Bab 23

Drama Completed 116648

Sebelum menyambung perjalanan mereka bertiga ke rumah keluarga Janatil. Mereka bertiga berhenti untuk makan terlebih dahulu di sebuah restoran.

"Ifa nak makan apa,boleh akak ambilkan" kata Janatil ketika mereka masuk ke dalam restoran.

"Ifa tak lalu la nak makan...nanti makan Ifa muntah balik macam mana" kata Afifah.

"Ifa macam mana pun kena makan. Kesian baby dalam perut tu" kata Muhaimin.

"Betul tu, kalau tak boleh makan banyak. Sikit pun jadi la... Jangan biar perut kosong nanti masuk angin" kata Janatil.

"Akak ambilkan je apa pun. Ifa tak kisah" kata Afifah mengalah. Muhaimin dan Janatil pun pergi ke tempat mengambil nasi dan lauk. Sementara Afifah hanya duduk dibangku.

Janatil juga mengambil nasi, lauk dan sayur untuk Afifah. Afifah memang tak ada selera nak makan.Akibat muntah tadi tekaknya terasa sakit dan pahit. Bila melihat Janatil dan Muhaimin beria-ria suruh ia makan Afifah pun ikutkan je la.
Selesai makan barulah mereka kembali menyambung perjalanan ke rumah keluarga Janatil.

Tak sampai setengah jam Muhaimin memandu keretanya. Afifah mengadu ingin muntah lagi. Kali ini kerana jalan agak sibuk agak lambat juga baru Muhaimin dapat memberhentikan keretanya di tepi jalan. Berhenti saja kereta, Afifah terus membuka pintu kereta tapi belum sempat ia keluar dari kereta Ifa sudah termuntah di tangannya. Habis pakaiannya terkena muntah. Janatil keluar sambil membawa air botol untuk Afifah. Muhaimin pun keluar dengan membawa sekotak tisu.

Selesai Afifah memuntahkan isi perutnya. Janatil membantu membersih muntah yang terkena di baju Afifah dengan air botol dan tisu.

"Baju Ifa bau muntah ni... Nanti duk dalam kereta bau" kata Afifah.

"Tak pa nanti kita singgah petrol pam. Bolehlah Ifa tukar baju" kata Janatil.

Lalu Afifah dan Janatil pun masuk balik ke dalam kereta. Kali ini Janatil duduk di bangku penumpang di belakang bersama Afifah. Selepas melihat kedua isterinya masuk ke dalam kereta. Muhaimin pun memandu kereta dan mencari petrol pam yang terdekat. Tingkap kereta pula di turunkan biar ada angin yang masuk ke dalam kereta.

Sampai di sebuah petrol pam Muhaimin memberhentikan keretanya. Janatil dan Afifah pun keluar menuju ke tandas wanita yang ada di petrol pam tersebut. Afifah membawa baju yang akan dia pakai di tandas nanti.

Sementara itu Muhaimin pula memakirkan keretanya di tempat yang agak sesuai. Supaya tidak mengangu orang yang datang untuk mengisi minyak pada kenderaan. Selesai menukar baju Afifah pun keluar dari tandas.

"Ifa rasa pening lagi tak?" tanya Janatil.

"Rasa kurang dah.. Akak nanti bagi tahu abang Aimin jangan pasang aircond. Biar turunkan tingkap je la. Ifa rasa tak tahan bau aircond." kata Afifah.

"Ya lah,nanti akak bagi tahu abang Aimin" kata Janatil. Dan mereka berdua pun berjalan menuju ke arah kereta.

Masuk saja Afifah dan Janatil ke dalam kereta. Janatil terus memberitahu Muhaimin permintaan Afifah supaya tidak mengunakan aircond. Jadi Muhaimin pun menurunkan semua tingkap kereta. Barulah mereka bertiga meneruskan perjalanan ke rumah keluarga Janatil. Lebih kurang setengah jam kemudian mereka bertiga pun sampai di rumah keluarga Janatil.

Keluarga Janatil tinggal di rumah kampung. Rumah keluarga Janatil 2 tingkat bahagian atas di berbuat dari kayu. Manakala di bahagian bawah di buat dari batu-bata. Jadi agak besar juga rumah keluarga Janatil ni. Sampai di halaman rumah, Muhaimin pun memberhentikan keretanya. Afifah yang melihat sudah ada van Makcik Zaiton terparking di halaman rumah keluarga Janatil. Hatinya rasa gembira dapat bertemu kawan rapatnya Fazuha. Hilang sudah rasa pening dan mualnya.

Afifah pun keluar dari dalam kereta. Fazuha pula keluar dari dalam rumah untuk menyambut Afifah dan sepupunya Janatil. Afifah dan Janatil pun berpelukkan melepaskan rindu. Muhaimin dan Janatil hanya memerhatikan saja kedua sahabat itu.

"Mai sini aku tolong bawa beg pakaian kau tu" kata Fazuha lalu mengambil beg di tangan Afifah.

"Zuha kamu letak beg Ifa tu dalam bilik akak" kata Janatil.

"Ok" kata Fazuha lalu berjalan beriringan bersama Afifah menuju ke bilik Janatil. Sementara Janatil dan Muhaimin mengambil barang-barang yang mereka bawa dari dalam bonet kereta.

"Zuha mak kau mana, rindu la" tanya Afifah sambil mata meliar mencari kelibat makcik Zaiton.

"Mak aku dekat dapur dengan maklong... Mai sini aku tunjukkan bilik kak Jan sambil nak letak beg kau ni. Lepas tu baru jumpa mak aku,maklong dan abang kak Jan" kata Fazuha.

Selesai meletakkan beg ke dalam bilik. Fazuha pun membawa Afifah berjumpa dengan makcik Zaiton dan ibu Janatil di dapur.

"Mak tengok sapa dah datang ni" kata Fazuha pada ibunya.

" Ifa ,dah 3 bulan tak jumpa... Ifa apa khabar?"tanya makcik Zaiton.

"Alhamdullilah ifa sihat je. Makcik macam mana sihat" kata Afifah sambil tangannya mula menyalami tangan makcik Zaiton.

"Makcik sihat je. Ni maklong mak Janatil" kata Makcik Zaiton. Lalu Afifah pun menyalami ibu Janatil.

"Mak,mak long Zuha nak bawa ifa ronda-ronda kampung sekejap boleh" tanya Fazuha.

"Tu kena minta izin dekat suami dia la, bukan dengan mak atau maklong" kata ibu Janatil.

"Oo ya juga...lupa la pulak, ifa jom pergi minta izin dekat suami kau tu" kata Fazuha.

"Ya lah" kata Afifah sambil berjalan mencari Muhaimin.

Afifah dan Fazuha pun berjalan menuju ke bilik Janatil tadi. Dan Muhaimin dan Janatil sedang berada di dalam bilik.

"Abang Aimin boleh tak Zuha bawa Ifa pergi ronda-ronda kampung sekejap" kata Fazuha.
"Bolehlah bang " kata Afifah bila melihat Muhaimin agak lambat ingin menjawab.

"Ya lah, tapi hati-hati" kata Muhaimin.

"Zuha kamu tu bawa motor hati-hati sebab Ifa tu mengandung... Kalau jadi apa-apa dekat madu akak ni siap kau" kata Janatil.

"Apa ifa mengandung...betul ke ifa" tanya Fazuha sambil memadang pada Afifah.

"Haah betul" kata Afifah sambil mengangukkan kepalanya.

"Tak pa Zuha janji akan jaga kawan baik Zuha ni baik-baik. Lagi pun kami nak lepak dekat pintu air tu je" kata Fazuha.

Selepas meminta izin dari Muhaimin dan Janatil ,mereka berdua pun berjalan keluar dari rumah. Fazuha meminta izin pada paklong untuk meminjam motor. Lalu paklong yang juga ayah Janatil pun memberikan kunci motor pada Fazuha.

Sudah dapat kunci motor Fazuha pun pergi ke tempat motor lalu menghidupkan enjin motor. Selepas enjin motor hidup Afifah pun membonceng motor di belakang Fazuha. Selepas itu Fazuha menekan gear dan membawa motor ke arah pintu air yang agak jauh juga dari rumah keluarga Janatil.

Sampai di pintu air tersebut mereka pun mengambil tempat untuk duduk. " Aku nak bagi tau ni... Aku dah dapat tawaran sambung belajar" kata Fazuha sambil bibirnya mengukir senyuman.

"Ya ke, dapat dekat mana" tanya Afifah.

"Dapat dekat negeri ni je." kata Fazuha.

"Seronok lah kau dapat sambung belajar" kata Afifah.

"Kau pun dah mengandung tak beri tahu aku pun. Tak sangka kau dah nak jadi mak orang" kata Fazuha

"Aku pun baru tahu masa dalam perjalanan nak datang tadi je" kata Afifah.

"Kau tak muntah- muntah ke?"tanya Fazuha.

" Aku muntah dalam perjalanan tadi. Sebab tu singgah klinik,dapat tahu rupanya aku mengandung." kata Afifah.

Hampir satu jam mereka berdua berbual- bual di pintu air tersebut. Barulah mereka pulang kembali ke rumah keluarga Janatil.Malam ini Afifah tidur di bilik Janatil barsama Janatil. Manakala Muhaimin tidur di ruangtamu berlampikkan toto. Fazuha dan ibunya tidur di bilik tamu. Walau pun pada mulanya Fazuha ingin mengajak Afifah tidur sekali dengannya tapi dilarang oleh makcik Zaiton.

"Kau tu kena ingat sikit Ifa tu dah jadi isteri orang. Mana boleh nak berkepit macam dulu lagi." kata Makcik Zaiton ketika berada di dalam bilik.

"Ya lah"kata Fazuha lalu mengambil bantal dan baring di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience