Bab 45

Drama Completed 116648

Hari ini seperti biasa Muhaimin pulang dari kerja sampai di rumah di sambut oleh Afifah. Selesai makan malam Muhaimin masuk ke bilik Afifah kerana malam ini giliran Afifah bersama Muhaimin.

"Abang, ifa nak bagi tahu sesuatu pada abang" kata Afifah bila melihat Muhaimin masuk ke dalam biliknya.

"Ifa nak bagi tahu apa" tanya Muhaimin sambil matanya memadang wajah isterinya itu.

"Ifa nak bagi tahu tentang kak Janatil" kata Afifah sambil menepuk perlahan-lahan anaknya yang baru hendak tidur.

"Ada apa dengan Janatil" soal Muhaimin sambil ia pun melabuhkan pungungnya di atas katil sebelah Afifah.

"Kak Janatil sakit, abang kena banyak bagi perhatian pada dia" kata Afifah lagi.

"Abang dah tahu dia sakit kemurungan tukan" kata Muhaimin.

"Bukan sakit tu saja. Tapi sekarang kak Jan sakit kanser payudara pula" kata Afifah sambil menundukkan kepalanya.

"Betul ke apa yang Ifa cakap ni. Tapi Jan tak ada cakap apa-apa pun pada abang" kata Muhaimin agak kurang percaya dengan apa Afifah beritahu padanya.

"Sebab abang terlalu sibuk dengan kerja. Dan selalu nak bersama dengan Ifa . Sampai abang lupakan kak Jan. Kak Jan tak mampu nak layan abang kerana dia sakit. Sebab tu dia tak kisah abang sering bersama Ifa." kata Afifah dengan linangan air mata terkenangkan nasib madunya itu. Terlalu banyak dugaan yang datang menimpa Janatil.

Tangan Muhaimin memengang rambutnya di kepala. Muhaimin benar-benar tak sangka Janatil sakit dan merahsiakan perkara tersebut padanya. "Kenapa dia selalu nak merahsiakan tentang perkara macam ni" kata Muhaimin merasa bersalah.

"Abang kalau suatu hari nanti Ifa pergi dari hidup abang... Ifa harap abang akan jaga anak-anak kita dan berilah kak Jan perhatian."kata Afifah dengan matanya yang masih berair.

"Apa maksud Ifa ni. Abang harap Ifa jangan nak buat tindakan yang bodoh. Abang janji akan beri perhatian padaJan. Tapi Ifa jangan sekali-kali pergi dari abang dan anak-anak" kata Muhaimin sambil memeluk tubuh isterinya itu.

"Abang tak mahu pergi jumpa kak Jan. Pergilah teman kak Jan kerana sekarang ni dia lemah dan perlukan perhatian dari abang" kata Afifah. Lalu Muhaimin pun bangun dan keluar dari bilik ingin berjumpa dengan Janatil. Ada perasaan bersalah bersarang di hati Muhaimin kerana tidak ambil tahu tentang keadaan Janatil isteri pertamanya.

Sampai di depan bilik Janatil, Muhaimin mengetuk pintu bilik sebelum membukanya.

"Masuklah pintu tak kunci pun" kata Janatil dari dalam bilik bila mendengar bunyi ketukkan pintu.

Muhaimin melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik Janatil selepas membuka pintu. Janatil agak hairan bila melihat Muhaimin masuk ke dalam biliknya. Kerana Janatil menyangka Afifah yang mengetuk pintu biliknya tadi.

"Maafkan abang sebab tak ambil berat tentang sayang"kata Muhaimin sambil ia duduk sebelah Janatil.

"Abang tak salah apa pun. Semua ni takdir hidup ayang agaknya" kata Janatil dengan matanya yang mula berair.

Muhaimin memeluk tubuh Janatil dan mengecup dahinya."Abang janji lepas ni abang akan lebih perhatian pada sayang. Sayang kena kuat lawan penyakit tu"kata Muhaimin lagi.

Malam ini Muhaimin tidur bersama Janatil. Muhaimin juga sudah berjanji pada Janatil akan menemani Janatil setiap kali ada temu janji di hospital. Muhaimin akan cuba membaiki dirinya supaya lebih mengambil berat pada Janatil.

Sudah hampir seminggu Afifah mengetahui tentang penyakit Janatil. Hari ini Muhaimin akan menemani Janatil pergi ke hospital untuk jadual temujanji bulanan. Dalam diam-diam Afifah sudah mengemas pakaiannya dan memasukkan ke dalam beg.

Afifah merasakan ia patut menunaikan janjinya pada Janatil. Seperti sebelum ia berkahwin dengan Muhaimin. Afifah telah menelefon sepupunya Fazlina dan ia telah memberitahu segalanya. Fazlina sudah semakin rapat dengan Afifah selepas kejadian Fazlina dan Muhaimin dahulu. Fazlina pun sudah berkahwin. Muhaimin telah membawa Janatil dan Afifah ke majlis perkahwinan Fazlina. Dari situ Afifah pun semakin rapat dengan Fazlina dan maklong ibu Fazlina.

Selepas memandikan dan menyusukan Izzara dan Izni. Dan orang gaji pun sudah sampai,Afifah pun mengambil beg pakaiannya. Afifah tidak membawa banyak pakaiannya. Pakaian tersebut Afifah letakkan di dalam beg galas saja.

Afifah mencium Izzara dan Izni sebelum meninggalkan mereka berdua bersama orang gaji. Orang gaji agak hairan juga bila melihat Afifah yang mencium anak-anaknya dengan linangan air mata. Seolah-olah tidak akan berjumpa lagi dengan anaknya itu.

Afifah memberitahu pada orang gaji bahawa ia ada urusan untuk di selesaikan. Sebab itu Afifah meninggalkan anak-anaknya pada orang gaji.Orang gaji yang bernama Medah itu pun tidak syak apa-apa.

Petangnya seperti selalu Janatil pulang dari kerja. Tapi kali ini ia masuk ke dalam rumah tidak ada Afifah yang menyambutnya seperti selalu. Ia hanya melihat anak-anak bersama orang gaji saja. Tak lama kemudian Muhaimin pula sampai. Kali ini Muhaimin perasan tidak ada kelibat isterinya Afifah menyambut dirinya yang pulang dari kerja.

"Kak Medah mana Ifa?" tanya Muhaimin bila melihat di dalam bilik pun tidak ada Afifah.

"Pagi tadi cik Ifa keluar bawa beg. Tapi sampai sekarang tak balik lagi" kata Medah orang gaji yang di upah oleh Muhaimin.

Hati Muhaimin sudah dapat merasakan sesuatu yang ia paling takut terjadi juga. Afifah kemungkinan besar telah meninggalkannya dan anak-anak demi Janatil. Tanpa mengambil satu sen pun wang perjanjian antara ia dan Janatil. Kerana wang tersebut sudah Afifah pulangkan pada Janatil selepas Janatil setuju membatalkan perjanjian yang di buat.

"Ifa kenapa buat abang dan anak-anak macam ni" bebel mulut Muhaimin di dalam bilik Afifah. Matanya memerhatikan keliling bilik Afifah. Muhaimin terpadang pada satu sampul surat di atas meja solek. Muhaimin pun berjalan ke arah sampul tersebut dan mengambilnya. Muhaimin pun membuka sampul tersebut dan menarik keluar isi kertas di dalamnya. Muhaimin pun membaca tulisan di atas kertas tersebut.

"Kepada Suami yang sangat Ifa sayanggi. Ifa ambil keputusan untuk pergi. Harap abang maafkan dosa-dosa Ifa pada abang. Halalkan lah makan minum Ifa semasa bersama abang. Maafkan Ifa kerana telah keluar rumah tanpa izin abang. Semoga abang akan menjaga Izzara dan Izni dengan baik. Dan tolong jaga kak Jan serta berikanlah perhatian padanya. Tak perlulah hubungi Ifa lagi. Kerana Ifa sudah pun menukar nombor lain di telefon Ifa.

Semoga abang dapat membahagiakan kak Janatil dan anak-anak. Kerana kak Janatil berhak mendapatkan apa yang ia inginkan selama ini. Kerana Ifa hanyalah orang ketiga antara abang dan kak Jan.

Dari isterimu."

Selesai membaca tulisan di atas kertas tersebut. Tanpa Muhaimin sedari air matanya jatuh ke pipinya. Ia tidak sangka Afifah akan melakukan perkara ini. "Ifa hati kamu terlalu baik. Abang tak menyesal berkahwin dengan kamu" bisik hati Muhaimin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience