Bab 40

Drama Completed 116648

Pagi ini seperti biasa selepas sembahyang subuh aku ke dapur untuk membuat sarapan. Maduku Janatil masih tidak keluar dari bilik walau pun jam sudah hampir pukul 7.14 pagi. Selalu sebelum pukul 7.00 maduku itu akan keluar dari bilik. Tapi hari ini agak lewat ia keluar dari biliknya. Dalam jam 7.30 pagi barulah maduku keluar dari bilik menuju ke dapur.

Aku sudah pun siap membuat sarapan untuk kami berdua. Aku dapat lihat mata maduku agak bengkak. Mungkin kerana terlalu banyak menangis ,aku pun memberitahunya tentang matanya yang bengkak. Nampaknya maduku benar-benar kecewa dengan apa yang ia lihat di sosial media milik sepupuku. Aku dapat lihat hatinya benar-benar sakit. Dan seperti tidak boleh menerima kenyataan apa yang di lihatnya semalam. Matanya kelihatan berkaca-kaca menahan air mata.

Aku tak sangka maduku kak Janatil begitu rapuh dan lemah sekarang ni. Hari ini maduku mengambil cuti.Usai menjamah sarapan maduku itu pun masuk kembali ke dalam bilik. Tengahari selesai siap memasak dan hidang di atas meja. Aku pun pergi ke bilik maduku untuk mengajak ia makan. Aku mengetuk pintu biliknya. Tak lama kemudian maduku pun membuka pintu biliknya. Aku melihat matanya merah seperti baru lepas menangis.

Selepas makan tengahari kak Janatil masuk kembali ke dalam bilik. Hari ini aku lihat kak Janatil lebih suka mengurung dirinya di dalam bilik. Ada perasaan simpati padanya. Mungkin hati kak Janatil benar-benar terluka. Walau pun aku juga terkejut dan hatiku juga merasa sakit. Tapi rasanya tidaklah sesakit seperti aku akan kehilangan anak yang bakalku lahirkan tak lama lagi. Setiap hari hatiku berdebar-debar menunggu tarikh anakku lahir.

Lahir saja anakku di dunia ini. Aku terpaksa menunaikan janjiku pada kak Janatil maduku. Aku takut kehilangan anakku ini. Tapi aku telah pun berjanji dengan kak Janatil. Walau pun ada tercalit perasaan sayang pada suamiku dan bakal anakku.

Aku tertanya-tanya juga adakah suamiku mencintaiku. Muhaimin melayanku dengan baik sekali. Jika aku meminta cerai suatu hari nanti. Adakah tindakan aku tu berdosa. Macam mana pula nasibku nanti selepas bercerai. Dan terpaksa pula berpisah dengan anakku nanti.

Adakah aku sudah tersalah langkah dengan melakukan perjanjian ini. Aku terlalu memikirkan ingin bebas dari ayah tiriku. Sehingga aku tidak pernah terfikir apa akibatnya nanti. Apa lagi ini pengalaman pertamaku mengandung. Rasa teruja bila anak di dalam kandungan sudah mula bergerak-gerak.

Setiap kali selepas sembahyang aku memohon pada Allah. Semoga aku di berikan kekuatan menempuhi semuanya ini. Sekurang-kurangnya aku hidup bersama Muhaimin dan Janatil. Aku tidak lagi hidup dalam ketakutan seperti ketikaku tinggal bersama ayah tiriku.

--------------

Pagi ini aku lihat Janatil keluar dari bilik seperti biasa untuk berangkat pergi kerja. Walau pun matanya masih kelihatan agak bengkak sedikit. Janatil menjamah sedikit sarapan sebelum berjalan menuju keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Selepas Janatil telah pun bertolak ke tempat kerja. Aku pun mengemas apa yang patut di dapur. Dan juga melakukan tugasku seperti biasa.

Dalam jam 5.30 petang Janatil pun sampai pulang dari kerja. Seperti biasa aku menyambutnya dengan membuka pintu.

"Akak nak makan petang tak? Ifa ada buat puding jagung" kataku.

"Akak tak ada seleralah Ifa. Akak nak masuk bilik untuk rehat."kata kak Janatil.

" tak palah,akak pergilah rehat " kataku sambil mataku memerhatikan kak Janatil berjalan menuju biliknya.

Usai sembahyang magrib aku keluar dari bilik. Aku ke dapur untuk menghidangkan makan malam yang sudah siap aku masak petang tadi. Aku lihat kak Janatil lepas pulang dari kerja tidak keluar langsung dari biliknya. Jadi aku pun melangkah kaki menuju ke arah bilik kak Janatil. Aku mengetuk pintu bilik kak Janatil. tok,tok tok bunyi ketukkan dari tanganku yang mengetuk pintu bilik milik kak Janatil. Tak lama kemudian kak Janatil pun membuka pintu biliknya.

"Akak, jom makan. Ifa dah siap hidang nasi dan lauk tu" kataku sambil tanganku mula menarik tangan kak Janatil.

"Ya lah" kata kak Janatil sambil ia pun berjalan beiringan denganku menuju ke tempat makan.

Malam ini kak Janatil makan tidak banyak. Mungkin ia sekadar ingin menemaniku saja. Aku tak sangka kak Janatil benar-benar mendapat tamparan besar bila mengetahui abang Muhaimin ada perempuan lain.

"Ifa nanti lepas makan kita duduk dekat ruangtamu ya" kata kak Janatil padaku semasa ia sudah selesai menjamah makanannya.

"Ya lah" kataku. Aku melihat kak Janatil berjalan menuju ke ruangtamu selepas mencuci pingan yang ia guna.

Aku pun usai habis makan dan mengemas apa yang patut. Aku pun berjalan menuju ke ruangtamu yang sudah ada kak Janatil menungguku. Aku pun melabuhkan pungung di sofa sebelah kak Janatil.

"Ifa mesti tolong akak pujuk abang Aimin" kata kak Janatil bila aku sudah pun duduk di sofa.

"Ya lah,Ifa pasti akan bantu akak. Tapi akak jangan lupa makan ubat tau. Lagi satu tak baiklah akak duk berkurung dalam bilik" kataku sambil mataku memadang wajah kak Janatil yang kelihat agak kusut.

"Jangan risau akak tak akan lupa makan ubat. Akak berkurung dalam bilik hanya untuk menenangkan fikiran akak yang kusut" kata kak Janatil.

"Akak nak suruh Ifa pujuk abang Aimin macam mana?" tanyaku agak tak berapa faham maksud kak Janatil.

"Nanti bila abang Aimin pulang, kita minta dia putuskan hubungannya dengan Fazlina." kata kak Janatil.

"Akak ada telefon abang Aimin tak. Akak ada tanya tak tentang hal tu dekat abang Aimin?"tanyaku pada kak Janatil.

Kak Janatil dengan nada yang agak lemah pun menjawab pertanyaanku itu" Akak dah telefon. Dan akak pun dah tanya sendiri pada abang Aimin. Tapi abang Aimin hanya cakap nanti bila dah balik dari Penang baru dia mahu bincangkan perkara tu"

"Akak sabar je lah dulu ya." kataku cuba untuk menenangkan kak Janatil. Malam ini agak lama juga aku dan kak Janatil bersembang di ruangtamu.Dalam jam 9.30 malam kami pun masuk ke bilik masing-masing.
---------------

Hari ini sudah cukup 2 minggu abang Muhaimin berada di Penang. Petang atau malam abang Muhaimin akan sampai ke rumah hari ini. Aku lihat kak Janatil nampak tak sabar menunggu kepulangan abang Muhaimin. Dari tadi kak Janatil asik melihat ke arah pintu. Sayang sungguh kak Janatil pada abang Muhaimin. Sudah lah dalam berapa hari ini kak Janatil asik murung memikirkan hal abang Muhaimin dengan Fazlina sepupuku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience