Bab 25

Drama Completed 116631

Selepas hampir seminggu aku pulang dari rumah keluarga kak Janatil. Hari ini abang Muhaimin akan membawaku ke klinik untuk membuat buku pink khas untuk ibu mengandung. Walau pun pada mulanya kak Janatil yang berjanji akan membawaku tapi kak Janatil ada urusan kerja. Jadi abang Muhaimin lah yang membawa ku ke klinik kesihatan.

Sampai di kawasan klinik abang Muhaimin pun memakir keretanya. Lalu kami berdua pun keluar dari dalam kereta. Ini kali pertama aku datang ke klinik ibu mengandung. Aku agak kekok juga apa lagi bila melihat ramai juga ibu-ibu mengandung berada di dalam klinik.

"Jom lah masuk" kata Muhaimin. Bila melihat aku seperti nak tak nak je masuk ke dalam klinik.

"Segan la" kataku sambil berdiri di tepi pintu masuk ke dalam klinik.

"Nak segan apa... Lagi pun ifa ada suami. Jom masuk dengan abang ,nanti abang akan tanya dengan jururawat pasal ifa nak buat buku pink." kata Muhaimin. Lalu menarik tangan aku masuk ke dalam klinik. Aku pun mengikut abang Muhaimin.Ini kali pertama aku masuk ke klinik ibu-ibu mengandung. Ramai juga ibu-ibu mengandung yang ada di dalam klinik ni. Tapi kebanyakan perut mereka sudah besar.

Masuk ke dalam klinik abang Aimin pergi ke kaunter untuk memberitahu tentang aku ingin membuat buku pink untuk ibu mengandung. Jururawat itu meminta aku duduk dulu nanti baru mereka akan panggil. Jururawat tersebut juga meminta mykad lalu aku pun memberikannya. Selepas itu aku dan abang Muhaimin pun duduk di bangku yang masih kosong.

Lebih kurang dalam 15 minit kemudian barulah namaku di panggil. Aku pun pergi ke arah jururawat yang memanggil namaku. Jururawat tersebut meminta aku berdiri di penimbang berat badan untuk mengetahui berat badanku. Selepas itu jururawat itu juga mengukur ketinggianku. Barulah ia menyuruhku duduk di bangku sebelahnya.

Jururawat menanyakan tarikh nikahku. Aku pun memberitahu. Dan berapa soalan lain juga di tanya oleh jururawat tersebut. Selesai menanyakan soalan aku di minta masuk ke sebuah bilik untuk mengambil sampel darah. Untuk mengetahui jenis darahku.

Selepas mereka mengambil sampel darah di tanganku barulah aku di panggil masuk ke dalam bilik doktor. Dan abang Muhaimin menemaniku masuk ke dalam bilik doktor. Aku di minta untuk baring di atas katil untuk melihat keadaan perutku. Doktor juga melakukan scan di kawasan perutku.

Abang Muhaimin berdiri di tepi katil matanya ralit melihat ke arah monitor. Bila doktor mula mengerak-gerakkan sejenis alat di kawasan perutku. Akan muncul gambar di monitor tersebut.

"Lihat ni, nampaknya macam ada 2 kantung je ni." kata doktor.

"Kenapa doktor kalau ada 2 kantung bahaya ke?" tanyaku hairan.

"Tak bahaya lah...2 kantung tu bermakna anak kamu kembar 2" kata doktor.

"Tapi minggu lepas saya scan dekat klinik swasta tak nampak pun. Doktor tu kata kandungan saya sihat je" kata Afifah.

"Kekadang memang tak nampak 1 kantung lagi kerana ia agak terserok sikit" kata doktor. Aku lihat wajah abang Muhaimin memang nampak teruja bila dapat tahu aku mengadung anak kembar. Dan tangan abang Muhaimin tak lepas dari memengang tanganku.

Selesai melakukan scan di perutku aku pun bangun dan turun dari katil. Doktor menulis nama ubat vitamin di atas kertas. Lalu memberikannya pada abang Muhaimin. Dan menyuruh abang Muhaimin mengambil ubat vitamin tersebut di farmasi bangunan sebelah.

Selepas itu aku dan abang Muhaimin pun keluar dari bilik doktor. "Ifa tunggu sini biar abang je pergi ambil ubat di farmasi" kata Muhaimin.

Lalu aku pun duduk di bangku sambil menunggu abang Muhaimin. Lebih kurang 10 minit kemudian abang Muhaimin kembali dengan beberapa jenis ubat di tangannya.

"Nah ubat vitamin untuk Ifa jangan lupa makan tau" kata abang Muhaimin. Aku pun mengambil ubat tersebut dan memasukkan ke dalam beg tanganku.

Aku dan abang Muhaimin pun berjalan ke arah kereta. Sampai di kereta abang Muhaimin pun membuka kunci dan aku masuk ke dalam kereta.

"Terima kasih sebab dah mengandungkan anak abang" kata Muhaimin sambil mencium tangan dan dahiku.

"Sama-sama. Lagi pun ni dah jadi tugas Ifa sebagai isteri" kataku sambil mengukir senyuman padanya.

"Sebab Ifa dah mengandungkan anak kembar untuk abang...Hari ni abang tak akan masuk kerja tapi abang akan temankan Ifa satu hari." kata abang Muhaimin.

"Tapi sekarang ni Ifa lapar la" kataku.

"Ok,kita pergi makan dulu... Ifa nak makan dekat mana" kata Muhaimin sambil tangannya mula menghidupkan enjin keretanya.

"Ifa teringin nak makan mee udang" kataku.

"Betul ni" kata Muhaimin lalu mula memandu keretanya keluar dari kawasan klinik.

"Betul la" kataku. Aku lihat wajah abang Muhaimin tak lekang dari mengukir senyuman di bibirnya. Nampak sangat abang Muhaimin terlalu teruja bila mendapat tahu dia bakal mendapat anak kembar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience