Bab 12

Drama Completed 116631

Sudah 3 hari aku bergelar isteri pada Muhaimin. Dan sudah 3 hari jugalah Muhaimin tinggal di rumah keluargaku. Pagi ini aku mengemas barang dan pakaian untuk di bawa ke rumah yang akanku diami bersama Muhaimin. Aku dan kak Janatil akan tinggal di rumah berasingan. Kawasan perumahan yang aku diami tidak lah begitu jauh dengan rumah Janatil dan Muhaimin tinggal.

Cuma aku akan tinggal di kawasan perumahan teres kos sederhana saja. Manakala rumah kak Janatil bersama Muhaimin tinggal di kawasan rumah banglo 2 tingkat. Tidak hairan jika kak Janatil tinggal di kawasan perumahan tersebut kerana kak Janatil juga seorang yang berkerjaya. Dan kak Janatil juga mempunyai jawatan yang agak tinggi di tempat ia bekerja sekarang ini. Banyak juga Muhaimin memberitahu ku tentang kak Janatil. Aku merasakan Muhaimin sangat menyayangi kak Janatil.

"Ifa dah siap kemas semua barang yang akan bawa nanti?" tanya Muhaimin yang tiba-tiba datang padaku yang sedang berada di dapur.

"Ifa dah siap kemas semua barang yang akan Ifa bawa pagi tadi" kataku. Selepas sarapan pagi tadi aku terus masuk ke dalam bilik untuk mengemas barang dan pakaianku ke dalam beg. Waktu itu Muhaimin sedang sibuk berbual dengan adikku Ikbal dan Akil.

"Abang tak perasan tadi"kata Muhaimin sambil tersenyum padaku.

"Abang kita nak bertolak pukul berapa? Kalu boleh mak minta kita makan tengahari dulu" kataku sambil tangan membasuh ikan termenung yang sudah siap ku siang di singki.

"Kalau macam tu lepas makan tengahari barulah kita bertolak. Mak dan ayah pergi mana tak nampak pun dari tadi?" tanya Muhaimin sambil ia pun mula menarik bangku di meja makan untuk duduk. Dan matanya memadang ke arahku.

"Mak dan ayah keluar tadi nak beli barang sikit" kataku.

Tak lama kemudian terdengar bunyi kereta masuk di depan rumah. Bermakna ibu dan ayah tiriku sudah pun pulang.

"Tu dah sampai pun. Abang nak berehat dalam bilik je la" kata Muhaimin sambil bangun dari bangku dan berjalan ke arah bilik.

"Nanti bila dah siap masak Ifa akan panggil abang makan" kataku. Umur Muhaimin dengan ayah tiriku hanya beza 2 tahun. Ayah tiri berumur 36 tahun. Dan ibuku pula berumur 41 tahun. Manakala Muhaimin pula tahun ini berumur 34 tahun.Sebenarnya aku dapat merasakan ayah tiriku dan Muhaimin agak kekok bila berbual.

Tengahari selepas makan aku dan Muhaimin bertolak menuju ke rumah yang bakal aku diami bersamanya. Rumahnya agak besar juga untuk aku tinggal seorang diri.Bila nanti giliran kak Janatil aku kena la tinggal seorang diri di rumah ni. Dah hidup bermadu kena lah ikut giliran. Tapi dalam berapa hari ni Muhaimin akan tinggal dengan ku kerana kami baru saja berkahwin. Sampai sahaja di rumah yang akan ku diami hatiku berasa sangat lega kerana aku sudah tidak perlu berdepan dengan ayah tiriku.

Selepas Muhaimin memberhentikan kereta dan mematikan enjin kereta,aku pun keluar dari dalam kereta. Muhamin juga keluar dari kereta lalu berjalan menuju ke pintu untuk membuka kunci pintu. Manakala aku pula membuka bonet kereta lalu mengambil beg yang mengandungi barang dan pakaianku.

Selepas membuka pintu rumah,Muhaimin pun berjalan ke arahku yang sedang membawa 2 beg barang .Muhaimin pun mengambil salah satu beg di tanganku lalu membawa masuk ke dalam rumah.

"Barang ifa cuma 2 beg saja?" tanya Muhaimin.

"Ha ah,dua je kenapa" kataku sambil kakiku pun mengikuti Muhaimin berjalan masuk ke dalam rumah.

"Sikit sangat barangnya, ini bilik kita. Ifa boleh lah masukkan pakaian ifa dalam almari dekat tepi katil tu" kata Muhaimin.

"Abang petang ni nak masak apa ya" tanyaku. Sambil tanganku mula membuka beg pakaian untuk keluarkan pakaian tersebut, Dan memasukkan ke dalam almari yang di beritahu oleh Muhaimin tadi.

"Petang ni tak perlu masak, sebab abang akan bawa Ifa pergi ke rumah keluarga abang malam ni" kata Muhaimin sambil ia meletakkan pungungnya di atas katil. Muhaimin hanya mermahatikan aku menyusun pakaianku di dalam almari.

"Kita tidur dekat rumah keluarga abang la malam ni?" tanyaku.

"Tak la,kita singah sekejap je,untuk kenalkan ifa pada keluarga abang. Lepas makan malam kita balik lah" kata Muhaimin.

Malamnya selepas sembahyang magrib aku dan Muhaimin pun bertolak pergi ke rumah keluarga Muhaimin. Hatiku berdebar-debar semasa dalam perjalanan ke rumah keluarga suamiku. Ini kali pertama aku datang ke rumah keluarga suamiku. Bermacam-macam perkara timbul di fikiranku. Walau pun keluarga Muhaimin ada datang pada hari akad nikah tapi aku tidak sempat pun untuk berbual mesra dengan mereka. Aku hanya menyalami mereka sebelum mereka pulang dari majlis akad nikahku.

"Ifa risau ya, nak jumpa keluarga abang malam ni.Jangan risaulah keluarga abang bukan makan orang" kata Muhaimi.

"Risau la juga la. Sebab Ifa ni bukan ada apa-apa pun di bandingkan abang dan kak Janatil" kataku.

"Jangan cakap macam tu. Keluarga abang biasa je. Ha dah sampai pun"kata Muhaimin.

Muhaimin memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah banglo yang agak besar. Melihat rumah banglo yang besar ni membuatkan aku semakin kecut perut.Muhaimin pun mematikan enjin keretanya lalu kami berdua pun keluar dari dalam kereta. Aku mengikuti langkah kaki Muhaimin berjalan menuju masuk ke dalam rumah.

Masuk ke dalam rumah aku lihat ramai juga ahli keluarga Muhaimin yang datang. Aku bersalaman dengan tetamu perempuan dan mak mentuaku. Mereka juga memperkenalkan diri padaku. Ada juga sepupu Muhaimin yang datang semata-mata ingin melihatku.

"Untunglah kau Aimin dapat pucuk muda" kata abang ipar selepas selesai makan malam.

"Abang kalau nak, minta la dekat kak nak kahwin lagi satu" kata Muhaimin dengan nada berseloroh.

"Abang jangan nak mengada-ngada kahwin lagi satu" kata kak ipar Muhaimin.

"Pucuk muda pun buat apa. Bukannya berpelajaran pun. Harap muda saja,lepas tu kahwin sebab nak hidup senang." kata sepupu perempuan Muhaimin bernama Atirah.

Merah padam mukaku bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sepupu Muhaimin tu. Muhaimin merapatkan badannya padaku dan berkata."Tak dak perlajaran pun tak pa. Yang penting tahu adap dengan orang"

Sepupu Muhaimin yang menyidirku tadi pun berlalu pergi dari kami. "Sudah-sudah jangan nak sindir-menyidir ni tak baik" kata ayah mentuaku yang tiba-tiba muncul duduk sebelah Muhaimin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience