Bab 11

Drama Completed 116631

Hari ini suamiku Muhaimin akan pergi ke rumah Afifah bakal maduku untuk akad nikah. Aku tak mampu untuk melihat suamiku bernikah dengan orang lain. Walau pun Afifah adalah pilihanku sendiri dan aku juga yang merancang semuanya ini tapi hatiku berkata lain.

Aku lakukan semua ini demi suamiku. Tapi aku tak sanggup untuk di duakan. Aku rasa bersalah atas apa yang terjadi pada anakku. Umur anakku baru 6 tahun tapi di sebabkan kelalaianku anak perempuan yang sangatku sayangi pergi meninggalkan ku.

Muhaimin menyalahkan ku atas apa yang berlaku pada anak perempuan kami. Jikalah aku tak terlupa untuk mengunci pintu pagar mungkin anak perempuan ku masih hidup lagi. Hampir 2 bulan Muhaimin tidak bertegur dengan ku selepas kematian anak perempuan kami. Mungkin Muhaimin kecewa dengan kelalaianku. Tapi aku juga sedih dengan apa yang terjadi pada anakku. Memang aku bersalah kerana lalai tapi aku juga ada perasaan. Apa lagi aku yang telah mengandung 9 bulan dan melahirkannya.

Aku juga terperuk dan bersedih dengan apa yang terjadi. Bukan aku minta semua ini terjadi. Sehingga keluarga mentuaku juga menyalahkan aku atas kematian cucu mereka itu. Kerana anakku satu-satunya cucu perempuan yang mereka ada. Abang iparku mempunyai 2 orang anak tapi keduanya lelaki.

Selepas 2 bulan pemergian anak perempuan ku bernama Maisarah barulah Muhaimin dan aku boleh bertegur lagi. Walau pun tidak semesra dahulu. Dan Muhaimin tahu aku tak mampu lagi untuk melahirkan anak buatnya. Sedangkan Muhaimin tidak tahu bertapa kecewa dan hancurnya hatiku kerana kehilangan anak yang sangat ku sayangi. Sehingga aku terpaksa di rawat oleh pakar psikiatri tanpa pengetahuan oleh Muhaimin dan keluarganya. Sekarang aku terpaksa mengikuti jadual bulanan berjumpa dengan pakar psikiatri dan mengambil ubat untuk menenangkan diriku.

Tapi hampir setahun anakku meninggal, keluarga Muhaimin ingin menjodohkan Muhaimin dengan wanita lain. Supaya Muhaimin dapat memiliki zuriat yang tak mampu untuk ku berikan. Dan aku kenal wanita yang akan mentuaku pilih itu. Muhaimin juga sudah kenal lama dengan wanita tersebut. Kerana wanita itu adalah sepupu Muhaimin.

Aku tak sanggup Muhaimin menjadikan wanita itu isteri keduanya. Kerana aku dan dia bermusuh dari aku mula berkahwin dengan Muhaimin lagi. Wanita itu bernama Atirah. Atirah memang tidak menyukaiku dan aku juga perasan Atirah seperti menyimpan perasan pada Muhaimin. Walau pun Atirah muda 6 tahun dari Muhaimin. Tahun ini umur Atirah sudah masuk 29 tahun tapi ia masih belum bertemu jodoh lagi.

Aku sudah kehilangan anakku. Aku tak mahu kehilangan suamiku pula. Aku tak boleh terima jika perkara ini terjadi. Kerana itu aku meminta pada Muhaimin supaya aku sahaja yang akan mencari bakal maduku. Dan Muhaimin setuju dengan permintaanku. Kerana itu aku dan ibu pergi ke rumah Makcik Zaiton untuk meminta Makcik Zaiton mencarikan orang yang sesuai untuk menjadi maduku. Walau pun ada syarat yang bakal aku berikan pada bakal maduku.

Banyak yang tidak mahu dengan syaratku ini. Hanya Afifah saja yang mahu menerima syaratku ini. Aku sanggup lakukan semua ini supaya suamiku mempunyai zuriat. Dan aku dapat penganti anakku yang sudah tiada. Mungkin perjanjian antara aku dan Afifah seperti tidak masuk akal. Aku ingin kehidupanku kembali seperti dahulu. Jika Afifah dapat melahirkan anak untuk Muhaimin. Anak itu akan ku ambil dan aku akan menjaganya dengan baik. Kali ni aku tak akan lalai lagi.

Tapi Afifah kena pergi dari hidup kami. Aku hanya ingin Muhaimin, aku dan bakal anakku hidup bersama.Kami pasti akan jadi seperti dulu kembali. Aku janji akan menjaga bakal anak Muhaimin dengan Afifah sebaik mungkin.

Aku cintakan dia,aku tak sanggup kehilangan dia. Cukup anakku Maisarah yang pergi dariku. Aku tak mahu kehilangan dia suamiku. Aku akan mengawal perasaanku untuk sementara waktu ini bila melihat Muhaimin dan Afifah. Selagi Afifah belum mengandung dan melahirkan anak untuk Muhaimin aku kena mengawal perasaanku. Perjanjian aku dan Afifah tidak akan merugikan siapa-siapa. Afifah akan mendapatkan wang yang aku janjikan padanya. Tapi jika sampai setahun Afifah masih belum mengandung aku akan hanya memberikan separuh sahaja wang itu.

Dengan wang yang aku berikan itu Afifah boleh memulakan hidup barunya. Ia juga boleh memulakan hidup berdikari tanpa keluarganya. Kami sama-sama ada kepentingan dalam urusan perjanjian ini.

"Jan apa yang di menungkan tu. Kamu yang sanggup di madukan,jadi kamu kena la terima dengan ikhlas semua ni. Jangan duk fikir sangat"kata ibuku sambil ia meletakkan pungungnya di sofa sebelahku.

"Jan tak fikir tentang abang Min pun mak. Jan cuma padang pokok tu je." kataku sambil tanganku menunjukkan pokok yang ada di depan rumah ibuku.

"Ya la tu, macam la mak tak kenal kamu tu Jan" kata ibuku.

"Ya la,mak mana abah dari tadi tak nampak pun" tanyaku.

"Abah kau tu mana reti duk diam dalam rumah ni. Ada je la tempat yang dia nak pergi tu" kata ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience