Bab 8

Drama Completed 116631

Seminggu selepas Janatil dan suaminya datang ke rumah Makcik Zaiton,hari ini Janatil dan Muhaimin akan datang pula ke rumah Rasidah ibu Afifah. Hari ini Janatil dan Muhaimin ingin membincang tarikh yang sesuai untuk pernikahan antara Muhaimin dan Afifah. Hari ini Makcik Zaiton dan Fazuha pun ada sekali di rumah Afifah untuk membincangkan soal pernikahan Afifah. Ayah tiri Afifah pun ada sekali semasa Janatil dan Muhaimin datang.

Hari ini dalam jam 3.00 petang barulah Janatil dan Muhaimin sampai. Rasidah dan Afifah juga sudah siap memasak bihun goreng untuk di jamu pada tetamu yang datang. Sampai saja Janatil dan Muhaimin, Rasidah menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

Janatil,Muhaimin, Maklong ibu Janatil, Fazuha dan Makcik Zaiton pun masuk ke dalam rumah. Dan duduk di sofa di ruang tamu. Tak lama kemudian Jamil ayah tiri Afifah pun duduk sekali di ruang tamu. Muhaimin pun bersalaman dengan Jamil.

"Kami datang nak berbincang tentang tarikh untuk pernikahan Afifah dan Muhaimin" kata Maklong ibu Janatil.

"Kami ni terpulang pada pihak lelaki saja tarikhnya" kata Jamil.

"Hantaran dan maskahwin macam mana?" tanya Muhaimin.

"Hantaran tu kalau boleh kami nak tujuh ribu ringgit.Maskahwin pula seribu ringgit." kata Rasidah.

"Kami setuju " kata Maklong dan Muhaimin serentak.

"Kalau macam tu pihak lelaki nak letak tarikh nikah bila" tanya Rasidah.

"Kalau boleh dalam 2 bulan lagi, sebab banyak juga urusan nak buat untuk nikah ni" kata Janatil.

"Kalau macam tu sempat la Ifa nak pergi khusus kahwin dan ambil keputusan SPM dia" kata Rasidah.

Selesai berbincang Rasidah memangil Afifah supaya mengambil bihun goreng dan air yang sudah di bancuh untuk di hidangkan pada tetamu. Afifah pun meletakkan bekas bihun dan dulang air di ruang tamu untuk di jamu pada tetamu. Selesai mejamu makanan yang di hidang semua tetamu pun meminta diri untuk pulang.

Selepas semua tetamu pulang Afifah pun mengemas bekas-bekas makanan tadi. Dan Afifah pun mencuci pingan yang di gunakan tetamu tadi di singki.

"Tak sangka tak lama lagi ifa dah nak jadi isteri orang" kata Rasidah pada Afifah.

"Dah jodoh Ifa. Mak nanti kena cari ayah la untuk jadi wali ifa masa nikah nanti" kata Afifah.

"Tak perlu cari,mak tahu je dekat mana ayah kamu tu" kata Rasidah.

"Kalau mak tahu dekat mana ayah lagi senang la. Ayah tinggal dekat mana mak" tanya Afifah sambil matanya memadang pada ibunya itu.

"Ayah kamu ada dalam penjara sekarang ni" kata Rasidah.

"Kenapa ayah ada dalam penjara?" tanya Afifah.

"Ayah kamu tu kena tangkap sebab jual benda terlarang. Sudah dekat 2 tahun ayah kamu dalam tu. Sebab masa kena tangkap benda terlarang tu ada banyak dekat ayah kamu,jadi tak boleh nak buat apa-apa" kata Rasidah.

"Tapi kita boleh pergi melawat ayahkan" ucap Afifah.

"Boleh je. Tapi kalau Ifa nak pergi melawat ayah ajak sekali Ikbal tu"kata Rasidah lalu ia pun berlalu pergi menuju ke arah anak yang bongsu tiba-tiba menangis.

Sementara Afifah pula terus mengemas apa yang patut di dapur. Tiba-tiba Ikbal datang ke arah dapur dan duduk di bangku meja makan.

"Tak sangka kak ifa sanggup bermadu" kata Ikbal.

"Mungkin dah nasib akak agaknya" kata Afifah.

"Ikbal tahu kak ifa nak nikah sebab nak lari pada ayahkan" kata ikbal lagi.

"Itu salah satunya juga. Tapi kak Janatil dan suami dia tu orang baik. Tak salah kalau kak ifa jadi isteri kedua" kata Afifah.

"Terpulang pada kak ifa la. Ikbal harap kak ifa akan bahagia dengan pilihan kak ifa ni" kata Ikbal.

"Harapnya macam tu la" kata Afifah.

Malamnya Janatil menelefon Afifah untuk memberitahu sesuatu. Janatil memberitahu bahawa duit hantaran dan maskahwin tu tidak akan di potong dengan duit tawaran yang akan ia berikan pada Afifah sebanyak duapuluh ribu ringgit. Kerana duit hantaran dan maskahwin itu duit Muhaimin. Sementara duit perjanjian antara Afifah dan Janatil akan di bayar oleh Janatil sendiri. Kerana ini perjanjian antara mereka berdua saja,Muhaimin tidak tahu tentang perjanjian ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience