Bab 29

Drama Completed 116631

Sampai di hospital Afifah telah di rujuk ke pakar kandungan. Sementara menunggu Afifah yang di rawat oleh pihak hospital.Muhaimin telah menelefon Janatil memberitahu apa yang terjadi pada Afifah. Janatil sangat terkejut bila mendapat tahu Afifah berada di hospital. Janatil pun bergegas menuju ke hospital selepas meminta izin pada orang atasannya.

Janatil sampai di hospital Afifah sudah pun di letakkan di wad. "Macam mana keadaan kandungan Ifa?" tanya Janatil yang baru saja sampai.

"Alhamdullilah keadaan kandungan ifa ok. Tapi lepas ni kena lebih hati-hati lagi" kata Muhaimin.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" kata Janatil agak kecewa.

"Abang pun tak tahu kenapa Atirah sampai sanggup buat macam ni " kata Muhaimin.

"Apa,Atirah pergi jumpa Ifa...Atirah ni dah melampau,tengahari semalam dia datang jumpa ayang hari ni dia jumpa Ifa pulak" kata Janatil agak emosi bila mendengar nama Atirah.

"Atirah ada jumpa akak juga" tanya Afifah.

"Ya,Atirah ada jumpa akak tengahari semalam di tempat kerja." kata Janatil.

"Maaf,semua ni terjadi di sebabkan abang" kata Muhaimin. Hatinya benar-benar rasa bersalah dengan apa yang terjadi pada Afifah. Nasib baik kandungan Afifah tidak terjadi apa-apa.

"Akak rasa bila ifa boleh keluar nanti... Ifa tinggal sekali di rumah akak la" kata Janatil sambil memadang pada Muhaimin dan Afifah.

"Abang rasa apa yang Jan cakap tu ada betulnya... Tapi terpulanglah pada Ifa" kata Muhaimin sambil matanya memadang pada Afifah.

Afifah hanya diam mendengar suami dan madunya memberi cadangan supaya ia tinggal di rumah Janatil. Melihat Afifah hanya diam saja Janatil pun bersuara. "Ifa duduklah rumah akak ,senang abang Aimin pun tak perlu nak ulang-alik. Lagi pun Ifa tengah mengandung bahaya tinggal seorang diri."kata Janatil mengharap Afifah akan setuju.

"Apa yang abang dan akak rasa baik untuk Ifa... Ifa akan ikut" kata Afifah.

"Lepas ni tak perlu dah abang risau Ifa tinggal seorang diri." kata Muhaimin.

"Rasanya berapa hari Ifa akan kena tahan dalam wad ni?" tanya Janatil.

"Doktor kata diorang nak pantau dulu keadaan kandungan Ifa... Esok nak buat scan dulu kalau tak ada apa-apa lusa dah boleh keluar" kata Afifah.

"Kalau macam tu nanti akak dan abang akan kemas kain baju ifa. Untuk bawa ke rumah akak nanti bila Ifa dah boleh keluar terus pergi rumah akak je. Tak perlu dah balik rumah ifa" kata Janatil.

Melihat langit semakin gelap Muhaimin dan Janatil mengundurkan diri untuk pulang. Afifah pun menyalami tangan suaminya dan ia juga menyalami tangan madunya Janatil. Muhaimin dan Janatil memandu kereta mereka masing-masing menuju ke arah rumah Janatil. Esok pagi baru mereka berdua akan ke rumah Afifah untuk mengambil pakaian Afifah.

-------
Hari ini Afifah sudah boleh keluar dari hospital. Janatil yang telah menjemput Afifah di hospital. Dan menguruskan pengeluaran Afifah dari hospital. Kerana Muhaimin tidak dapat datang di sebabkan ada urusan kerja.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Janatil membawa Afifah singgah makan dahulu di sebuah restoran. Selesai makan barulah Janatil memandu kereta menuju ke rumahnya. Bila pintu pagarnya terbuka Janatil pun memandu masuk. Sudah masuk ke dalam pagarnya janatil pun memakir keretanya. Selepas mematikan enjin kereta,Janatil dan Afifah pun keluar dari dalam kereta. Janatil pun membuka pintu rumahnya.

"Jomlah masuk ifa" kata Janatil bila melihat Afifah yang masih tercegat di tepi kereta.

"Besar juga ya rumah kak Jan." kata Afifah.

"Biasa je ifa,rumah ni beli kongsi dengan abang Aimin. Kalau tak mana mampu nak beli" kata Janatil.

"Oo, tak pa la akak kerja... Macam Ifa ni kerja pun tak"kata Afifah.

"Rumah besar tapi tak dak anak buat apa.. Ni bilik Ifa,masuklah akak dah kemas petang semalam. Baju ifa pun akak dah susunkan dalam almari ." kata Janatil sambil tangannya pun membuka pintu bilik tersebut.

"Terima kasih kak sebab benarkan Ifa tinggal satu rumah dengan akak... Kak kucing 2 ekor dekat rumah Ifa tu macam mana" kata Afifah mula teringat pada 2 ekor kucing yang ia bela.

"Jangan risaulah,kucing tu abang Aimin dah bawa mai sini...ada dekat dalam sangkar dekat belakang." kata Janatil.

"Oo ya ke, risau juga takut diorang lapar je... Ifa nak mandi dululah" kata Afifah lalu mengambil tuala.

"Bilik air ada dekat sebelah sana.Akak keluar dululah... Bilik akak dekat atas. Kalau ada hal nak jumpa akak datanglah cari akak dekat atas" kata Janatil lalu ia pun berjalan keluar dari bilik Afifah.

Selesai mandi dan sembahyang zohor Afifah pergi ke arah dapur. Afifah lihat Janatil sedang memasak sesuatu di dapur." Akak tengah masak apa ni" tanya Afifah.

"Akak tengah masak asam pedas untuk makan malam ni."kata Janatil.

"Tentu sedap akak masak" kata Afifah.

Tak lama kemudian kedengaran bunyi kereta masuk. Afifah pun segera membuka pintu dan ia melihat Muhaimin keluar dari dalam kereta.

"Awal abang balik hari ni" kata Afifah.

"Abang tak sabar nak jumpa isteri-isteri abang. Tu yang balik awal" kata Muhaimin sambil mengukir senyuman pada Afifah.

Malam ini Muhaimin tidur di bilik Afifah kerana sudah dua malam Muhaimin bersama Janatil. Jadi hari ini giliran Afifah pula. Walau pun Afifah agak segan juga dengan Janatil, apa lagi sekarang mereka bertiga tinggal sebumbung.
-----
Pagi ini Muhaimin dan Janatil pun pergi kerja seperti biasa. Tinggallah Afifah seorang diri di rumah. Afifah pun menyapu di dalam dan di luar rumah. Afifah juga menyiram pokok-pokok yang ada di dalam pasu.

Afifah membuka pintu bilik Janatil untuk menyapu dan mengemas bilik tersebut. Afifah terlihat ada satu papan ubat di atas meja solek Janatil. Afifah mengambil ubat tersebut dan ia melihat nama ubat yang tertulis di ubat tersebut.

"Ubat apa ni... Kenapa pelik sangat nama ubat ni" bebel mulut Afifah.

Afifah pun mengambil telefon pintarnya lalu ia pun mencari di dalam google tentang nama ubat tersebut. Afifah agak terkejut bila mendapat tahu tentang ubat tersebut.

"Takkan lah kak Jan ada penyakit psikiatri. Kalau betul kak Jan sakit dan terpaksa makan ubat... Kesian kak Jan" bisik hati Afifah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience