Bab 47

Drama Completed 116631

Sudah 2 bulan Afifah pergi meninggalkan aku dan anak-anak. Bulan lepas usia anak kembarku sudah cukup setahun. Aku sudah pun mencari Afifah di rumah keluarganya. Tapi ibunya memberitahu Afifah tidak pernah pulang. Aku juga telah pergi berjumpa makcik Zaiton ibu saudara Janatil. Makcik Zaiton juga tidak tahu kemana Afifah telah pergi. Jalan terakhirku sekarang adalah Fazlina. Aku kena pergi berjumpa dengan Fazlina dan suaminya.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Sudah tiba masanya untuk aku pulang ke rumah. Aku pun bangun dari bangku dan berjalan keluar dari tempat kerjaku. Aku pun pergi ke arah tempat keretaku terparking. Lalu aku masuk ke dalam kereta dan memandu. Hari ini aku tidak akan pulang ke rumah terus. Sebaliknya aku memandu menuju ke rumah Fazlina.

Fazlina sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya. Mereka berdua sudah hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga. Semasa majlis perkahwinan Fazlina aku telah membawa Afifah dan Janatil menghadirinya. Lebih kurang 40 minit kemudian aku pun sampai di rumah Fazlina.

Aku melihat sudah ada kereta Fazlina dan suaminya terparking di dalam pagar. Ini bermakna Fazlina dan suaminya sudah berada di rumah. Aku pun memberhentikan kereta dan mematikan enjin. Aku pun keluar dari dalam kereta menuju ke pintu pagar. Lalu aku menekan suis loceng rumah. Tak lama kemudian suami Fazlina keluar dari dalam rumah dan berjalan ke arah pagar.

"Assalamualaikum, Ina ada tak? Ada hal sikit nak bincang dengan dia" kataku.

"Waalaikumusalam, masuklah Ina ada dalam rumah" kata suami Fazlina sambil tangannya membuka pintu pagar. Aku pun berjalan masuk menuju ke rumah. Aku dan suami Fazlina berjalan beiringan masuk ke dalam rumah.

Masuk di dalam rumah,suami Fazlina memanggil Fazlina yang berada di bilik. Tak lama kemudian Fazlina pun keluar dari bilik. Dan berjalan ke arahku yang berada di ruangtamu.

"Mimpi apa datang petang-petang ni" tanya Fazlina sambil ia pun duduk di sebelah suaminya.

"Ada hal penting aku nak tanya tentang Ifa." kataku dengan nada yang agak lemah.

"Kenapa dengan Ifa"soal Fazlina ssmbil matanya memadang padaku.

" Ifa keluar dari rumah dah 2 bulan. Sampai sekarang aku tak dapat cari dia... Aku risau kalau jadi apa-apa pada dia."kataku lalu menundukkan kepala ke arah lantai.

"Aku pun dah lama tak jumpa dia. Kau doa je semoga ifa tu selamat. Mungkin sekarang ni dia inginkan ketenangan." kata Fazlina.

Lebih kurang setengah jam aku berada di rumah Fazlina. Selepas itu aku pun mengundurkan diri untuk pulang. Aku sampai di rumah bangloku dalam jam 6.40 petang. Aku lihat kereta Janatil sudah terparking di garaj. Aku pun memarking kereta sebelah kereta Janatil. Selepas mematikan enjin aku membuka pintu untuk keluar dari dalam kereta.

Aku lihat orang gajiku pun sudah bersiap ingin pulang. Sudah 2 bulan bila aku pulang dari kerja tidak ada Ifa yang akan menyambutku. Terasa rindu aku padanya tak pernah hilang.

Aku juga terfikir kenapa Ifa sanggup meninggalkan anak- anak yang ia kandungkan. Tidakkah ia rindu pada Izzara dan Izni. Apa lagi sebelum ini Afifah tidak pernah berpisah lama dengan si kembar. Macam mana agaknya Afifah di luar sana. Kenapa ia tak pulang ke rumah ibunya saja. Apa agaknya yang di lakukan oleh Afifah sekarang ini.

Aku masuk ke dalam rumah dan aku melihat Janatil sedang melayan Izzara dan Izni. Aku membiarkan saja Janatil dan bersama si kembar. Aku meneruskan langkah kakiku menuju ke bilik. Masuk ke dalam bilik aku mengambil tuala dan membuka bajuku. Lalu aku berjalan menuju ke arah bilik air untuk mandi. Selesai mandi aku mengambil pakaian di dalam almari untuk di pakai.

Usai memakai pakaian aku pun keluar dari bilik dan menuju ke arah si kembar. Aku melayani kerenah anak-anakku.

"Abang ayang nak bancuh susu untuk si kembar. Abang tolong jaga diorang sekejap" kata Janatil sambil tangannya mengambil botol susu dan membawa ke dapur.

"Ya lah" kataku. Lalu aku pun memandang ke arah Izzara dan Izni. Izzara dan Izni sekarang ni sedang ingin belajar berjalan. Mereka berdua sudah boleh menapak dua tiga langkah.

Malamnya aku dan Janatil makan bersama si kembar. Aku akan menyuapkan Izzara manakala Janatil akan menyuapkan Izni. Selesai makan aku dan Janatil pun membawa si kembar masuk ke dalam bilik. Si kembar tidur bersamaku dan Janatil.

Esok pagi seperti biasa aku berangkat pergi kerja terlebih dahulu dari Janatil. Sementara Janatil akan menunggu orang gaji sampai terlebih dahulu. Sudah sampai orang gaji barulah Janatil pun berangkat ke tempat kerja.

Aku sebenarnya seperti tidak yakin dengan jawapan dari Fazlina. Aku dapat merasakan Fazlina tahu di mana Afifah berada. Tapi aku tak boleh buat apa-apa jika Fazlina berkeras mengaku tidak tahu. Kerana aku melihat wajah Fazlina kelihatan biasa saja bila aku menceritakan tentang kehilangan Afifah.

Hatiku runsing memikirkan Afifah sampai aku tidak terlalu fokus soal kerja. Aku berharap di mana saja Afifah berada semoga tidak terjadi perkara buruk padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience