Bab 2

Drama Completed 137706

SAMPAI di depan rumah Fazuha, Afifah pun memberi salam. "Assalamualaikum."

"Walaikumusalam, masuk la ifa. Zuha ada dekat dalam" ucap Zaiton sambil tangannya membuka pintu pagar. Selepas pintu pagar di buka Afifah pun masuk ke dalam rumah sahabatnya itu. Zaiton sudah terbiasa dengan ke datangan Afifah pada pagi-pagi begini.

Dulu semasa Afifah masih bersekolah ia akan pergi ke sekolah bersama-sama dengan Fazuha menaikki basikal. Sekolah mereka tidak berapa jauh dari taman perumahan mereka.

Semasa masih sekolah Afifah jarang berada di rumah. Tapi sekarang ia kerap berada di rumah kerana menunggu keputusan ujian SPM. Afifah bertekad selepas mendapat sijil SPM nya nanti ia akan mencari kerja. Dan ia akan keluar dari rumah ibunya. Afifah sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan ayah tirinya.

Hanya sahabat rapatnya Fazuha sahaja yang tahu masalahnya. Fazuha mempunyai seorang kakak yang belajar di luar negara. Ayah Fazuha pula sudah 4 tahun meninggal dunia akibat kanser usus.

"Wei Zuha kau tengah buat apa tu?" tanya Afifah. Afifah melihat Fazuha terlalu ralit dengan laptopnya.

"Aku tengah cari-cari tempat untuk aku sambung belajar nanti." kata Fazuha sambil matanya memerhatikan skrin loptop yang berada di depannya.

"Kau pun nak sambung berlajar dekat luar negara macam kakak kau juga ke?" tanya Afifah.

"Tak lah... Aku cari dekat dalam kawasan negeri kita ni je. Bila hari minggu atau cuti boleh la aku balik jumpa mak aku. Kesian mak aku tinggal seorang diri" kata Fazuha.

---------
SEMENTARA di tempat kerja Rasidah asyik termenung mengingatkan apa yang terjadi malam tadi antara suaminya dan anaknya Afifah. Walau pun hatinya sakit dengan tingkah laku suaminya tapi ia tak mampu untuk lakukan apa-apa. Kerana ia memikirkan nasib 2 orang anaknya yang masih kecil. Lagi pun suaminya sudah banyak membantunya ketika ia bercerai dengan bekas suaminya dulu.
Bekas suaminya dulu seorang penagih dadah. Sudah la bekas suaminya dulu suka berhutang untuk mendapatkan dadah. Sebab itulah Rasidah bercerai dengan bekas suaminya ayah pada Afifah dan ikbal.

"Hei kau ni kenapa Sidah. Aku tengok asyik termenung saja ni"tegur rakan sekerja Rasidah bernama Rozita.

"Tak dak apa la" kata Rasidah.

"Kalau macam tu tak pa. Tapi jangan duk asyik termenung sampai tak buat kerja sudah" kata Rozita.

"Ya la ni, aku buat kerja la" kata Rasidah sambil tangannya mula membelek-belek kertas di atas mejanya.

----------
AFIFAH, Fazuha dan Makcik Zaiton sedang bersiap-siap untuk pergi ke kedai makan. Jam sudah menujukkan pukul 2.30 petang. Sudah masanya mereka bertiga berangkat untuk membuka kedai makan milik Zaiton ibu Fazuha. Selepas meletakkan barang-barang yang perlu di bawa ke dalam van. Mereka bertiga pun masuk ke dalam van. Lalu Makcik Zaiton pun menghidupkan enjin vannya dan memandu menuju ke arah kedai makannya.

Sampai di depan kedai sudah ada 2 orang pekerja Makcik Zaiton yang sedang sibuk mengemas kedai. Dua pekerja makcik Zaiton tersebut sudah lama bekerja dengan Makcik Zaiton. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Umur mereka pun sudah 30 an. Dan kedua-duanya pun sudah berkahwin.

PAGI ni selepas mengantar adikku Akil ke sekolah tadikanya. Aku pun terus menuju ke rumah Fazuha seperti selalu. Makcik Zaiton seperti biasa sudah ada di depan pagar menyiram pokok-pokok bunga yang ia tanam. Aku pun memberikan salam dan makcik Zaiton pun menjawab salamku.

"Masuk la ifa, pintu pagar tu tak berkunci buka je la," kata makcik Zaiton.

Lalu aku pun membuka pintu pagar tersebut dan masuk ke dalam rumah mencari Fazuha. Seperti biasa aku dan Fazuha akan berada di dalam bilik Fazuha untuk melepak sambil bersembang apa yang patut. Dalam pukul 10 pagi aku dan Fazuha terdengar ada tetamu lain berada di ruang tamu sedang bersembang dengan Makcik Zaiton. Kemudian terdengar makcik Zaiton memangil nama Fazuha.

"Zuha mai sini salam dengan maklong dan sepupu kau ni." kata Makcik Zaiton. Lalu Fazuha pun keluar dari dalam bilik dan aku pun mengekori Fazuha dari belakang menuju ke ruang tamu.

Fazuha pun bersalam dengan tetamu yang berada di ruang tamu. Aku pun turut bersalam dengan dua orang tetamu makcik Zaiton tersebut.

"Yang ni anak sapa" tanya salah seorang tetamu makcik Zaiton.

"Ni kawan rapat Fazuha. Dia pun kerja dekat kedai makan Ton." kata makcik Zaiton pada pada tetamu tersebut.

Fazuha kata yang tanya tentang diri aku tu maklong dan seorang lagi perempuan muda tu sepupu Fazuha anak maklong. Selepas bersalam kami berdua kembali masuk ke dalam bilik.

"Kau tahu tak, kakak sepupu aku tu kahwin dengan orang kaya. Suami dia seorang ahli perniagaan." kata Fazuha.

"Apa nama kakak sepupu kau tu. Kenapa dia tak bawa anak sekali" tanyaku.

"Nama sepupu aku tu Janatil. Dulu dia ada seorang anak perempuan. Tapi tahun lepas anak dia tu meninggal dunia sebab kemalangan. Umur anak dia masa meninggal baru 6 tahun." kata Fazuha.

"Anak dia kemalangan dengan apa" tanyaku ingin tahu.

"Tak silap aku anak dia jalan sendiri ke jalan raya depan rumah sebab sepupu aku terlupa nak kunci pagar. Lepas tu ada kereta terlangar anak sepupu aku tu." kata Fazuha.

Dalam pukul 12 tengahari Maklong dan sepupu Fazuha pun berangkat pulang. Selepas Maklong dan sepupu Fazuha pulang. Fazuha pergi ke arah makcik Zaiton. Aku pun mengikut saja Fazuha.

"Maklong dan kak Janatil datang jumpa mak sebab apa?" tanya Fazuha.

"Kak Janatil kau tu nak suruh mak carikan calon bakal isteri kedua suami dia" kata makcik Zaiton.

"Biar betul kak Janatil tu. Bukan selalunya perempuan tak suka di madu" kata Fazuha.

"Betul lah, tapi ada syaratnya selepas madu dia dapat lahirkan anak untuk suami dia, madu dia kena bagi anak tu pada dia. Dan kak Janatil kau tu sanggup bagi duit dua puluh ribu ringgit dekat perempuan tu"kata Makcik Zaiton.

"Wow banyak juga duit tu" kata Afifah.

"Tapi kenapa kak Janatil tak lahirkan sendiri anak untuk suami dia" kataku.

"Betul juga tu" kata Fazuha.

"Kak Janatil kau tu tak boleh nak mengandung dah, sebab masa dia melahirkan anak dia dulu ada masalah." kata makcik Zaiton.

Bila jam sudah hampir pukul 2 petang kami bertiga pun meletakkan barang-barang yang perlu di bawa ke kedai di dalam van. Selepas itu kami pun berangkat pergi ke kedai makan makcik Zaiton.

Malamnya seperti biasa aku pulang ke rumah selepas habis kerja. Seperti selalunya Ikbal yang akan membuka pintu untukku. Dan ikbal akan menunggu sehingga aku sudah mandi dan masuk ke dalam bilik untuk tidur. Barulah Ikbal akan masuk ke dalam biliknya.

Paginya selepas Ikbal dan ibuku sudah bertolak seperti selalu. Aku pun mula menyiapkan adikku Akil untuk ke sekolah tadika. Sedang aku menyiapkan Akil dengan memakaikan baju padanya.Tiba-tiba ayah tiri ku datang pada ku dan Akil. Aku terkejut tak sangka pagi ni ayah tiriku terbangun awal.

Ayah tiriku menghampiri ku semakin dekat. Aku cuba untuk keluar dari dalam bilik Akil dan Ikbal tapi aku di halang oleh badan ayah tiriku.Akil awal-awal sudah keluar dari bilik tersebut bila melihat ayahnya.

"Ayah nak buat apa ni. Tolong jangan kacau ifa" kataku dalam keadaan ketakutan.

Tapi ayah tiriku tak menjawab apa-apa. Aku melihat ayah tiriku sudah seperti dirasuk syaitan. Dia mula mendidih badanku. Aku dengan sekuat tenaga menedang celah kankangnya dengan kaki ku. Ayah tiri ku mengerang kesakitan. Lalu aku pun secepat kilat terus bangun dan keluar dari dalam bilik tersebut.

Aku terus berlari ke arah luar rumah tanpa mempedulikan adikku Akil. Pandai la ayah tiri ku hantar anak dia tu pergi sekolah tadika. Aku terus berlari menuju ke arah rumah Fazuha. Makcik Zaiton terkejut melihat keadaan ku yang sedang menagis di depan rumahnya.

"Kenapa ifa menangis ni" tanya makcik Zaiton sambil tangannya memimpin tanganku masuk ke dalam rumah.

"Ifa dah tak sanggup nak hadap semua ni." kataku. Tak lama kemudia Fazuha pun keluar dari dalam bilik dan menuju ke arah ku dan makcik Zaiton.

"Ni mesti ayah tiri kau cuba buat benda tak senonoh pada kau lagi kan" kata Fazuha sambil ia duduk di sofa di sisiku. Aku hanya menganguk kepala bila Fazuha mengatakan hal tersebut.

"Ifa sabar ya, anggap semua ni dugaan untuk ifa. Malam ni ifa tidur dekat rumah makcik je la"kata Makcik Zaiton.

"Makcik, ifa rasa ifa sanggup jadi isteri kedua untuk sepupu Fazuha tu." kataku.

"Ifa tahu tak apa yang ifa cakapkan ni" kata makcik Zaiton.

" kau ni biar betul Ifa," kata Fazuha.

"Ya ifa sanggup bermadu dan lahirkan anak untuk sepupu Fazuha. Asalkan ifa boleh lari jauh-jauh dari ayah tiri ifa." kata ku sambil air mataku tak berhenti mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience