Bab 13

Drama Completed 116631

Hampir Jam 11.00 malam barulah Muhaimin dan Afifah meminta diri untuk pulang. Sebelum mengundurkan diri untuk pulang Afifah dan Muhaimin bersalaman dengan ahli keluarga yang lain. Termasuk ibu dan ayah Muhaimin. Afifah dapat merasakan ibu mentuanya seperti tidak berapa suka padanya. Tapi bapa mentua,abang ipar dengan isterinya agak ramah. Sementara ibu mentuanya tidak berapa mengambil peduli tentang diri ifa. Ifa cuba untuk bersembang tapi seperti tidak di layan oleh ibu mentuanya.

Muhaimin juga perasan layanan ibunya pada Afifah agak dingin. Tidak seperti semasa ia berkahwin dengan Janatil dulu. Ia juga tahu kenapa ibunya berkelakuan begitu. Ibunya kecewa kerana Muhaimin tidak mahu berkahwin dengan sepupunya,calon yang ibunya pilih untuk di jadikan isteri kedua pada Muhaimin. Sampai di rumah Afifah membersihkan dirinya terlebih dahulu. Selesai Afifah membersihkan dirinya barulah giliran Muhaimin pula masuk ke dalam bilik air.

Selesai mandi Muhaimin pun keluar dari bilik air. Muhaimin melihat Afifah sedang menyikat rambutnya yang panjang. Muhaimin pun mengambil pakaian yang ingin ia pakai. Selesai memakai pakaiannya Muhaimin duduk di atas katil sambil memerhatikan Afifah yang belum selesai lagi menyikat rambut.

"Mai sini abang tolong sikatkan" kata Muhaimin. Afifah mempunyai rambut yang akan panjang separah pingang. Afifah pun memberikan sikat rambut pada suaminya itu. Muhaimin pun mendekatkan dirinya pada Afifah,ia pun mula menyikatkan rambut Afifah.

"Ifa jangan kecil hati tau dengan layanan mak abang pada ifa." kata Muhaimin tiba-tiba.

"Ifa tak dak kecil hati pun. Ifa pun sedar diri siapa diri Ifa" kata Afifah.

"Baguslah kalau macam tu. Nanti lama-lama mungkin mak abang boleh terima Ifa." kata Muhaimin.

"Mmm,agaknya mak ada pilihan lain kut untuk abang" kata Afifah yang cuba menembak.

"Memang mak abang nak abang kahwin dengan sepupu abang untuk di jadikan isteri kedua."kata Muhaimin.

"Oo patut lah." kata Afifah.Hati Afifah berasa bersalah pada Muhaimin dan keluarganya. Apa lagi Muhaimin memperlakukan Afifah dengan baik. Sedangkan Muhaimin tidak tahu bahawa ada perjanjian antara Afifah dan Janatil. Hati Afifah mulai menyukai Muhaimin. Tetapi Afifah sudah buat perjanjian dengan Janatil.

Afifah mula rasa berdosa dengan perjanjian yang ia lakukan dengan Janatil.Apa lagi bila melihat Muhaimin melayannya dengan baik.Ia juga terasa dengan kata-kata supupu Muhaimin. Kerana apa yang di katakan Atirah itu ada benarnya. Ia berkahwin dengan Muhaimin kerana wang dan juga untuk bebas dari ayah tirinya.

Malam ini kali pertama Afifah dan Muhaimin tidur di rumah sendiri tanpa ada ahli keluarga yang lain. Dua malam sebelum ini mereka berdua tidur di rumah keluarga Afifah. Malam ini Muhaimin ingin meminta haknya sebagai suami. Kerana dua malam sebelum ini Muhaimin tidak meminta Afifah melayaninya kerana memikirkan mereka berdua berada di rumah keluarga Afifah. Lagi pun ini bukanlah pengalaman pertama baginya.

"Malam ni abang nak minta hak abang sebagai suami.Harap Ifa sedia memberikan hak abang tu."kata Muhaimin sebelum ia menutup lampu.

"Mmm ifa sedia, kerana ifa sudah pun menjadi isteri abang." kata Afifah dengan nada perlahan dan malu-malu.

Malam ini mahkota yang Afifah jaga dari di usik oleh ayah tirinya, akhirnya dapat pada suaminya yang sah. Ini adalah pengalaman pertama bagi Afifah. Jadi Muhaimin melakukannya dengan lembut agar tidak akan menyakiti Afifah.

Jam menujukkan pukul 6.00 pagi Afifah dan Muhaimin terbangun dari tidur. Mereka berdua pun mandi hadas bersama. Usai mandi dan memakai pakaian mereka berdua pun sembahyang subuh bersama Muhaimin menjadi Iman.Selesai sembahyang subuh Afifah pergi ke dapur untuk membuat sarapan. Tengah Afifah ralit membuat sarapan Muhaimin datang dan duduk di bangku meja makan. Sambil matanya memadang pada Afifah yang ralit membentuk donat sebelum di goreng. Air sudah siap Afifah bancuh dan di letakkan diatas meja.

Hati Muhaimin tertanya-tanya kenapa Afifah sanggup menjadi isteri keduanya dan menjadi madu Janatil. Sedangkan umurnya masih muda remaja lagi. Tapi sekurangnya ia merasa beruntung juga dapat isteri semuda Afifah. Apa lagi Afifah juga masih dara dan dialah yang telah merobek selaput dara tersebut.

Semasa Afifah ingin mengoreng donatnya, baru ia perasan Muhaimin duduk di bangku meja makan mengadap ke arahnya. "Maaf sarapan tak siap lagi ni. Ifa baru nak goreng je" kata Afifah.Sambil tangannya mula meletakkan donat yang siap di bentuk ke dalam kuali.

"Tak pa,abang boleh je tunggu" kata Muhaimin.

"Abang nak minum air ifa dah bancuh" kata Afifah.

"Nanti kita makan sama-sama bila ifa dah siap goreng donat tu. Abang saja je nak tengok isteri muda abang ni masak. Tak sangka muda-muda dah pandai masak" kata Muhaimin.

"Sebab Ifa dah biasa buat semua ni. Lagi pun ifa sebelum kahwin dengan abang kerja kedai makan." kata Afifah.

Tak lama kemudia donat yang Afifah goreng pun siap di angkat. Afifah menabur gula kastor ke atas donat tersebut.

--------
Di sisi lain Janatil sudah 4 hari berada di rumah keluarganya. Rumah keluarganya tidaklah jauh dari rumah Janatil dan Muhaimin. Lebih kurang 2 jam perjalanan untuk ke rumah keluarganya. Hari ini Janatil akan berangkat pulang ke rumah banglo yang ia diami bersama Muhaimin. Sudah 2 hari Janatil mengambil cuti. Jadi hari ini ia akan pulang ,nanti banyak pula kerjanya bertimbun di dalam pejabat.

"2 minggu lagi abang kamu sekeluarga nak balik. Kamu pun balik la juga nanti,ajak la Aimin dan madu kamu tu datang sekali. Kata ibu Janatil.

"Tengok lah dulu, Jan tak berani janji takut abang Aimin sibuk" kata Janatil sambil tangannya mula mengambil beg untuk di bawa masuk ke dalam kereta.

"Kamu dah nak balik, tak mahu tunggu abah kamu dulu ke" tanya ibu Janatil yang melihat anaknya itu memasukkan beg ke dalam kereta.

"Haah ,Jan nak balik dah. Rasanya tak sempat nak tunggu abah ni." kata Janatil.

"Abah kamu tu memang la,bila pergi ngopi tu tak ingat nak balik. Pagi- pagi dah hilang pergi ngopi. walau pun mak dah siap buat sarapan dengan bancuh kopi. Tetap juga nak ngopi dekat kedai tu." kata ibu Janatil.

"Sabar je la mak dengan perangai abah tu." kata Janatil sambil bersalam dengan ibunya sebelum masuk ke dalam kereta.

Selepas bersalam dengan ibunya Janatil pun membuka pintu keretanya. Lalu ia pun masuk ke dalam kereta. Ibu Janatil memerhatikan anak perempuanya itu masuk ke dalam kereta.

"Jan hati-hati bawa kereta tu" kata ibu Janatil bila melihat Janatil mahu menutup pintu keretanya. Selepas menutup pintu keretanya Janatil memakai tali pingang kalender dan mula menghidupkan enjin keretanya. Lalu ia pun memandu keluar dari kawasan rumah ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience