Bab 46

Drama Completed 116631

Sudah hampir 2 bulan Afifah keluar dari rumah tak pulang-pulang. Aku melihat Muhaimin kerap masuk ke dalam bilik Afifah. Aku tak tahu apa yang Muhaimin lakukan di dalam bilik tersebut. Kekadang ia akan membawa Izzara dan Izni masuk ke dalam bilik itu.

Mungkin mereka merindui Afifah. Aku juga merasa serba salah tentang Afifah. Betul ke apa yang aku lakukan ini. Dua bulan sebelum ini aku meminta sesuatu pada Afifah dan sekarang Afifah telah menunaikannya tanpa sebarang ganjaran.

Flashback

"Akak sebenarnya sakit... Akak dah tak kuat nak tempohi semua ni. Kenapa nasib akak jadi macam ni" kataku bila Afifah bertanya tentang masalahku.

"Akak sakit apa pula kali ni" tanya Afifah padaku.

Tanpa fikir panjang aku memberitahu aku sakit kanser payudara. Dan Afifah terkejut dan menangis bila aku memberitahunya. Afifah memelukku tanpa ada rasa prasangka tentang apa yang aku katakan.

Entah kenapa aku merasa cemburu dan di sisih oleh Muhaimin. Aku berlagak seolah-olah aku tak kisah melihat Muhaimin bermain mata dan berbual mesra dengan Afifah. Aku jadi kurang selera makan dan badan ku agak susut.

Aku bukan sengaja menipu Afifah tapi aku tak sanggup lagi melihat kemesraan Afifah dan Muhaimin. Jadi aku meminta sesuatu pada Afifah bila ia bertanya tentang masalahku. Aku meminta ia pergi jauh dari Muhaimin dan anak-anak. Supaya impianku ingin bersama Muhaimin dan anak-anak tanpa ada orang lain tercapai.

Pada mulanya Afifah hanya diam tak bersuara dengan permintaanku. Tapi aku tak sangka Afifah benar-benar pergi dari rumah ini tanpa meminta satu sen wang dariku. Aku juga tidak tahu kemana Afifah telah pergi. Muhaimin ada mencari Afifah di rumah mentuanya. Tetapi Afifah tidak pulang pun ke rumah ibunya.

Dalam berapa hari ini Muhaimin asik bertanya bila temujanji ku berjumpa dengan doktor pakar kanser payudara. Kerana selama ini Muhaimin menemani ku berjumpa pakar psikiatri saja. Bermacam-macam alasan ku berikan pada Muhaimin. Aku memberi alasan bahawa doktor belum lagi mendapat keputusan dari ujian yang di lakukan.

Sebenarnya dalam diam aku semakin serba salah dan risau.Kerana aku takut Muhaimin akan tahu tentang penipuanku. Aku tak fikir panjang bila mengatakan aku mengidap kanser pada Afifah. Apa yang akan terjadi jika Muhaimin dapat tahu kebenaranya. Sampai bila kebohongan aku ini tidak akan di ketahui oleh Muhaimin.

Aku ingat jika Afifah sudah tiada hidupku akan bertambah baik. Tapi ternyata aku silap bila melihat Muhaimin yang tak keruan atas kehilangan Afifah. Muhaimin kerap menghabiskan masanya bersama si kembar.

Aku juga rasa bersalah pada Izzara dan Izni kerana telah memisahkan mereka dengan ibu kandung. Izzara dan Izni kerap menangis bila malam. Mungkin kerana merindukan ibu mereka. Kerana selama ini Izzara dan Izni tidur bersama Afifah. Tapi sekarang ini aku dan Muhaimin yang akan meniduri Mereka berdua.

Selepas Afifah menghilang. Orang gaji bernama Medah terpaksa datang awal. Sebelum pukul 7.00 pagi ia akan datang untuk menjaga Izzara dan Izni. Selepas orang gaji datang barulah aku berangkat ke tempat kerja. Sebenarnya agak letih mengurus si kembar bila waktu malam. Menyebabkan aku kurang tidur.

Sehari sebelum Afifah pergi dari rumah, Muhaimin menemani ku berjumpa dengan pakar psikiatri. Rencanaku membuat Afifah pergi dari hidupku berhasil. Bila esoknya aku dan Muhaimin pulang dari kerja Afifah sudah tidak berada di rumah. Afifah juga menghilang tanpa jejak.

---------------------+++++--

Hari ini seperti biasa aku sampai di rumah dalam jam 5.30 petang. Setengah jam kemudian barulah Muhaimin sampai. Walau pun Muhaimin masih tercari-cari Afifah yang menghilang. Tapi Muhaimin tetap sering bertanya tentang keadaan kesihatanku. Aku harap Muhaimin akan segera melupakan Afifah. Selepas ini barulah kebahagian ku akan muncul.

Aku sedar tindakan aku ini salah. Dan mungkin lambat laun Muhaimin akan mengetahuinya. Tapi cukuplah ,dapat juga aku peluang untuk mempunyai kehidupan bersama Muhaimin dan anak-anak tanpa Afifah. Yang pasti aku sangat sayang pada Izzara dan Izni.Mereka berdua adalah penganti anakku yang sudah tiada.

Walau pun ku tahu Muhaimin tak mungkin mahu untuk menceraikan Afifah. Aku sudah tidak kisah yang pasti aku dapat bersama Muhaimin. Dan perasaan aku pun sudah tidak sakit kerana cemburu. Ubat pun aku sudah makan ikut arahan doktor. Aku pun dalam diam meminta doktor membuat surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar kanser. Aku membuat alasan dadaku mengalami ketulan. Aku risau Muhaimin akan menghidu penipuanku. Doktor pun setuju memberikan surat rujukan itu supaya aku dapat berjumpa doktor bahagian kanser payudara.

+++++++++++++++++++

Author nak bagi sedikit info. Ahli keluarga author memang ada yang mengalami masalah psikatri. Jika mereka tak makan ubat yang di berikan doktor. Badan diorang memang akan susut dan kurus. Bila makan ubat psikatri ni badan akan jadi berisi. Jadi banyak yang cuba untuk mengurangkan dos tanpa pengetahuan doktor. Dalam ahli keluarga author ada 3 orang yang memang setiap bulan kena jumpa doktor psikatri. Salah seorang memang mengalami kemurungan seperti janatil. Seorang lagi skizofrenia jenis yang bahaya sikit memang setiap hari kena makan ubat dan setiap bulan kena cucuk ubat dekat hospital.

sorry bab kali tak panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience