Naufal! Pekerja terbaik konon. Pergi mati!
"Sorry, Tan Sri. Can we continue?"
"It's okay, Naufal. Just continue your work. Daniel, kalau you rasa marah. Pergi keluar. I tak suka kecoh-kecoh masa meeting. Ini office, bukan clubbing!"
Sempat dia memerli anaknya kaki kelab, kaki perempuan, kaki minum dan segala kaki lagi. Dah berbuih-buih dah dia nasihatkan.

Namun diibaratkan mencurah air di dalam keladi. Anaknya itu bolayan saja nasihat. Malah, makin ditegur makin jadi. Dia juga tak faham kenapa anaknya itu benci sangat dengan Naufal dan Arsyad.
Naufal itu sikit punya baik sama-sama memajukan syarikat ini, nak harapkan Daniel? Mimpi sajalah.
Naufal itu lubuk emas. Hilang Naufal maka hilanglah kepercayaannya. Sebab itulah, dia berusaha menjaga Naufal sebaik mungkin. Untunglah, Naufal baik. Kalau dia dah tentu dah lama Daniel makan penerajang. Ceh, baiklah sangat Naufal tu.

Padahal dia tidak tahu yang mereka berdua pernah bergaduh besar.
Daniel bingkas bangun. Hatinya panas dengan papanya. Lelaki tua ini, tidak habis-habis menangkan si Naufal.
Sehinggakan di hadapan retails manager pun bapanya memalukannya. Huhh, memang nak kenalah lelaki ni. Dia mengorak langkah ke pintu. Sempat dia membuat killer eyes kepada Naufal dan...

Bummmm!!!! Dia menghempaskan pintu dengan kuat. Terkejut habis kesemua yang ada di situ sehinggakan ada yang melatah. Huhh, biadap punya jantan! Naufal buat bodoh. Ingat dia takut? Dia melabuhkan duduk di tempatnya. Lantaklah, malas nak sambung meeting. Pandai-pandai Tan Sri lah nak fikir apa pun. Arsyad menyikunya, dia tak layan.
"So, Tan Sri. You rasa apa yang terbaik. Tadi Naufal ada usulkan supaya kita cooperate dengan company lain. You dah ada ke calon dia?" Soal Encik Borhan, selaku operation manager.

"I think I dah tahu siapa yang boleh joint dengan kita."
"Who , Tan Sri?". Tanya Dato Kamil, adik kandung Tan Sri Razeef selaku orang kanannya.
"Roslan Holdings Corporation..." Jawab Tan Sri Razeef perlahan. Namun, sempat didengar oleh semua yang ada.
"Maksud you, Tan Sri. You nak kita join dengan company tu? I dengar itu company besar, Tan Sri. Banyak pelabur-pelabur luar yang nak kan diorang. Do you think they wanna agree with us?" Soal Arsyad pula selaku professional young arkitek.

"Why not? I tak kira. Walau apapun yang jadi. I nak kan juga cooperate dengan Dato Roslan. You and Naufal, tomorrow go to the company and make a deal with them." Arah orang kaya itu sambil memandang tepat ke arah Naufal dan Arsyad.

Mereka berdua saling berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience