Bab 44

Drama Completed 116631

Hari ini seperti biasa bila kak Janatil dan abang Muhaimin berangkat pergi kerja. Aku pun mulalah mengemas apa yang patut di bantu oleh orang gaji. Dalam jam 8.30 aku memandikan anak kembarku. Izzara adalah kakak manakala Izni pula adik. Izzara lahir dahulu dari Izni hanya beza berapa minit saja. Hati aku bersyukur sangat akhirnya aku tak berpisah dengan anak-anakku. Semasa mula-mula kak Janatil setuju membatalkan perjanjian yang telah di buat oleh kami berdua. Hatiku benar-benar merasa lega. Kepalaku tidak lagi serabut memikir aku akan berpisah dengan anak-anakku.

Bulan depan usia izzara dan izni sudah setahun. Walau pun sebenarnya hidup sebumbung dengan madu ni agak banyak juga masalah sebenarnya. Walau pun pada mulanya aku mahu kembali tinggal di rumah yang aku diami ketika baru berkahwin dengan Muhaimin. Tapi atas kehendak Janatil supaya aku tinggal bersamanya membuatkan aku serba salah. Jadi aku pun setuju kerana aku tahu dia ingin melihat si kembar setiap kali ia pulang dari kerja. Aku juga sedar Janatil sangat menyayangi izzara dan Izni.

Pakaian dan mainan untuk anakku kebanyakan dibelikan oleh Janatil. Janatil juga kekadang membiarkan aku keluar berdua dengan Muhaimin. Dan ia akan menjaga Izzara dan Izni di rumah pada hari minggu. Kerana hari minggu selalunya orang gaji akan cuti. Orang gaji yang telah di gaji oleh Muhaimin adalah orang tempatan. Orang gaji akan datang untuk memulakan tugas dalam pukul 7.30 pagi.

Orang gaji tersebut akan datang di hantar oleh anaknya. Petang dalam jam 6.30 ia akan pulang ke rumahnya. Hari minggu pula memang ia tak akan datang. Kerana hari minggu adalah hari cuti bagi orang gaji.

Hari ini dalam jam 5.35 petang Janatil sampai di rumah dari tempat kerja. Aku melihat wajah Janatil agak muram dan tidak ceria dalam berapa hari ini. Selepas melahirkan anak. Aku tidak pernah lagi menemani Janatil pergi berjumpa doktor psikiatri. Abang Muhaimin pernah menemani kak Janatil sekali dua saja. Kerana abang Muhaimin agak sibuk kebelakangan ini.

Janatil juga lebih banyak mendiamkan diri. Dan selalu berada di dalam biliknya akhir-akhir ini. Aku risau melihat perubahan Janatil. Aku mula berfikir yang bukan- bukan tentang Janatil. Risau jika Janatil tidak memakan ubatnya. Mungkinkah kak Janatil ada terasa hati padaku dan abang Muhaimin.

Hari ini abang Muhaimin sampai di rumah dari kerja dalam jam 6.00 petang. Aku menyambutnya seperti selalu. Manakala Janatil pula suka menghabiskan masanya di rumah bersama si kembar.
Bila Janatil bersama Izzara dan Izni aku akan membiarkan saja mereka bertiga. Aku pula yang akan melayani Muhaimin.

"Lambat hari ni abang sampai." kataku ketika Muhaimin masuk ke dalam rumah.

"Dalam perjalanan tadi ada berlaku kemalangan.Jalan jadi jem. Anak-anak mana" kata Muhaimin sambil kakinya melangkah.

"Anak-anak dekat dalam bilik bersama dengan kak Jan" kataku sambil jalan beiringan dengan Muhaimin.

"Biar jelah Jan tu layan Izzara dan Izni. Boleh lah kita berdua selalu bersama" kata Muhaimin sambil tersenyum padaku menampakkan giginya yang putih.

"Abang ni tak baik tau. Dengar dekat kak Jan kecil hati dia nanti" kataku risau jika Janatil mendengar apa yang di katakan oleh Muhaimin.

"Ala, abang gurau je. Ok lah abang nak pergi mandi dulu." kata Muhaimin lalu kakinya melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik. Pakaian Muhaimin sekarang ni tidak lagi berada di bilik Janatil. Pakaian abang Muhaimin sudah di letakkan di bilik lain yang berada di sebelah bilik Janatil. Manakala bilik si kembar berada di sebelah bilikku.

Aku pun berjalan menuju ke bilik tempat pakaian suamiku berada. Aku pun mengambil pakaian yang bakal suamiku pakai selepas mandi di dalam almari. Lalu meletakkan di luar almari. Dan aku juga mengambil pakaian yang sudah di pakai oleh Muhaimin untuk di letakkan di dalam mesin basuh. Selepas itu barulah aku keluar dari bilik tersebut.

Malamnya aku,Janatil dan abang Muhaimin makan bersama. Aku lihat kak Janatil hanya makan sedikit saja. Aku juga perasaan tubuh kak Janatil pun kelihatan kurus. Tapi abang Muhaimin aku lihat selera je makan. Nampak sangat abang Muhaimin ni tak perasan dengan perubahan yang berlaku pada diri kak Janatil.

Usai makan kak Janatil terus menuju ke biliknya. Manakala aku pula mengemas apa yang patut di dapur. Muhaimin pula selepas makan pergi ke ruang tamu bersama anak-anak. Aku melihat dari dapur Muhaimin melayan keletah anak kembar kami.

Izzara dan Izni memang banyak akal sekarang ni. Mereka berdua sedang mula ingin berlajar berjalan dengan memegang dinding atau sofa. Seorang menangis seorang lagi pasti akan menangis juga.

------------

Hari ini seperti selalu Janatil dan Muhaimin pun berangkat ke tempat kerja. Petangnya kak Janatil pulang agak awal sedikit. Aku lihat wajahnya agak pucat. Aku pun malangkahkan kakiku ke arah Janatil.

"Akak boleh Ifa nak tanya sikit?" soalku sampai mataku memadang pada wajahnya.

"Ifa nak tanya apa'kata kak Janatil sambil kakinya pun berhenti dari melangkah.

"Akak sakit ke, sebab ifa tengok akak dah banyak berubah tak seperti dulu lagi. Kalau ada apa-apa masalah bagi tahulah Ifa" kataku sambil mataku melihat wajah kak Janatil yang nampak pucat. Pada mulanya Janatil hanya terdiam tanpa mahu menjawab.

"Tak pa lah,kalau kak Janatil tak mahu beritahu pada ifa" kataku dengan nada agak kecewa bila Janatil seperti tidak mahu menjawab pertanyaanku.

"Akak sebenarnya sakit...Akak dah tak kuat nak tempohi semua ni. Kenapa nasib akak jadi macam ni" kata Janatil sambil air matanya mengalir tanpa dapat di bendung lagi.
"Akak sakit apa pula kali ni" tanyaku ingin tahu.

"Akak kena kanser payudara." kata Janatil dengan suara yang agak lemah. Aku memeluk tubuh kurus Janatil. Aku tak sangka terlalu banyak dugaan yang di hadapi oleh kak Janatil.

"Akak sabar ya. Allah uji tu tanda sayang pada akak" kataku. Aku dan Janatil pun melabuhkan pungung di atas sofa.

"Abang Aimin pasti tak tahukan pasal ni" kataku.

"Akak tak beritahu pun pada abang Aimin" kata kak Janatil.

Aku sebenarnya agak terkejut bila mendapat tahu Janatil mengidap penyakit kanser. Aku tak sangka kak Janatil terlalu berahsia. Suka simpan dan pendam seorang diri.

Aku akan buat sesuatu untuk kak Janatil. Biarlah ia merasakan bahagia sudah banyak dugaan yang ia tempuhi. Apa salahnya memberikan apa yang ia mahu selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience