Bab 15

Drama Completed 116631

Jam sudah hampir pukul 5.30 petang Muhaimin merancang ingin membawa Afifah pergi makan di luar malam ini. Kerana 2 hari lagi giliran Muhaimin bersama Janatil pula. Kerana Muhaimin dan Afifah baru berkahwin jadi seminggu Muhaimin akan bersama Afifah. Selepas seminggu barulah Muhaimin akan ikut giliran untuk tinggal di rumah 2 isterinya. Dua hari lagi giliran Muhaimin untuk tinggal bersama Janatil pula.

Hari ini Muhaimin masih bercuti lagi. Lusa baru Muhaimin akan mula bekerja kembali di syarikat ayahnya. Sedang asyik Muhaimin menonton tv,sementara Afifah pula sedang mengemas barang-barang di dapur. Untuk melihat barang apa yang perlu di beli malam ni. Kedengaran bunyi loceng rumah berbunyi tingtong, tingtong,tingtong. Menandakan ada tetamu sedang menunggu di luar.

Muhaimin bingkas bangun dari duduknya dan membuka pintu untuk melihat siapa yang berada di depan pagar rumahnya. Afifah juga berjalan ke arah Muhaimin untuk melihat tetamu yang datang. Muhaimin dan Afifah agak terkejut melihat wanita yang berada di depan pintu pagar rumah mereka.

Wanita tersebut ialah Janatil isteri pertama Muhaimin dan madu Afifah. Muhaimin dan Afifah pun berjalan menuju ke arah pintu pagar untuk membuka pintu dan menyambut Janatil.Walau pun Muhaimin hairan kerana Janatil tiba-tib datang ke rumah Afifah dan ia diami.

"Assalamualaikum" kata Janatil bila melihat Muhaimin dan Afifah keluar menuju ke arahnya yang berada di depan pagar.

"Walaikumusalam" jawab Afifah sambil tangannya membuka pintu pagar. Manakala Muhaimin memadang pada Janatil agak hairan dengan ke datangan Janatil yang secara tiba-tiba.

"Maaf kerana mengangu abang dan Ifa" kata Janatil bila melihat padangan mata Muhaimin padanya.

"Heh tak gangu pun. Masuk la kak" kata Afifah sambil mempersilakan Janatil masuk ke dalam rumah.

Manakala Muhaimin hanya diam saja melihat ke dua isterinya. Di fikiran Muhaimin agak hairan kenapa Janatil tiba-tiba muncul di depan rumah yang ia diami bersama Afifah. Sedangkan sebelum bernikah dengan Afifah, Janatil sudah setuju akan membiarkan Muhaimin bersama dengan Afifah selama seminggu.

"Jan datang ni sebab kunci rumah hilang tadi masa nak balik kerja" kata Janatil cuba untuk mencari alasan supaya Muhaimin tidak memikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya. Kunci rumah pun Janatil sudah sorok di dalam kereta sebelum ia keluar dari kereta tadi.

"Oo patut lah pun kak Jan datang sini. Alang-alang boleh kita makan malam sama-sama. Boleh la Ifa masak lebih sikit." kata Afifah.

"Nanti kak Jan bantu Ifa ya" kata Janatil.

"Jan boleh masuk bilik hujung tu nak tukar baju atau nak bersihkan diri. Bilik yang lagi satu tu dah jadi bilik ifa" kata Muhaimin yang dari tadi diam tiba-tiba bersuara.

"Baiklah bang" kata Janatil. Bilik hujung tu sebenarnya bilik untuk tetamu. Bilik Afifah tu pula pernah menjadi bilik Janatil bersama Muhaimin dulu.

"Kak nak baju ganti nanti Ifa ambil kan" kata Afifah sambil berjalan masuk ke dalam biliknya,untuk mengambil baju dan memberikan pada Janatil.

Sementara menunggu Afifah mengambil baju untuk di berikan pada Janatil. Janatil duduk di sofa di sebelah Muhaimin di ruang tamu.

"Abang sihat?" tanya Janatil ingin memulakan perbualan dengan Muhaimin.

"Abang sihat je" kata Muhaimin sambil matanya memadang pada tv. Muhaimin merasa agak kekok bila kedua isterinya berada di rumah yang sama.

"Maaf sebab dah gangu abang dan Ifa. Kalau ayang tak hilangkan kunci rumah tu,ayang tak akan datang bertemu abang dan Ifa"kata Janatil.

"Tak pa, abang tak kisah pun lagi pun Ifa ni pun pilihan sayang juga" kata Muhaimin.

Tak lama kemudian Afifah keluar dari bilik membawa sepasang baju dan tuala untuk di berikan pada Janatil. "Kak rasanya baju ni muat kut untuk kak pakai. Ni tuala untuk kak mandi nanti" kata Afifah sambil tangannya memberikan tuala dan baju kepada Janatil.

"Kalau macam tu akak nak mandi dulu la" kata Janatil sambil berjalan menuju ke bilik air.

"Abang nak makan apa malam ni. Nanti boleh Ifa masakkan." kata Afifah.

"Ifa masak je apa yang ada dalam peti ais tu. Abang tak kisah" kata Muhaimin.

"macam mana kalau Ifa masak tomyam je la malam ni. Ayam dan sayur pun masih ada lagi dalam peti ais tu.perencah tomyom pun ada" kata Afifah sambil berjalan menuju ke arah dapur.

Selesai mandi dan menukar pakaian Janatil pun pergi ke arah dapur untuk membantu Afifah apa yang patut. Sementara Muhaimin memerhatikan saja ke dua isterinya di dapur dari ruang tamu. Hatinya sangat bersyukur melihat kedua isterinya saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Muhaimin merasakan berbaloi ia mengikuti kehendak Janatil supaya ia sendiri yang mencari calon madunya.

Muhaimin tidak tahu apa yang akan terjadi jika ia berkahwin dengan sepupunya,calon yang ibunya inginkan. Sedangkan Muhaimin tahu Atirah dan Janatil kalau bertemu mesti akan membuat muka tidak suka. Muhaimin sendiri tidak tahu kenapa Atirah begitu tidak suka pada Janatil. Sekarang ni dengan Afifah pun Atirah tidak berapa suka juga.

Kekadang Muhaimin tertanya-tanya kenapa Atirah tidak berkahwin sampai sekarang. Sedangkan sebelum ini Atirah mempunyai ramai juga kawan lelaki. Lagi pun Atirah memilikki wajah yang menawan. Atirah juga selalu mendapat tawaran menjadi model sambilan. Walau pun Atirah mempunyai kerja tetap.

Muhaimin juga tahu ibunnya kecil hati dengannya kerana ia menolak calon pilihan ibunya. Ibunya mengagap Muhaimin melebihkan Janatil dari dirinya yang bergelar ibu. Masa Janatil baru menjadi menantunya, ibunya sangat baik pada Janatil. Ibu Muhaimin sangat berbanga dapat menantu seperti Janatil. Kerana Janatil seorang berpelajaran dan mempunyai kerjaya.

Tetapi bila cucu perempuan kesayangannya meninggal akibat kelalaian Janatil,ibunya mula berubah pada Janatil. Ibu Muhaimin kecewa dengan Janatil kerana terlupa mengunci pintu pagar. Dan tidak sedar Maisarah cucunya keluar dari dalam rumah dan berjalan menuju ke jalan raya. Kerana di sebabkan itu cucu perempuan satu-satu yang ia ada meninggal.

Lebih kurang dalam pukul 7.00 petang barulah Afifah dan Janatil siap memasak. Selepas siap masak Afifah menuju ke bilik ia melihat sudah ada Muhaimin di dalam bilik. Sementara Janatil pula masuk ke dalam bilik tamu.

"Abang nanti kita sembahyang magrib sama-sama dengan kak Janatil sekali. Abang jadi imam untuk kami berdua. Tapi sebelum tu Ifa nak mandi dulu" kata Afifah sambil tangannya mengambil tuala untuk mandi.

"Baiklah." kata Muhaimin.

"Kalau macam tu nanti Ifa bagi tahu pada kak Janatil" kata Afifah sambil berjalan menuju ke bilik air.

Selesai mandi dan memakai pakaian Afifah pun pergi ke arah bilik Janatil dan mengetuk pintu bilik.tok,tok,tok bunyi ketukkan pintu.

"Masuklah pintu tak berkunci" kata Janatil. Lalu Afifah membuka pintu bilik tersebut.

"Kak jom kita sembahyang magrib berjemaah sama-sama. Abang Muhaimin jadi Imam...dah nak azan dah ni" kata Afifah sambil menarik tangan Janatil.

Selepas sembahyang magrib Afifah dan Janatil pun pergi ke dapur untuk menghidang makanan yang sudah siap masak ke atas meja. Siap menghidang makanan di atas meja barulah Afifah memanggil Muhaimin untuk makan. Malam ini mereka bertiga makan bersama. Selesai makan Afifah mengemas bekas makan tadi di bantu juga oleh Janatil.

Bila masuk waktu isyak mereka bertiga pun sembahyang jemaah bersama. Selesai sembahyang Afifah dan Janatil pun masuk ke dalam bilik masing-masing. Muhaimin pula masih berada di ruang tamu duduk di sofa sambil menonton tv. Mata dan fikirannya bukan fokus pada tv. Sebaliknya Muhaimin runsing memikirkan bilik mana yang patut ia masuk. Akhirnya Muhaimin mengambil keputusan tidak masuk bilik mana-mana pun. Muhaimin mengambil keputusan untuk tidur di sofa yang berada di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience