Bab 5

Drama Completed 116631

Aku merasakan lebih baik aku menjadi isteri kedua dari pada di gangu oleh ayah tiriku. Ia mungkin hari ini aku boleh tumpang rumah Fazuha tapi apa kata jiran-jiran bila melihat aku kerap ada di rumah Fazuha. Sedangkan kami tinggal berjiran. Lagi pun aku juga malu bila ada sepupu dan adik beradik makcik Zaiton datang ke rumah makcik Zaiton, tentu mereka akan memadang aku semacam. Ya lah aku hanya jiran dan kawan rapat Fazuha bukan ada hubungan keluarga pun dengan Fazuha dan Makcik Zaiton.

Mungkin dengan menjadi isteri kedua aku boleh lepas dari ayah tiriku. Aku sudah tak sanggup lagi nak melalui semua ini. Hari ni aku masih boleh selamat lagi. Tapi bagai mana dengan esok,lusa dan hari beringkutnya. Aku sudah tak sanggup berdepan dengan ayah tiriku. Aku benci padanya.

Malam ini aku menumpang tidur di rumah Makcik Zaiton. Aku telah menelefon adikku Ikbal memberitahu bahawa aku akan tidur di rumah Makcik Zaiton.Supaya ikbal tidak menungguku pulang dari kerja.

Malam dalam pukul 9.00 malam makcik Zaiton telah menelefon Maklong ibu pada sepupu Fazuha. Makcik Zaiton telah memberitahu tentang aku sanggup menjadi madu untuk anak Maklong bernama Janatil. Walau pun hatiku merasa berbelah bagi tapi ini saja caranya aku dapat bebas dari ayah tiriku.

Niatku bukan kerana wang tapi supaya aku dapat bebas dari ayah tiriku. Duit yang bakal aku dapat itu akan aku simpan untuk Ikbal sambung belajar nanti. Kerana lagi 2 tahun Ikbal akan ambil ujian SPM. Biarlah aku saja yang tak dapat menyabung pelajaran.

Selepas mengemas-gemas kedai dan menutup kedai,kami bertiga pun bertolak pulang ke rumah Makcik Zaiton. Selalunya makcik Zaiton akan memberhentikan vannya bila sampai di depan rumahku. Tapi kali ini tidak kerana aku akan menumpang tidur di rumahnya malam ini. Sampai di depan rumah makcik Zaiton. Aku dan Fazuha pun turun dari van. Kami berdua membuka pintu pagar,lalu makcik Zaiton pun memandu vannya masuk ke dalam pagar. Selepas van Makcik Zaiton masuk ke dalam pagar aku pun menutup kembali pintu pagar dan menguncinya. Sementara Fazuha pula membuka kunci pintu rumah.

Selepas membuka pintu kami bertiga pun masuk ke dalam rumah. Makcik Zaiton pun mengunci pintu rumah.

"Ifa makcik lupa nak bagi tahu, esok Janatil nak datang jumpa ifa untuk bincang tentang urusan pernikahan dengan suami dia" kata Makcik Zaiton.

"Pukul berapa kak Janatil nak datang esok" tanyaku.

"Dalam pukul 10 pagi,esok Janatil kata nak bawa Ifa pergi satu tempat untuk bincang berdua saja" kata Makcik Zaiton.

"Oo tak pa la" kataku.

"Ifa kalau rasa tak sanggup jangan teruskan." kata Makcik Zaiton lagi.

"Betul tu ifa apa yang mak aku kata tu" ucap Fazuha.

"Ifa rasa, Ifa sanggup jadi isteri kedua. Jika ini saja jalan yang boleh buat ifa menjauhi ayah tiri ifa." kataku.

"Bila kau nak bagi tahu dekat mak kau ifa. Tentang kau nak nikah jadi madu kakak sepupu aku ni" tanya Fazuha.

"Nanti lepas jumpa kak Janatil barulah aku bagi tahu mak aku" kataku.

"Sudah-sudah la tu,pergi tidur dah tengah malam dah ni" kata Makcik Zaiton.

"Ya la" kata Fazuha. Lalu aku dan Fazuha pun pergi ke dalam bilik untuk tidur. Malam ni aku tidur di dalam bilik Fazuha bersama Fazuha. Malam ni mataku agak sukar untuk terlelap. Aku tak dapat lupakan apa yang telah ayah tiriku cuba lakukan padaku pagi tadi.

Aku juga terfikir betul ke apa yang aku lakukan ni untuk menjadi isteri kedua dan melahirkan anak untuk suami kak Janatil supupu Fazuha. Apa lagi umurku yang baru 18 tahun ni terpaksa bermadu. Agaknya macam mana rupa suami kak Janatil tu. Tentu perutnya boroi. Selalu orang banyak duit ni perut dia selalu boroi. Daripada aku jadi hamba seks ayah tiriku lebih baik aku jadi isteri kedua.Boroi pun boroi la, aku terima je la.

Paginya dalam pukul 6.00 aku terbangun untuk sembahyang subuh. Aku lihat Fazuha masih lagi tidur di buai mimpi. Aku segera pergi ke bilik air untuk membersihkan badan dan mengambil wuduk. Bilik air dekat dengan kawasan dapur. Aku lihat makcik Zaiton sedang membuat sarapan di dapur. Aku menghampiri makcik Zaiton dan menegurnya." makcik buat sarapan apa pagi ni" tanyaku.

"Pagi ni makcik buat nasi goreng je. Awal ifa bangun" kata Makcik Zaiton.

"Ifa dah biasa bangun pagi bantu mak buat sarapan. Ifa nak mandi dulu la." kataku sambil aku berjalan menuju bilik air.

" Nanti lepas ifa siap mandi tolong kejutkan si Fazuha tu. Kalau tak di kejutkan tak bangun la sampai ke sudah Fazuha tu"kata Makcik Zaiton.

"Baik nanti Ifa kejutkan" kataku.

Selesai mandi dan mengambil wuduk aku pun mengejutkan Fazuha dari tidurnya. Fazuha ni memang agak susah untuk bangun pagi.Kerana dulu masa sekolah bila ada kem dan rombongan aku lah yang akan jadi tukang kejutkan dia dari tidur. Goncang la badan dia macam mana pun dia akan tertidur balik. Sampai pernah aku simbah air pada muka dia baru lah dia terjaga dari tidur.

Usai sembahyang subuh aku pergi ke arah dapur untuk menolong Makcik Zaiton apa yang patut. Sementara Fazuha pula selepas sembahyang subuh dia tertidur balik di dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience