Bab 36

Drama Completed 116631

Jam sudah pun menunjukkan pukul 11.00 malam. Kawan Muhaimin bernama Fazlina pun meminta diri untuk pulang. Muhaimin menghantarnya sampai di depan pintu pagar dan sehinggalah kereta yang di pandu oleh Fazlina hilang dari pandangan. Barulah ia kembali menuju ke dalam rumah. Atirah dan keluarganya pun sudah bergerak untuk pulang. Dari tadi kedua isteri Muhaimin memerhatikan sikap Muhaimin bersama Fazlina. Ada terselit perasan cemburu di hati mereka berdua.

"Abang, kita ni bila nak bertolak balik" tanya Janatil bila melihat Muhaimin berjalan berhampiran dengannya.

"Kita tidur sini je lah. Lagi pun dah lama tak tidur dekat rumah ayah ni" kata Muhaimin.

"Tapi Ifa dan ayang mana ada bawa baju lebih" kata Janatil mencari alasan.

"Ala, baju mak kan banyak, pinjam je lah" kata Muhaimin yang tidak mahu terima alasan Janatil.

"Takkan kita nak tidur bertiga satu bilik" kata Janatil. Afifah hanya diam saja mendengar madu dan suaminya berbicara.

"Tak lah, kamu berdua tidur je dekat bilik yang selalu kita tidur bila datang sini. Abang akan tidur di bilik lain. Bilik di rumah ni banyak." kata Muhaimin. Apa yang di katakan Muhaimin tu benar. Ada 5 bilik di rumah banglo milik keluarga Muhaimin ini. Tidak akan menjadi masalah jika mereka bermalam di sini.

"Kamu bertiga mana pernah lagi tidur rumah ayah ni" kata ayah Muhaimin yang tiba-tiba menyampuk.

"Lagi pun tak elok nak balik malam-malam dengan madu kamu yang sedang mengandung tu" kata isteri Muzafar.

"Akak tidur sini juga ke malam ni?" tanya Janatil pula.

"Akak sekeluarga balik malam ni. Sebab esok nak hantar anak sulung tu pergi asrama balik" kata biras Janatil dan Afifah.

"Kamu tolong tengok-tengokkan mak dan ayah tu. Kami dah nak bergerak balik ni" kata Muzafar yang tiba-tiba datang bersama ibunya dari arah dapur.

"Ya lah, kamu tu hati-hati bawa kereta tu" kata Muhaimin ketika melihat keluarga abangnya sudah masuk ke dalam kereta.

"Jom masuk, tak elok malam-malam ni duk lama dekat luar." kata ibu Muhaimin.

Mereka berlima pun berjalan masuk ke dalam rumah. Masuk saja di dalam rumah Muhaimin pun mengunci pintu.

"Dah lewat malam ni, suruh Ifa isteri kedua kamu tu masuk bilik tidur. Tak elok tidur lewat bila mengandung ni" kata ibu Muhaimin.

"Nanti Aimin tunjukkan bilik dekat dia"kata Muhaimin lalu pergi ke arah Afifah untuk mengajak pergi kebilik.

" Tak payah pergi ke bilik kamu yang dekat atas tu. Gunanya bilik yang ada dekat bawah ni" kata ibu Muhaimin bila melihat Muhaimin ingin membawa Afifah menuju ke bilik atas.

"Ya lah," kata Muhaimin.

"Mak boleh pinjamkan baju tak, Ifa dan kak Jan tak bawa baju lebih ni" kata Afifah agak malu-malu.

"Nanti mak ambilkan, kamu masuk dulu dalam bilik tu. Jan kamu tolong mak dan orang gaji kemas-kemas apa yang patut dekat dapur tu... Kamu pun Aimin tolonglah apa yang patut" kata ibu Muhaimin sebelum masuk ke dalam biliknya mengambil baju untuk kedua menantunya.

"Ya lah" kata Muhaimin. Muhaimin dan Janatil pun berjalan menuju ke arah dapur untuk mengemas apa yang patut. Menakala Afifah berjalan menuju ke bilik yang di beritahu oleh ibu mentuanya itu. Ayah Muhaimin hanya mendengar saja celoteh isteri dan anak menantunya itu. Ayah Muhaimin pun berjalan menuju ke bilik untuk merehatkan badan.

------------
Sementara itu Fazlina sampai di rumah sewanya hampir jam 11.20 malam. Sebetulnya Fazlina agak terkejut bila mendapat tahu Afifah sepupunya adalah isteri kedua Muhaimin. Kerana semasa hari Afifah bernikah ibu Afifah tidak menjemput keluarganya.

Fazlina menyewa rumah bersama rakannya bernama Aisyah. Fazlina sampai rakan serumahnya yang bernama Aisyah masih belum tidur. Aisyah asyik mengadap laptopnya. Sampai saja di rumah Fazlina pun memarking keretanya dan mematikan enjin. Lalu ia pun keluar dari dalam kereta dan membuka pintu. Pintu rumah sudah pun di kunci oleh rakan satu rumahnya itu. Fazlina pun mengeluarkan kunci yang ada padanya lalu membuka kunci tersebut. Selesai membuka kunci ia pun membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.

Fazlina faham sangat waktu-waktu begini Aisyah rakan serumahnya akan berada di dalam bilik bersama laptopnya. Fazlina pun mengunci pintu kembali. Ia pun berjalan menuju ke arah biliknya. Masuk di dalam bilik ia mengambil telefon pintarnya. Ia melihat banyak pesanan whatsapp dari ibunya. Ada juga pangilan masuk dari ibunya itu.

"Sekarang ni dah hampir jam 12.00 ni. Nak telefon balik ke tak nak ni" bebel mulut Fazlina.

"Telefon je lah, nanti risau pula orang tua tu duk fikir kenapa aku tak jawab pangilan dia tadi" Bisik hati Fazlina sambil tangannya mula menyentuh skrin telefonnya. Tak lama kemudian Fazlina pun memberi salam bila ia mendengar telefonnya di jawab.

" Assalamualaikum, mak" kata Fazlina.

"Walaikumusalam, ni kenapa tak jawab mak telefon tadi." tanya ibu Fazlina cemas.

"Heh, lupalah Ina nak bagi tau. Tadi ina pergi majlis rumah kawan sekerja Ina. Tu tak boleh nak jawab. Mak tahu ina terjumpa Ifa anak pakngah tadi. Paling Ina tak sangka Ifa tu dah kahwin jadi isteri nombor 2" kata Fazlina.

"Kau ni biar betul, bukan ke Ifa tu baru habis SPM" kata ibu Fazlina agak terkejut.

"Betul mak, Ina pun mula-mula macam tak percaya. Dah lah suami dia tu ada buat projek kerja sama dengan syarikat tempat Ina kerja. Suami dia pun ada plan sesuatu dengan Ina. Katanya nak kenakan isteri-isteri dia tu"kata Fazlina.

"Kamu tu jangan buat yang bukan-bukan sudah la. Mak rasa mak nak kena jumpa bekas isteri pakngah tu. Kecewa mak dengar Ifa dah kahwin lepas tu jadi isteri nombor 2. Dari dulu mak dah minta nak ambil Ifa dan Ikbal tu. Nak jaga depa dua beradik tu tapi makngah kau tu dengil tak mahu. Sekarang tengok apa dah jadi" bebel ibu Fazlina.

"Tak payahlah mak pergi jumpa bekas isteri pakngah tu. Ina dah tahu sebab apa Ifa tu kahwin. Suami dia dah bagi tahu pada Ina. Lagi pun sekarang ni Ifa pun tengah mengandung" kata Fazlina lagi.

"Mak,Ina mengatuk dah ni. Lain kali kita sambung sembang lagi." kata Fazlina sambil tangannya menutup mulutnya yang menguap.

"Ya lah, Assalamualaikum" kata ibu Fazlina.

"Waalaikumusalam" jawab Fazlina sebelum memutuskan pangilan telefon.

Fazlina pun meletakkan telefonnya ke atas meja. Dan ia pun menukar baju tidur. Fikirannya juga asyik teringat pada rancangan Muhaimin.

Fazlina pun tak sangka sepupunya Afifah adalah isteri kedua Muhaimin. Tapi jika semua ni mampu untuk menolong sepupunya itu. Fazlina akan ikut rencana yang di rancang oleh Muhaimin untuk mengenakan isteri-isterinya itu.

Sementara itu ibu Fazlina juga agak terkejut mendapat tahu. Anak saudaranya itu sudah berkahwin. Apa lagi menjadi isteri kedua di umur yang masih muda. Ibu Fazlina mempunyai butik pengantin yang sudah lama ia buka. Dari arwah suaminya hidup lagi. Ibu Fazlina bernama Maznah. Maznah dan ayah Afifah adalah adik beradik.

Maznah tahu tentang adiknya itu sekarang masih berada di dalam penjara. Semasa adiknya itu bercerai dengan ibu Afifah,Maznah ada berjumpa dengan adik iparnya itu. Maznah merancang untuk mengambil Afifah dan Ikbal anak saudaranya itu. Kerana ia merasakan Afifah dan Ikbal adalah tangungjawabnya. Kerana adiknya seorang ayah yang tidak bertangungjawab. Tapi bekas adik iparnya itu tidak mahu. Adik iparnya itu memberi alasan tidak mahu berpisah dengan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience