Bab 3

Drama Completed 116648

Sampai di depan rumah Fazuha, Afifah pun memberi salam."Assalamualaikum "

"Walaikumusalam, masuk la ifa. Zuha ada dekat dalam" ucap Zaiton sambil tangannya membuka pintu pagar. Selepas pintu pagar di buka Afifah pun masuk ke dalam rumah sahabatnya itu. Zaiton sudah terbiasa dengan ke datangan Afifah pada pagi-pagi begini.

Dulu semasa Afifah masih bersekolah ia akan pergi ke sekolah bersama-sama dengan Fazuha menaikki basikal. Sekolah mereka tidak berapa jauh dari taman perumahan mereka.

Semasa masih sekolah Afifah jarang berada di rumah. Tapi sekarang ia kerap berada di rumah kerana menunggu keputusan ujian SPM. Afifah bertekad selepas mendapat sijil SPM nya nanti ia akan mencari kerja. Dan ia akan keluar dari rumah ibunya. Afifah sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan ayah tirinya.

Hanya sahabat rapatnya Fazuha sahaja yang tahu masalahnya. Fazuha mempunyai seorang kakak yang belajar di luar negara. Ayah Fazuha pula sudah 4 tahun meninggal dunia akibat kanser usus.

"Wei Zuha kau tengah buat apa tu?." tanya Afifah. Afifah melihat Fazuha terlalu ralit dengan laptopnya.

"Aku tengah cari-cari tempat untuk aku sambung belajar nanti." kata Fazuha sambil matanya memerhatikan skrin loptop yang berada di depannya.

"Kau pun nak sambung berlajar dekat luar negara macam kakak kau juga ke?" tanya Afifah.

"Tak lah... Aku cari dekat dalam kawasan negeri kita ni je. Bila hari minggu atau cuti boleh la aku balik jumpa mak aku. Kesian mak aku tinggal seorang diri" kata Fazuha.

---------
Sementara di tempat kerja Rasidah asyik termenung mengingatkan apa yang terjadi malam tadi antara suaminya dan anaknya Afifah. Walau pun hatinya sakit dengan tingkah laku suaminya tapi ia tak mampu untuk lakukan apa-apa. Kerana ia memikirkan nasib 2 orang anaknya yang masih kecil. Lagi pun suaminya sudah banyak membantunya ketika ia bercerai dengan bekas suaminya dulu.
Bekas suaminya dulu seorang penagih dadah.Sudah la bekas suaminya dulu suka berhutang untuk mendapatkan dadah. Sebab itulah Rasidah bercerai dengan bekas suaminya ayah pada Afifah dan ikbal.

"Hei kau ni kenapa Sidah. Aku tengok asyik termenung saja ni"tegur rakan sekerja Rasidah bernama Rozita.

"Tak dak apa la" kata Rasidah.

"Kalau macam tu tak pa. Tapi jangan duk asyik termenung sampai tak buat kerja sudah" kata Rozita.

"Ya la ni, aku buat kerja la" kata Rasidah sambil tangannya mula membelek-belek kertas di atas mejanya.

----------
Afifah,Fazuha dan Makcik Zaiton sedang bersiap-siap untuk pergi ke kedai makan. Jam sudah menujukkan pukul 2.30 petang. Sudah masanya mereka bertiga berangkat untuk membuka kedai makan milik Zaiton ibu Fazuha. Selepas meletakkan barang-barang yang perlu di bawa ke dalam van. Mereka bertiga pun masuk ke dalam van. Lalu Makcik Zaiton pun menghidupkan enjin vannya dan memandu menuju ke arah kedai makannya.

Sampai di depan kedai sudah ada 2 orang pekerja Makcik Zaiton yang sedang sibuk mengemas kedai. Dua pekerja makcik Zaiton tersebut sudah lama bekerja dengan Makcik Zaiton. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Umur mereka pun sudah 30 an. Dan kedua-duanya pun sudah berkahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience