Bab 9

Drama Completed 116648

Hari ini aku dan Fazuha akan pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan ujian SPM. Pagi-pagi selepas ibu dan ikbal bertolak ke tempat kerja dan sekolah aku pun pergi ke rumah Fazuha. Aku tidak berani untuk tinggal di rumah jika Ikbal dan ibu tiada. Akil pun ayah tiriku yang hantar ke sekolah. Selepas kejadian waktu pagi ayah tiriku cuba melakukan sesuatu padaku. Aku tidak lagi menghantar Akil pergi ke sekolah tadikanya. Kerana aku akan pergi ke rumah Fazuha bila ibu dan ikbal berangkat pergi ke tempat tujuan masing-masing.

Akil ,ayah tiriku yang akan hantar pergi sekolah tadika. Hari ini aku dan Fazuha akan pergi ke sekolah dengan Makcik Zaiton. Sampai di rumah Fazuha ,seperti biasa Makcik Zaiton yang akan membuka pintu untukku. Makcik Zaiton mempersilakan aku masuk ke dalam rumahnya seperti selalu.

"Ifa duduk la dulu. Zuha tu baru je nak mandi... Ifa dah pergi khusus kahwin kan" kata Makcik Zaiton sambil duduk di tepiku dan meletakkan sebekas kuih-muih di depanku.

"Ifa dah pergi khusus kahwin dah" kataku.

"Ni ambil makan kuih ni sementara tunggu Zuha. Makcik nak bagi tahu borang-borang sebelah lelaki dah lengkap dah. Malam tadi Janatil dan suaminya hantar borang tu. Tinggal nak isi belah ifa je lagi ni. Ifa dah buat ujian darah belum" ucap makcik Zaiton.

"Ifa dah buat ujian darah tu minggu lepas" kataku.

"Baguslah kalau dah siap semuanya tinggal isi borang nikah tu je bagi lengkap. Lepas tu boleh la hantar dekat tok kadi." kata Makcik Zaiton.

Tak lama kemudian Fazuha pun keluar dari biliknya. Fazuha pun menghampiri aku dan Makcik Zaiton. "Mak,Zuha dah siap dah" kata Fazuha.

"Sebelum pergi, makan la dulu sarapan yang mak buat ni. Lagi pun awal lagi ni" kata makcik Zaiton.

"Memang Zuha nak makan la ni" kata Zuha sambil ia duduk di bangku sebelahku.

"Zuha kau tentu akan dapat keputusan yang cemerlang nanti" kataku.

"Kau pun apa kurangnya ifa, tentu kau pun cemerlang juga" kata Fazuha sambil tangannya mengambil kuih yang ada di dalam bekas.

"Aku dengan kau lain. Kau lepas ni boleh la sambung belajar dekat tempat kau suka" kataku.

"Kau pun boleh juga nak sambung. Tapi kau pilih nak kahwin. Rasanya macam mana perasaan kau ya lagi 2 minggu lagi kau nak nikah ni" kata Fazuha.

"Rasa takut juga dan berdebar-debar ni. Macam nak ambil keputusan ujian SPM ni" kataku.

"Kau ni ada-ada je la." kata Fazuha sambil mengelengkan kepalanya.

"Betul la" kataku sambil tersenyum menampakkan gigi ku yang putih pada Fazuha. Ya lagi 2 minggu aku akan bernikah dengan Muhaimin suami kak Janatil sepupu Fazuha. Bermacam-macam timbul di benakku. Betulkah apa yang aku lakukan ni. Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti. Jika ayah tiriku tidak mengganguku mungkin aku tak akan pilih jalan ini.

Perjanjian aku dengan kak Janatil hanya kami berdua saja yang tahu. Tiada siapa pun yang tahu termasuklah suami kak Janatil. Minggu depan kak Janatil dan keluarga suaminya akan datang ke rumahku untuk memberikan wang hantaran. Sementara wang maskahwin akan di berikan pada hari akad nikah.

Ibuku juga memberitahu ku bahawa tidak ada majlis resepsi untukku. Hanya pada hari akad nikah itu akan diadakan sedikit kenduri ke syukuran,hanya memangil jiran-jiran berdekatan sahaja.

"Kalau dah selesai makan boleh la kita pergi" ucap makcik Zaiton sambil memadang padaku dan Fazuha yang masih berada di meja makan.

"Ifa dah sudah,ni tinggal Zuha je lagi" kataku sambil memadang pada Fazuha yang masih makan.

"Zuha pun dah nak habis makan dah ni" kata Fazuha. Aku dan Fazuha bangun dari bangku menuju ke singki untuk memcuci bekas kami makan tadi. Lepas selesai kami pun berjalan menuju keluar rumah.

Selepas aku dan Fazuha keluar dari rumah,makcik Zaiton pun menutup pintu dan mengucinya. Sementara aku dan Fazuha membuka pintu pagar. Selepas makcik Zaiton masuk ke dalam vannya dan memandu keluar pada pagar. Aku pun masuk ke dalam van sementara Fazuha pula menutup pintu pagar dan mengucinya,barulah Fazuha masuk ke dalam van.

Dalam pukul 8.10 pagi kami pun sampai di sekolah. Hari ini aku dan Fazuha agak seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan satu sekolah yang datang untuk mengambil keputusan SPM juga.

Fazuha dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Sementara aku pula hanya mendapat 3A- dan yang lain sekadar lulus saja. Walau macam mana pun aku bersyukur kerana semua mata pelajaran yang ku ambil tidak ada yang gagal. Aku mendengar kawan-kawan ku kebanyakan semuanya bercerita untuk menyabung pelajaran. Aku hanya diam saja mendengar mereka berceloteh tentang tempat yang ingin mereka pergi untuk menyabung pelajaran. Dan ada juga yang mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 6.

Hampir tengahari kami pun pulang. Makcik Zaiton membawaku dan Fazuha pergi makan di sebuah restoran. Hari ini makcik Zaiton tidak akan membuka kedai makannya. Makcik Zaiton ingin meraikan kejayaan Fazuha. Aku pun tumpang sekali.

Kekadang aku rasa cemburu pada Fazuha kerana mempunyai seorang ibu yang pernyayang. Walau pun Makcik Zaiton seorang ibu tunggal tapi Fazuha tidak kurang kasih sayang dari ibunya. Sementara aku dan ibuku tidak lah begitu rapat. Dan aku juga sedar aku masih ada 3 orang lagi adik di bawahku. Sedangkan Fazuha hanya 2 beradik sahaja dan Fazuha pula anak yang bongsu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience