Bab 35

Drama Completed 116631

Dalam berapa hari ni aku melihat ada perubahan pada suamiku Muhaimin. Malam kelmarin dia pulang agak lewat. Hari sebelumnya dia memeluk maduku di depan mataku. Hatiku terasa sakit dengan tindakannya itu. Sebelum ini dia tak pernah mempamerkan ke mesraanya dengan Afifah di depanku. Tapi dia tetap melayanku seperti biasa walau pun agak kurang bercakap.

Dua tiga hari ni Muhaimin suka pulang lewat dari kerja. Tapi tidaklah lewat seperti hari pertama yang ia pulang larut malam tu. Cuma sekarang ia akan pulang lewat dalam pukul 7.00 petang. Dan kekadang pukul 8.30 malam baru dia sampai di rumah. Bila di tanya Muhaimin membuat alasan sibuk dan banyak kerja.

Kekadang Muhaimin juga memeluk tubuhku di depan maduku. Hari tu maduku meminta wang yang ku janjikan. Tapi dia membatalkan niatnya tu mengatakan tunggu dia melahirkan dulu. Tapi aku tetap memberikannya wang tersebut. Kelmarin dia ke bank untuk menyimpan wang tersebut di dalam akaun banknya. Walau pun aku pada mulanya agak risau jika dia berniat untuk membatalkan perjanjian yang telah kami setujui bersama.

Aku faham bukan mudah melalui fasa mengandung ni. Aku juga pernah merasainya. Aku faham apa yang di lalui oleh Afifah. Apa lagi Afifah mengandungkan anak kembar untuk suamiku. Aku pun sangat teruja dengan kehamilan maduku itu. Mungkin dengan hadirnya si kembar tak lama lagi,rumah ini pasti meriah.

Esok Muhaimin akan membawaku dan maduku ke rumah keluarganya. Kerana ada majlis sambutan hari jadi buat ayah mentuaku. Agak lama juga aku tidak datang ke rumah mentuaku itu. Kerana aku makan hati dengan ibu mentuaku. Bila aku dapat tahu ibu mentuaku ingin menjodohkan Muhaimin dengan sepupunya Atirah.

Hari ini aku pulang kerja seperti selalu. Sampai di rumah Afifah menyambutku seperti biasa. Afifah ni satu sikapnya yang mudah tersenyum. Tak kira dengan siapa pun.

"Akak dah beli hadiah untuk ayah abang Aimin?" tanya Afifah bila aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah.

"Akak dah beli dah" kataku sambil kaki berjalan ingin menuju ke bilik.

"Akak beli hadiah apa? Ifa pun dah beli tengahari tadi dengan abang Aimin." kata Afifah.

"Tadi abang Aimin bawa ifa pergi klinik ya"kataku sambil kakiku berhenti di depan tangga.

"Haah,abang Aimin bawa Ifa pergi klinik. Balik klinik abang Aimin singgah kedai untuk beli hadiah untuk ayah dia. Hari ni abang Aimin kata dia balik lambat lagi" kata Afifah panjang lebar.

"Tak pa lah... Akak nak mandi dulu nanti kita sembang lain" kataku. Lalu aku pun melangkah kaki menuju ke bilik.

Sebenarnya kekadang aku yang akan membawa Afifah pergi ke klinik untuk jadual mengecek kandungan. Tapi semalam abang Muhaimin mengatakan selepas ni biar dia saja yang bawa Afifah pergi klinik. Aku merasakan seperti Muhaimin melebihkan Afifah dari diriku.

Hatiku risau Muhaimin akan menyayangi Afifah lebih dariku. Afifah pula masih muda remaja. Sekarang pula Afifah tengah mengandungkan anak Muhaimin. Aku harap sangat Afifah akan menunaikan janjinya padaku. Harap lepas Afifah melahirkan anak kembarnya semua perasaan ini akan berakhir.
-----------

Hari ini aku,suami dan maduku akan pergi ke rumah keluarga suamiku. Kerana ada sambutan majlis hari jadi ayahnya. Muhaimin mengatakan majlis ini untuk ahli keluarga dan ada tetamu yang hanya rapat dengan ayah mentuaku saja. Selepas sembahyang zohor kami bertiga pun akan bertolak menuju ke rumah mentuaku.

Majlis itu diadakan pada sebelah malam. Tapi Muhaimin ingin pergi awal kerana ingin membantu apa yang patut.

"Bersiap cepat, lepas tu kita pergi"kata Muhaimin usai sembahyang zohor.

" Abang kalau ayang pergi lewat sikit dengan Ifa boleh kut... Abang pergilah sorang dulu"kataku sambil mataku memerhatikan suamiku.

"Tak boleh,kita pergi satu kereta sudah la... Pergi awal-awal ni senang boleh bantu apa yang patut untuk malam ni"kata Muhaimin menolak cadanganku.

" Kalau macam tu Ifa pergi tukar baju dululah"kata Afifah lalu keluar dari bilik sembahyang menuju ke biliknya.

Aku dengan terpaksanya pun berjalan menuju ke bilik untuk bersiap. Tak lama Muhaimin pun masuk ke dalam bilik untuk mengantikan bajunya. Selesai bersiap kami bertiga pun bertolak menuju ke rumah mentuaku. Hatiku memang rasa gelisah nak berdepan dengan keluarga mentuaku.

Dulu aku dan ibu mentuaku sangat rapat dan baik padaku. Tapi selepas kematian anakku semua itu berubah. Kerana dia menuduhku cuai menjaga anakku sehingga menyebabkan kematian. Dan hubungan kami semakin rengang bila aku telah mencari calon isteri kedua untuk suamiku. Kerana aku tidak mahu Atirah sepupu Muhaimin menjadi maduku.

Dari rumahku ke rumah mentuaku hanya mengambil masa dalam 40 minit saja. Tak lama kemudian kami pun sampai di depan rumah banglo mentuaku. Rumah banglo mentuaku ni di dirikan di tanah sendiri. Sebenarnya ayah mentuaku ni banyak tanah persendirian. Kebanyakan tanahnya itu dia membina rumah untuk di sewakan. Banyak juga rumah sewa kepunyaan ayah mentuaku ini. Sebahagian tanahnya juga ada yang di tanam dengan pokok sawit.

Muhaimin pun memarking keretanya. Selepas mematikan enjin kereta kami bertiga pun keluar dari dalam kereta. Aku lihat sudah ada abang iparku bernama Muzafar,isteri dan anak-anaknya.

"Lama tak jumpa kamu Jan" kata isteri Muzafar birasku.

"Agak sibuk sekarang ni,tu tak boleh nak datang selalu dekat rumah ni" kataku. Dulu masa masih ada anakku setiap minggu kami akan berkumpul di rumah mentuaku.

Aku dan Afifah pun bersalaman dengan biras kami ni.

"Dah besar dah perut tu... Dah berapa bulan dah?" tanya Isteri Muzafar.

"Dah masuk 6 bulan" kata Afifah menjawab pertanyaan biras kami tu.

"Tapi nampak besar macam dah sarat sangat je" kata biras aku tu.

"Anak dia besar sebab tu perut pun nampak besar" kataku. Sebenarnya tidak ada ahli keluarga Muhaimin pun yang tahu tentang Afifah mengandung anak kembar. Kerana aku dan Muhaimin ingin merahsiakannya dulu dari semua orang. Biarlah hanya kami bertiga saja yang tahu sebelum di lahirkan. Nanti bila dah lahir barulah semua orang boleh tahu.

"Mak dan ayah mana?" tanya Muhaimin pada abangnya.

"Mak ada dekat dapur...ayah pula ada dekat ruang tamu tu duduk dekat sofa... Ayah tu sekarang ni suka sakit kaki, tu dia selalu duduk je dekat sofa tu" kata Muzafar panjang lebar.

Kami bertiga segera masuk untuk berjumpa dengan ayah mentua dan ibu mentuaku. Sampai di ruangtamu kami pun menyalami ayah Muhaimin. Selepas itu aku dan Afifah berjalan menuju ke dapur untuk mencari ibu mentuaku. Aku lihat ibu mentuaku tengah sibuk di dapur membantu orang gaji.

Aku dan Afifah pun mendekati ibu mentua kami. Dan aku pun menyuakan tangan untuk menyalaminya. Selepas aku bersalam tangan dengan ibu mentuaku. Afifah pula menyuakan tangannya untuk bersalam dengan mentua kami tu.

"Ada apa yang boleh saya bantu dekat dapur ni?" tanya Afifah.

"Tak payah tolong...kamu duduk saja dekat bangku tu. Lagi pun perut kamu tu dah besar" kata ibu mentuaku.

"Kalau ada apa-apa nak saya tolong bagi tahulah" kataku cuba membantu apa yang patut.

"Kamu tolong potong bahan-bahan atas meja tu" kata ibu mentuaku. Aku pun mengambil pisau dan mulalah memotong bahan yang ada di atas meja.

Selepas sembahyang isyak ada berapa kenalan suami dan mentuaku mula datang. Dalam pukul 9.30 ada seorang perempuan muda lingkungan 20 an datang dan asyik bersembang berdua dengan Muhaimin. Aku agak sakit hati juga melihat kemesraan perempuan tersebut bersama suamiku.

Aku juga perasan ada perubahan pada Atirah sepupu suamiku. Aku lihat dia agak menjauhi aku dan maduku. Dia juga tidak tergedik- gedik seperti selalu. Cuma sekarang ni aku ingin tahu siapa perempuan yang nampak agak mesra dengan suamiku itu. Aku juga perasan Afifah pun kadang-kadang akan melirik matanya ke arah Muhaimin dan perempuan tersebut.

Bila sudah berkurangan tetamu, Muhaimin membawa perempuan tu ke arah aku dan maduku.

"Ni abang kenalkan, kawan abang Fazlina... Dia ni bekerja di syarikat tempat abang buat projek kerja sama" kata Muhaimin mengenalkan perempuan tersebut pada kami berdua.

Perempuan tersebut pun menyuakan tangannya padaku untuk bersalam. Aku pun bersalam tangan dengannya begitu juga dengan Afifah. Tapi aku lihat Afifah asyik menundukkan kepalanya tak berani nak melihat wajah perempuan tersebut. Tiba-tiba perempuan tersebut bersuara bila melihat wajah Afifah.

"Kamu ni ifa kan...anak pakngah" kata perempuan tersebut.

"Haah,saya Ifa anak pakngah" kata Afifah agak malu-malu.

"Kamu berdua saling kenal?" tanya Muhaimin kehairanan.

"Haah,Ifa ni sepupu Ina... Ayah ifa ni dengan mak ina adik beradik"kata Fazlina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience