Bab 51

Drama Completed 116648

Malamnya Muhaimin tidur bersama Afifah dan anak lelaki mereka. Sudah hampir 2 tahun Muhaimin dan Afifah tidak pernah tidur bersama. Malam ini mereka melepaskan rindu yang mereka pendam selama hampir 2 tahun. Muhaimin juga telah memberitahu perkara sebenarnya tentang pembohongan yang di lakukan oleh Janatil. Afifah tidak sangka Janatil sanggup berbohong padanya. Tapi ada juga terselit perasaan simpati pada Janatil, kerana pada asalnya ia berbohong. Tapi kebohongan Janatil itu akhirnya menjadi kenyataan.

Tentu sekarang Janatil menyesal tak sudah dengan apa yang terjadi pada dirinya. Paginya usai menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi. Muhaimin,Afifah dan anak lelaki mereka pun bertolak menuju ke selangor.

Sepanjang perjalanan mereka hanya berhenti sekali di RNR. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan tanpa berhenti lagi. Dalam pukul 2.00 petang mereka pun sampai di rumah banglo yang pernah Afifah tinggal bersama Muhaimin dan Janatil.

Bila pintu pagar terbuka Muhaimin pun memandu keretanya masuk ke pekarangan rumah. Afifah melihat rumah banglo ini terasa sunyi. Masuk ke dalam rumah Afifah tercari-cari anak kembarnya.

"Mana Izzara dan Izni?"tanya Afifah pada Muhaimin yang berjalan beiringan dengannya.

"Ingatkan tak rindu anak sebab tu tak mahu balik. Rupanya rindu juga ya." kata Muhaimin sambil tersenyum.

"Saya rindu la dengan anak-anak saya." kata Afifah agak emosi bila Muhaimin berkata begitu padanya.

"Jangan risau Izzara dan Izni tak ada dekat rumah ni. Mereka berdua ada di rumah Mak dan ayah abang" kata Muhaimin.

"Mana kak Jan tak nampak pun dari tadi?" kata Afifah tercari-cari kelibat madunya itu.

Tak lama kemudian datang orang gaji keluar dari dapur. "Encik Aimin dah balik. Maaf saya masuk tandas tadi. Puan Janatil tak ada di rumah. Pagi tadi dia sesak nafas dan telah di bawa ke hospital." kata orang gaji yang bernama Medah.

Afifah dan Muhaimin agak terkejut mendengar tentang Janatil telah masuk hospital.

"Abang Ifa nak mandi dulu. Lepas tu barulah kita pergi jumpa kak Jan" kata Afifah lalu ia pun melangkahkan kakinya.

"Ifa pergilah mandi dulu. Izat tu biar tinggal dengan abang" kata Muhaimin sambil tangannya mengambil Izat yang asik berkepit dengan Afifah.

Afifah pun berjalan menuju ke biliknya. Masuk saja ke dalam bilik yang pernah ia diami sebelum ini. Afifah melihat tidak ada perubahan dalam bilik tersebut. Masih kekal seperti dahulu. Keadaan bilik pun agak kemas.

Selesai mandi dan mengenakan pakaian Afifah pun keluar dari dalam biliknya. Afifah berjalan menuju ke arah Izat dan suaminya.

"Ifa dah siap mandi... Abang pergilah mandi pula" kata Afifah sambil tangannya menepuk perlahan anaknya yang sudah mula ingin terlelap.

Melihat Afifah sudah ada menemani Izat. Muhaimin pun pergi menuju ke biliknya untuk mengambil tuala dan membersihkan diri. Petang dalam pukul 4.00 Muhaimin dan Afifah ingin bertolak pergi ke hospital. Izat mereka tinggal bersama orang gaji. Muhaimin berjanji akan pulang sebelum pukul 7.00. Kerana Midah orang gajinya akan pulang ke rumah dalam pukul 7.00 petang .Muhaimin dan Afifah sampai di hospital setengah jam kemudian. Mereka berdua pun keluar dari dalam kereta menuju ke wad tempat Janatil berada. Masuk ke dalam wad dari jauh kelihatan ibu dan ayah Janatil berada di sisi katil Janatil. Muhaimin dan Afifah pun berjalan menuju ke arah katil Janatil.

Sampai di katil tempat Janatil terbaring. Muhaimin menyalami kedua orang tua Janatil. Manakala Afifah menyalami ibu Janatil dan Janatil yang terbaring di atas katil pesakit.

"Ifa tolong maafkan... dosa-dosa yang... telah akak lakukan pada ifa. Akak dah banyak ...buat salah pada Ifa." kata Janatil agak tersekat-sekat sambil air matanya mula jatuh ke pipi.

"Ifa maafkan akak... Akak jangan risau" kata Afifah sambil tangannya tak lepas memegang tangan madunya itu.

Hampir 3 hari Janatil berada di hospital. Hari ketiga Janatil telah menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah Janatil telah di bawa pulang ke rumah banglo Muhaimin. Dengan izin Allah segala urusan pengebumian Janatil selesai dengan mudah.

Afifah merasa kehilangan bila Janatil sudah tiada. Walau pun Janatil telah berbohong padanya. Tetapi kerana Janatil lah dia merasa kasih sayang. Kerana Janatil juga ia tidak perlu risau tentang ayah tirinya. Kerana perjanjian ia dan Janatil lah Afifah dapat berkahwin dengan Muhaimin. Dan dari situlah ia bertemu kembali dengan sepupunya Fazlina dan ibu saudaranya.

"Maafkan abang sebab semua yang terjadi antara kita bertiga sebenarnya salah abang. Abang tak mampu menjadi ketua keluarga yang sempurna. Terlalu banyak kelemahan yang wujud." kata Muhaimin selesai imam membaca talkin.

"Abang jom kita balik izzara, izni dan Izat sedang tunggu kita dekat rumah" kata Afifah sambil tangannya mengegam tangan suaminya itu. Muhaimin dan Afifah pun berjalan keluar dari kawasan perkuburan.

Di rumah banglo mereka sudah ada ahli keluarga Janatil,kedua orang tua Muhaimin,makcik Zaiton, Fazuha, ibu dan ayah tiri Afifah pun ada. Malam ini di rumah banglo yang selalu sunyi di penuhi dengan sanak saudara. Kerana malam ini telah di adakan majlis kenduri tahlil untuk Janatil.

Kelihatan si kembar Izzara dan Izni sangat gembira mengetahui mereka mempunyai seorang adik lelaki. Selepas ini Afifah akan melanjutkan diplomanya yang berbaki setahun setengah lagi.Anak-anaknya akan tinggal bersama mentuanya. Atas permintaan mentuanya sendiri. Sebulan sekali Afifah akan pulang mejenguk anak-anaknya. Dan kadang-kadang Muhaimin akan membawa anak-anaknya pergi berjumpa Afifah di Penang.

---------------++-------
Afifah sudah pun menamatkan diplomanya.Sekarang ia sudah kembali bersatu bersama suami dan anak-anaknya. Afifah,Muhaimin dan anak-anak mereka masih tinggal di rumah banglo yang pernah di diami bersama Janatil.

Kerana rumah banglo ini terlalu banyak kenangan antara mereka bertiga. Sampai bila-bila pun Muhaimim dan Afifah tidak akan melupakan Janatil. Kerana sebuah perjanjian antara Afifah dan Janatil. Muhaimin dan Afifah di satukan. Jika Afifah tidak berkahwin dengan Muhaimin bagai mana agaknya nasibnya.

-------Tamat-------

Untuk yang rajin komen dan bagi ncoin terima kasih banyak-banyak. Awak semua menceriakan hari-hari saya.

Satu je pesanan, janganlah kita menghakimi sesorang jika kita tidak tahu perjalanan hidup mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience