Bab 1

Drama Completed 116648

Di sebuah kedai makan kelihatan seorang gadis bernama Aina Afifah sedang mengemas meja dan menyusun barang-barang yang ada di dalam kedai makan tersebut. Aina Afifah berumur 18 tahun. Aina Afifah sudah lama bekerja di kedai makan tersebut dari umurnya 15 tahun. Pagi ia akan ke sekolah, petang dalam pukul 4.00 ia akan ke kedai makan untuk bekerja. Kedai makan ini kepunyaan ibu sahabat baiknya bernama Fazuha.

Fazuha mendekati Afifah kerana ia melihat wajah sahabatnya seperti ada masalah."Ifa kau ada masalah ke" tanya Fazuha.

"Kau tahu la kan macam biasalah masalah aku" kata Afifah.

"Ni mesti tentang ayah tiri kau lagi la ni" ucap Fazuha.

"Ya la siapa lagi. Aku tak tahu dah nak buat apa dengan ayah tiri aku tu. Kekadang aku jadi takut nak balik rumah" kata Afifah.

"Kalau dia kacau kau lagi. Kau lari je rumah aku" kata Fazuha.

"Tapi aku kesian dekat mak dan adik aku. Tapi kalau dia dah lebih sangat nemang aku akan lari pergi rumah kau la" kata Afifah.

"Ifa nanti bila keputusan SPM keluar kau nak sambung belajar dekat mana?"tanya Fazuha.

"Rasanya aku tak boleh nak sambung berlajar dekat mana-mana pun. Sebab aku mana ada duit. Selama ni pun aku sekolah semua pakai duit aku sendiri dengan duit biasiswa aku je." kata Afifah.

"Mak kau takkan tak boleh keluar modal sikit untuk kau ifa" kata Fazuha.

"Mak aku takkan bagi punya. Biarlah sementara waktu ni aku kerja dulu dekat kedai makan mak kau ni. Lepas dapat sijil keputusan SPM nanti baru aku pergi cari kerja tetap"kata Afifah sambil tangannya mencuci pinggan yang ada di dalam singki.

"Zuha! Kau pi kacau Ifa buat kerja dah kenapa. Bukannya nak buat kerja" jerit Zaiton ibu Fazuha.

"Ya la, ni Zuha nak pergi buat kerja la ni" kata Fazuha sambil berlalu menuju ke depan untuk mengambil pesanan pelangan yang baru masuk ke dalam kedai.

"Hai kenapa la kau tu tak mahu ikut perangai Ifa yang rajin. Asyik nak mengulat je." kata Zaiton.

Kekadang Zaiton merasa kesian dengan nasib sahabat baik anaknya itu. Mengenang nasib Aina Afifah yang terpaksa bekerja untuk menampung persekolahnya tanpa di bantu oleh ibu atau ayahnya.

Ibu dan ayah Afifah bercerai semasa umur Afifah 12 tahun. Selepas itu Afifah langsung tidak pernah berjumpa dengan ayahnya sampai sekarang. Selepas setahun bercerai ibunya berkahwin lain dengan seorang lelaki yang muda 6 tahun dari ibunya.

Selepas itu kehidupan Afifah berubah kerana ibunya nampak terlalu sayang pada ayah tirinya. Sampi sanggup berikan hadiah mahal-mahal untuk ayah tirinya. Sementara hidup Afifah dan adik lelakinya yang berumur 9 tahun ketika itu terabai. Adik lelaki Afifah bernama Mohd Ikbal.

Sekarang umur ikbal sudah 15 tahun. Tahun ini Ikbal akan mengambil peperiksaan PT3. Afifah lah yang selalu memberikan wang belanja sekolah pada ikbal. Kerana ibu mereka mempunyai 2 orang anak dengan suami barunya yang masih kecil. Dua orang adiknya itu akan di hantar ke pengasuh bila ibunya pergi bekerja.

Ayah tiri Afifah pulak jenis tidak bekerja tetap. Dan kerap tidak bekerja. Ibu mereka lah yang terpaksa menangung segala keperluan untuk keluarga mereka.

Share this novel

Rafizah
2020-04-27 18:56:29 

tq

Meri Sajja
2020-04-27 18:45:31 

❤️


NovelPlus Premium

The best ads free experience