Bab 30

Humor Series 9998

Naufal menyanyi lagu Right Here Waiting For You dengan suara serak-serak basah. Lagu itu penuh dengan makna. Sengaja dia tujukan kepada buah hatinya yang berada di sebelah. Alunan muzik di radio perlahan sahaja namun, suaranya pula yang kuat dan lagi sedap dari penyanyi asal.

Dia mengerling Leeya sambil menyanyi, tangan gadis itu dicium mesra. Leeya yang berada di sebelah sudah tersenyum nipis. Suka betul dia dengan perlakuan Naufal. Waktu itu mereka di dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Naufal terpaksa pulang pada malam itu, kerana esok dia perlu berjumpa dengan klien syarikatnya.

“Biee...." Naufal segera menoleh.
“Thanks for today..." Leeya berkata manja.
Naufal tersenyum. “Most welcome, dear. Sayang happy tak hari ni?"
“Happy! Dapat kenal siapa bie yang sebenarnya, dapat kenal ummi, and yang penting tiba-tiba je dah beranak ramai." Dia berkata selamba.

Naufal ketawa kuat. Wajah cantik itu diusap perlahan sambil dia memandu.
“ Sayang ni kelakarlah. Best tak tiba-tiba jadi mama?" Leeya pantas mengangguk.
“Mother of 13 children. Diorang tu cute kan, bie. Hormat orang tua, berbudi bahasa, sopan.
Walaupun ada setengah dari diorang tu tak berapa faham bahasa melayu."
“Ye, sayang. Diorang tu semua bagus-bagus. Bie dah janji dengan diri bie nak didik diorang baik-baik, jadikan diorang tu orang yang berjaya. Bie akan jaga diorang macam nyawa bie sendiri."

Leeya tersenyum. “Mestilah diorang akan berjaya. Berkat papa diorang ni yang jaga. Diorang tu kan, anak-anak bie."
“Anak-anak kita, sayang. Biasakan dengan panggilan tu." Naufal menegur perlahan dan membuatkan Leeya rasa bangga sekejap. Dia berhedem seketika.

“Bie.. Selain ummi, siapa lagi yang jaga anak-anak kita." Sengaja dia menguatkan perkataan ANAK-ANAK KITA. Rasa bangga belum habis lagi. Naufal mengerling sekilas.
“Ramai lagi, sayang. Oh, tadi sayang tak sempat jumpa dengan Chombee assitant ummi. Dia cuti hari ni. Kalau sayang jumpa dia, bie tak tahulah sayang pening kepala ke tidak. Dia tu banyak mulut tau, yang. Stress bie dengan dia."

Leeya ketawa kecil. “Yeke? Hurm.. Bie, sayang nak tanya lagi boleh?"
“Apa dia sayang?"
“Kenapa bie tak pernah bagitau yang bie ni bukan asal Malaysia?" Naufal hanya tersengih. Dia menggaru kepalanya yang memang gatal itu.
“Tak kan sayang tak perasaan muka bie ni bukan macam orang Malaysia? Handsome namatey, kot!"

“Perasaan!" Leeya mengjongket hidung. Naufal hanya ketawa.
“Sayang..." Leeya memandang ke wajah Naufal yang masih difokuskan ke arah jalan raya.
“Sayang beruntung ada lagi seorang bapa even ummi sayang dah meninggal. Sayang masih belum terlambat lagi curahkan kasih sayang buat walid, jaga makan, minum, pakaian dengan keperluan dia.

Kita sebagai anak, bukan setakat jaga dia masa muda je. Masih dia sihat ni pun kita kena jaga dia juga." Leeya terpana mendengar kata-kata Naufal. Lelaki itu kelihatan sangat tenang. Tiba-tiba memberhentikan kereta di bahu jalan. Di situ juga ada sebuah tasik. Leeya tidak tahu di mana mereka sekarang ini. Naufal membuka pintu kereta dan memimpin Leeya keluar. Leeya hanya menurut.

“Sayang... Bie tahu sayang sayangkan walid. Tapi disebabkan...."
“Bie.. Please don't start!" Leeya cepat-cepat memotong.
“Dengar dulu apa yang bie nak cakap ni." Naufal memandang tajam ke arah mata Leeya sehinggakan gadis itu tersentak.
“Sayang...." Naufal memeluk Leeya dari belakang. Dia menongkat dagu di bahu Leeya.

“Please buang perasaan dendam tu. Walid dah tua. Dia dah menyesal dengan perbuatan dia dulu. Tak lama lagi kita nak kahwin, kita akan ada anak. Sayang nak ke anak kita buat macam ni juga bila kita tua nanti?" Air mata Leeya merembes keluar. Dia memang sensitif bila bercakap soal walidnya.
“Bie tak faham. Bie tak faham apa yang sayang rasa."

“Sayang juga tak faham apa yang bie rasa. Kehilangan ibu bapa depan mata disebabkan kejaman anggota zionis israel. Hampir-hampir ditangkap dan dibunuh semasa kecil, keluarga mati, rumah kena letup, terpaksa menahan lapar dan dahaga. Sayang pernah rasa ke semua tu?" Leeya tersentak. Naufal menyambung semula.

“Apa yang Allah duga sayang tak sehebat dengan apa yang bie diduga. Sayang masih sempat merasa kasih sayang seorang bapa, sedangkan bie. Sayang rasa bie sempat ke merasa? Dari kecil bie tak tahu apa istilah bahagia!" Kedengaran suara Naufal bergetar. Leeya tahu Naufal sedang menahan nangis. Dia cuba merenggangkan pelukan namun Naufal mengeraskan diri.

“Bieee..."
“Shhhh... Please, let me hug you dear!" Leeya menginzinkannya.
“I missed my parents so much! Dulu masa kecil, hari-hari bie doa supaya bie cepat-cepat mati. Orang cakap mak ayah bie mati syahid. Jadi bie pun nak mati syahid juga. Bie nak jumpa diorang dalam syurga." Naufal menelan liur. Dia melepaskan pelukan dan dia memusingkan wajah Leeya menghadapnya. Bahu gadis itu dipegang.

“Sayang... Tolong maafkan walid. Dia dah banyak berubah. Bie nampak ada sinar di mata dia. Dia sangat rindukan sayang. Sayang tak rindukan walid ke?"
Leeya membenamkan wajahnya ke dada bidang lelaki itu. “Bie, sayang sakit kepala. Jom kita balik!" Ujarnya perlahan.
Naufal melepaskan nafas berat. Dia masih lagi berkelakuan dingin dengan walidnya. Entah bila mereka akan bersatu kembali.

Dia berdoa agar Leeya dibukakan pintu hati untuk menerima Dato Roslan. Dia tersenyum memandang wajah Leeya kemudian menggosok kepala yang dilapik dengan shawl.
“Okay, jom!" Mereka masuk semula ke dalam kereta.
Pemanduan diteruskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience