Bab 21

Drama Completed 116631

Jam sudah menunjukkan hampir 5.00 petang. Aku segera mengemas kertas kerja dan fail di atas mejanya. Hari ini aku
akan pulang ke rumah isteri kedua. Esok baru aku akan pulang ke rumah isteri pertama.

Isteri kedua ku ni adalah calon yang di pilih sendiri oleh isteri pertamaku. Sebetulnya aku tidak pernah ingin menduakan isteri pertamaku. Walau pun aku sering di desak oleh ibuku supaya berkahwin lain. Dan ibuku juga sampai ingin menjodohkan dengan sepupuku sendiri. Tapi aku menolak kerana aku tidak pernah sampai hati untuk menyakitkan hati isteriku.

Kematian anakku bersama isteri pertamaku Janatil satu tamparan hebat bagi dia. Kerana Janatil tidak mampu untuk mengandung lagi. Kerana ia mengalami masalah semasa melahirkan anak perempuan kami. Selepas Janatil mengetahui ia tak boleh mengandung lagi. Ia mengalami kemurungan,Janatil juga terpaksa di beri kauseling kerana mengalami anxiety disorder. Tapi tidak sampai di berikan ubat kerana doktor memberi tahu masih di peringkat awal dan Janatil masih boleh kawal emosinya itu.

Tapi bila setahun yang lalu bila anak kami meninggal. Ada perubahan yang berlaku pada diri Janatil. Pada mulanya aku memang agak kecewa kerana kelalaiannya yang terlupa mengunci pintu pagar. Menyebabkan anak perempuan kami keluar tanpa Janatil sedari. Dan anak satu-satunya yang kami ada di jemput ilahi pada hari itu. Dan aku sedar ini satu tamparan besar juga bagi Janatil.

Aku menyedari Janatil asyik mengatakan ini salah dia sampai anak kami meninggal. Aku cuba memujuk dia supaya tidak terlalu fikir yang bukan-bukan. Tapi selepas seminggu kematian anak kami Janatil tiba-tiba mengambil keputusan untuk tidur berasingan dariku. Dan Janatil pindah di bilik arwah anak kami. Walau pun pada mulanya aku seperti tidak boleh terima dengan perubahan dia. Tapi memikirkan jika itu boleh menenangkan fikirannya aku ikutkan saja.

Hampir 2 bulan barulah Janatil berpindah kembali di bilik kami berdua. Tapi Janatil agak kurang untuk bercakap denganku. Aku cuba untuk berbual mesra seperti dahulu lagi. Tapi Janatil seperti agak dingin denganku. Aku pernah mengajaknya untuk berjumpa pakar psikiatri tapi di tolak. Dia mengatakan aku menuduhnya gila. Berjumpa pakar psikiatri bukan bermaksud gila. Sekurang-kurangnya mampu untuk membantu dengan memberi ubat penenang. Sekurangnya dengan ubat itu bolehlah ia melalui hidup seperti biasa tanpa terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan.

Dalam pukul 5.30 aku sudah sampai di depan rumah isteri keduaku. Aku lihat dia sudah sedia menunggu ku di luar rumah sambil menyapu kaki lima rumah. Isteri keduaku Afifah pun segera menuju ke arah pintu pagar lalu membukanya. Selepas pintu pagar dibuka oleh Afifah,aku pun memandu keretaku masuk ke dalam.

Seperti selalu Afifah menyambutku dengan senyuman manisnya."Abang pergilah mandi dulu. Lepas mandi boleh makan cucur udang yang Ifa buat, untuk makan petang ni" kata Afifah.

"Baiklah, abang pergi mandi dulu nanti kita makan sama-sama" kataku sambil aku melangkah kaki menuju ke bilik kami berdua dan membuka baju lalu mengambil tuala.

Selesai mandi aku pun pergi ke arah meja makan. Aku lihat sudah terhidang sepingan cucur udang beserta dengan kuah kacang di dalam mangkuk. Air nescafe pun sudah siap di bancuh. Aku kagum juga dengan Afifah ni, umur masih muda tapi pandai memasak bermacam-macam jenis masakan.

Aku pun menarik bangku untuk duduk. Afifah memandang padaku dan ia pun mengukir senyuman padaku. Afifah ni mudah sungguh bibirnya mengukir senyuman.

"Abang makan lah." kata Afifah sambil tangannya menuangkan air nescafe ke dalam cawan.

"Ya la,abang makan la ni" kataku sambil tangan kananku mengambil cucur udang dan makan bersama kuah kacang.
"Abang pagi semalam kak Atirah ada datang" kata Afifah.

"Ada hal apa dia datang jumpa Ifa?" tanyaku agak hairan juga bila Atirah tiba-tiba datang bertemu dengan Afifah.

"Entahlah, tapi dia minta maaf dekat ifa pasal kejadian dekat rumah keluarga abang hari tu" kata Afifah.

"Kalau macam tu baguslah...Maafkan je la" kataku.

"Saya dah maafkan dah" kata Afifah.

"Lain kali kalau ada orang datang tapi Ifa tak kenal jangan bagi masuk. Bahaya sebab Ifa tinggal seorang diri bahaya kalau jadi apa-apa." kataku. Di kawasan rumah aku bersama Afifah kebanyakkan jiran sebelah menyebelah rumahku bekerja waktu siang. Jadi kawasan perumahan ni agak sunyi bila waktu bekerja.

-------
Paginya aku pergi kerja seperti biasa. Sebelum pergi kerja Afifah menyalami tanganku dan menciumnya. Aku akan membalas dengan ciuman di dahinya. Barulah aku akan masuk ke dalam kereta untuk bertolak ke tempat kerja.

Malam ini giliran aku ke rumah Janatil pula. Petang ini jam 5.00 petang aku pulang menuju ke rumah Janatil. Janatil adalah cinta pertamaku sudah banyak dugaan yang kami lalui bersama. Dan rasanya perasaan sayang dan cintaku padanya tak pernah berubah. Aku agak kagum juga dengan Janatil. Dia seorang yang kuat dan tabah walau pun berbagai dugaan menimpanya.

Sampai di depan rumah Janatil,aku pun mengambil remote control untuk membuka pintu pagar. Selepas kematian anak kami Janatil telah menempah dan mengupah orang memasang pagar outamik. Kalau tidak sebelum ini kami mengunakan pagar manual saja.

Masuk ke dalam pagar aku melihat sudah ada kereta Janatil terpaking. Ini bermakna Janatil sudah ada di rumah. Aku pun mematikan enjin kereta lalu membuka pintu untuk keluar dari dalam kereta. Keluar saja dari dalam kereta aku lihat Janatil membuka pintu rumah. Mungkin dia terdengar bunyi keretaku sebab itu ia membuka pintu untuk menyambutku.
Janatil berjalan ke arahku lalu menyuakan tangannya untuk menyalamiku. "Abang macam mana kerja, ok." tanya Janatil sambil berjalan beiringan denganku masuk ke dalam rumah.

"Kerja abang ok je semuanya" kataku.

"Abang tu kena hati-hati kalau pergi ke tapak pembinaan" kata Janatil.

"Ala jangan risau la... Abang bukan yang buat kerja buruh tapi datang sekejap je untuk cek barang yang diorang beli tu ikut standart atau tak je" kataku.

"Abang macam mana dengan ifa sihat" tanya Janatil.

"Ifa sihat je... Malam ni ayang tak perlu masak,jom kita makan kat keluar" kataku. Aku tahu Janatil agak letih juga kerana baru pulang dari kerja. Bila makan di luar tak perlulah dia susah-susah untuk masak.

"Boleh juga... Pukul berapa nak pergi" tanya Janatil.

"Nanti lepas sembahyang magrib kita keluar. Sekarang ni abang nak mandi dulu" kataku lalu mengambil tuala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience