Bab 42

Drama Completed 116631

Di sebuah rumah banglo kelihatan Janatil agak cemas kerana hari sudah hampir malam. Tapi Muhaimin suaminya belum sampai lagi dari Penang. Hati Janatil dah tak keruan jadinya. Bermacam-macam di fikirannya tentang Muhaimin. "Mungkin Muhaimin sekarang ni tengah berseronok dengan Fazlina sebab tu sampai tak ingat nak balik" bisik hatinya.

Afifah pula hanya melihat reaksi Janatil yang sudah seperti cacing kepanasan saja. Sekejap duduk,sekejap berdiri dan kekadang berjalan ke sana ke sini tanpa tujuan. Dan mulutnya juga tak berhenti membebel. Tangan Janatil tak berhenti menekan skrin telefon pintarnya.

Walau pun sebenarnya Afifah pun sangat risau dan cemas. Kerana Muhaimin belum juga sampai di rumah ,apa lagi hari sudah larut malam.

"Akak,rasanya abang Aimin ada singgah mana-mana kut. Atau mungkin tak jadi balik hari ni" kata Afifah cuba menenangkan madunya itu.

"Hati akak tak tenang bila fikirkan abang Aimin dengan Fazlina tu. Entah-entah abang Aimin dan Fazlina tu pergi berdating" kata Janatil agak emosi.

"Akak dah telefon abang Aimin dan hantar Whatsapp dah ke?" tanya Afifah sambil matanya memadang pada Janatil.

"Akak dah telefon tapi abang Aimin tak jawab pun. Whatsapp pun sudah tapi tak ada balasan.Ni yang buat akak lagi sakit hati ni" kata Janatil dengan nada agak kecewa.

"Ala, mungkin abang Aimin sibuk kut. Tu dia tak boleh nak jawab pangilan dan buka Whatsapp akak." kata Afifah sambil tangannya mula mengurut belakang badan Janatil. Supaya Janatil boleh bertenang.

"Ifa pergilah masuk bilik tidur. Dah larut malam sangat dah ni. Tak elok untuk kandungan Ifa tu." kata Janatil sambil ia bangun dari sofa dan melihat-lihat ke arah pintu.

"Akak tak mahu masuk bilik lagi ke?" tanya Afifah bila melihat madunya tu asik melihat ke arah pintu.

"Akak tak mengantuk lagi.Akak nak tunggu abang Aimin" kata Janatil sambil ia melabuhkan kembali pungungnya di sofa.

"Kalau macam tu Ifa masuk bilik dululah" kata Afifah lalu berjalan menuju ke biliknya. Dan membiarkan saja Janatil yang masih di ruangtamu.

Masuk ke dalam bilik Afifah tidak langsung terus tidur. Tetapi ia juga runsing memikirkan Muhaimin yang masih belum pulang lagi dari Penang. Sambil tangannya mula mengusap-usap perutnya. "Semoga ayah kamu selamat dan tak ada terjadi perkara buruk padanya." bisik mulut Afifah pada kandungannya.

---------------

Pagi ini Afifah bangun seperti biasa untuk menunaikan sembahyang subuh. Usai sembahyang ia pun keluar dari bilik menuju ke dapur. Untuk membuat sarapan untuk dirinya dan juga madunya. Semasa ia keluar dari bilik dan berjalan menuju ke dapur. Afifah melihat Janatil terbaring di sofa yang berada di ruangtamu. Bermakna malam tadi Janatil tidur di atas sofa tersebut,untuk menunggu Muhaimin.

Afifah pun berjalan menuju ke tempat Janatil tidur. Lalu ia pun mengerak-gerakkan badan madunya itu. Supaya madunya itu bangun dari tidurnya. Tak lama kemudian Janatil pun mula membuka matanya perlahan-lahan.

"Abang Aimin dah sampai ke?" tanya Janatil tiba-tiba bila melihat Afifah ada di depannya.

"Abang Aimin belum sampai lagi. Ifa gerak ni nak suruh akak sembahyang subuh. Lepas tu boleh la akak sambung tidur tu dekat bilik" kata Afifah.

Lalu Janatil bangun dari baringnya menuju ke arah biliknya. Manakala Afifah pula berjalan ke arah dapur untuk membuat sarapan pagi. Siap membuat sarapan tak lama kemudian Janatil keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. Janatil melihat Afifah sudah siap menghidang sarapan pagi di atas meja. Dan ada seteko air teh yang sudah siap di bancuh di letakkan juga di atas meja. Janatil mengambil cawan lalu menuang air teh ke dalam cawan tersebut.

"Ingatkan akak nak sambung tidur dalam bilik tadi" kata Afifah yang menarik bangku untuk duduk.

"Akak dah tak mengantuk dah. Mana tahu mungkin pagi ni abang Aimin akan sampai" kata Janatil sambil ia mengambil pinggan dan mengaut nasi goreng yang ada di atas meja ke dalam pinggan.

Afifah dan Janatil makan bersama pagi ini. Selesai makan mereka berdua pun mengemas bekas makanan tadi. Selesai mengemas apa yang patut Janatil pun menuju ke arah pintu lalu membukanya. Janatil sengaja membiarkan pintunya itu terbuka senang ia dapat melihat jika Muhaimin sampai nanti.

Manakala Afifah pula mengambil pakaian kotor untuk di masukkan ke dalam mesin basuh. Selesai memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh. Afifah berjalan menuju ke ruangtamu yang sudah ada Janatil di situ.

"Akak masih menunggu abang Aimin?" tanya Afifah sambil ia pun melabuhkan punggungnya di sofa.

"Selagi abang Aimin tak sampai. Selagi tu hati dan jiwa akak tak tenang" kata Janatil sambil matanya tetap melihat ke arah pintu.

"Kalau tak ada masalah apa-apa, nanti sampailah abang Aimin tu" kata Afifah.

"Ifa nanti jika abang Aimin sampai kita pujuk suruh tinggalkan Fazlina tu" kata Janatil sambil tangannya memegang tangan Afifah.

"Harap berjayalah kita memujuk abang Aimin nanti" kata Afifah sambil mengukir senyuman pada Janatil. Walau pun sebenarnya hatinya juga gelisah memikirkan Muhaimin. Tapi ia tidak mahu Janatil tahu perasaannya terhadap Muhaimin.

Jam 10.00 pagi kedengaran bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Janatil bingkas bangun bila melihat kereta Muhaimin sudah pun sampai. Afifah memandang saja Janatil keluar dari rumah menuju ke arah kereta Muhaimin. Selesai memarking kereta dan mematikan enjin keretanya. Muhaimin pun keluar dari dalam kereta. Di tepi kereta sudah ada Janatil menyambutnya. Muhaimin melihat wajah isterinya itu kelihatan agak kusut. Mata isterinya itu pun kelihatan agak merah mungkin kerana kurang tidur.

"Abang kenapa baru hari ni balik. Bukan ke sepatutnya semalam abang dah sampai?" soal Janatil sambil matanya tak beralih dari Muhaimin

"Abang sibuk sikit" kata Muhaimin malas untuk melayan pertanyaan dari isterinya itu.

"Kenapa semalam ayang call dan hantar Whatsapp abang tak jawab atau balas?" soal Janatil lagi bertalu-talu.

"Bagilah abang rehat sekejap. Abang letih ni baru balik kamu dah tanya macam-macam" kata Muhaimin sambil kakinya berjalan masuk ke dalam rumah.

Muhaimin masuk ke dalam rumah ia melihat Afifah sudah ada di tepi pintu memerhatikannya. Bila melihat Muhaimin semakin hampir dengannya Afifah pun menyuakan tangannya pada Muhaimin. Muhaimin pun menghulurkan tangannya pada Afifah. Lalu Afifah menyalami tangan suaminya itu dan menciumnya. Bila melihat Afifah menyalami tangan Muhaimin Janatil pun mula menarik tangan Muhaimin dan menyalami tangan suaminya itu.

Muhaimin duduk di sofa yang ada di ruangtamu. Janatil pun duduk di sebelah Muhaimin.

"Abang nak minum,nanti Ifa buatkan" kata Afifah sambil berjalan menuju ke dapur.

"Boleh juga" kata Muhaimin.

"Ayang nak tanya ni apa hubungan abang denga Fazlina tu. Abang tak kesian dekat Ifa yang sedang sarat mengandungkan anak abang tu. Sanggup abang cari perempuan lain" kata Janatil sambil air matanya mula mengalir.

Muhaimin pula hanya diam tak menjawab pertanyaan isterinya itu. Tak lama kemudian Afifah sampai dengan membawa dulang air. Afifah pun meletakkan di atas meja di ruangtamu.

"Abang kenapa abang tak mahu jawab pertanyaan ayang" kata Janatil semakin emosi. Afifah yang mendengar madunya itu bertanya pada Muhaimin pun duduk di samping Janatil.

"Abang nak tanya pula pada sayang. Sayang pernah rasa kesian atau simpati tak dekat Ifa ni?" soal Muhaimin memandang pada Janatil dan Afifah.

"Kenapa abang tanya soalan tu pada sayang. Patutnya abang kena jawab pertanyaan yang sayang tanya tadi" kata Janatil mula memandang wajah Muhaimin. Merasa agak pelik pertanyaan suaminya itu.

"Abang nak jawapan dari sayang dulu. Barulah abang akan berikan jawapan untuk pertanyaan sayang tu nanti" kata Muhaimin lagi.

"Tentulah ayang, kesian dan sayang pada Ifa. Sebab Ifa ni madu yang sayang pilih untuk abang" kata Janatil tanpa ragu-ragu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience