Bab 30

Drama Completed 116631

Hari ini tidak sengaja aku ternampak ada satu papan ubat di bilik kak Janatil. Aku telah cuba mencari tahu tentang ubat tersebut di google. Aku mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Rupanya ubat tersebut adalah ubat psikiatri yang hanya doktor psikiatri yang boleh memberikan ubat tersebut.

Kalau benar ubat tersebut dari doktor bermakna kak Janatil ada masalah psikiatri. Aku mula susah hati dan risau bila memikirkan kak Janatil ada masalah jiwa. Mampukah kak Janatil menjaga anakku dengan baik. Lagi pun kak Janatil belum pernah lagi ingin membincangkan tentang anak dalam kandunganku ini. Kerana kak Janatil agak sibuk dengan urusan kerja. Semalam pun dia terpaksa ambil cuti untuk mengambilku dari hospital. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nasib anak-anak bila aku melahirkan mereka.

Aku sedar kak Janatil seorang yang baik dan sangat sayang pada abang Muhaimin. Aku boleh lihat cara dia memadang abang Muhaimin. Aku juga dapat melihat mata kak Janatil kekadang seperti kelihatan cemburu bila abang Muhaimin cuba untuk bersembang denganku.

Aku sedar kalau aku tidak membuat perjanjian dengan kak Janatil... Mungkin aku tidak akan berkahwin dengan abang Muhaimin. Mungkin sekarang aku masih bekerja di kedai makcik Zaiton. Dan aku juga terpaksa hidup dalam ketakutan kerana ayah tiriku. Aku sayang anak di dalam kandungan ni. Semakin besar perut ni semakin sayang aku pada si kembar yang ku kandungkan sekarang ni.

Sebenarnya perjanjian ku dengan kak Janatil hanya seorang anak. Tapi sekarang ni aku mengandungkan anak kembar untuk abang Muhaimin. Hati aku sangat runsing bila memikirkan semua ini. Apa lagi sekarang aku mendapat tahu kak Janatil ada masalah psikiatri. Aku semakin risau jika kak Janatil yang membesarkan anakku. Apa lagi anak ini adalah anak yang bukan kak Janatil lahirkan sendiri. Mampukah kak Janatil menyayangi anakku seperti anaknya sendiri.

Aku kena bawa bincang perkara ni dengan kak Janatil. Kalau tak hatiku tak tenang. Aku mahu kepastian tentang kehidupan anak-anakku selepas aku melahirkan.

Aku tak pernah merasakan kasih seorang lelaki. Ayahku seorang yang tak pernah ambil peduli tentang aku dan Ikbal. Aku sangka bila ibu berkahwin lain,aku akan dapat merasakan kasih sayang seorang lelaki yang bernama ayah. Tapi lain yang terjadi, aku dan Ikbal seperti kehilangan kasih seorang ibu pula. Bila ibu terlalu asyik melayan perasannya dengan ayah tiriku. Sampai aku dua beradik terpaksa hidup berdikari.

Aku sangat berasa di sayangi dan dihargai bila bersama abang Muhaimin. Tapi layakkah aku mendapatkan semua itu. Abang Muhaimin lelaki pertama yang melayaniku dengan baik. Walau pun aku tidaklah secantik kak Janatil.

Sedang aku asyik melayan perasaan tiba-tiba kedengaran bunyi kereta masuk. Aku pun segera pergi ke arah pintu dan membukanya. Aku dapat rasa bukan abang Muhaimin. Kerana abang Muhaimin tak akan pulang makan tengahari bersamaku lagi. Kerana ini rumah kak Janatil tidak sesuai jika abang Muhaimin terlalu menghabiskan masa bersamaku. Lagi pun rumah kak Janatil ni agak jauh dari tempat kerja abang Muhaimin.

Buka saja pintu aku melihat kereta kak Janatil siap terparking. Dan kak Janatil pun keluar dari dalam kereta lalu menuju ke arahku.

"Akak awal balik hari ni" kataku sambil mataku memadang pada kak Janatil.

"Hari ini akak kerja separuh hari je... Kerja pun dah banyak yang selesai." kata kak Janatil sambil berjalan masuk ke dalam rumah.

"Oo,patut lah. Akak nak makan Ifa dah masak" kataku.

"Akak nak mandi dulu. Ifa kalau lapar makan lah dulu" kata Janatil.

"Ifa tunggu akak siap mandi baru kita makan sama-sama." kataku. Lalu aku pun berjalan ke dapur untuk meletakkan makanan yang sudah siap masak di atas meja.

Selesai mandi kak Janatil pun datang ke meja makan. Aku dan kak Janatil pun makan bersama-sama.

"Kak lepas makan ni boleh tak ...Ifa nak bincang sikit dengan akak." kataku sambil memadang pada kak Janatil.

"Lepas kemas-kemas ni kita duduk dekat depan... Akak pun ada benda juga nak cakap dekat Ifa ni" kata kak Janatil.

Selesai mengemas bekas-bekas makan tadi aku dan kak janatil pun duduk di ruang tamu.

"Ada apa yang Ifa nak bincang dengan akak ni?" tanya kak Janatil.

"Tadi Ifa ada masuk dalam bilik akak ambil baju kotor untuk basuh... Ifa tak sengaja terjumpa ubat psikiatri akak atas meja" kataku dengan nada agak lembut takut juga kak Janatil salah faham.

"Macam mana ifa tahu tu ubat psikiatri?" tanya kak Janatil.

"Tadi ifa pergi google nama ubat tu... Sebab tu ifa tahu" kataku. Aku lihat wajah kak Janatil agak berubah bila aku memberitahu tentang ubat tersebut.

"Kenapa, Ifa nak kata akak gila ya" kata kak Janatil dengan nada yang agak emosi.

"Tak, ifa tak bermaksud macam tu... Ifa tahu pesakit psikiatri tak semestinya gila. Kalau makan ubat dengan teratur setiap hari mereka pun akan sihat juga. Tapi Ifa tengok tarikh ubat akak dah hampir luput. Tapi ubat tu banyak lagi. Akak kerap tak makan ubatkan" kataku.

"Akak rasa sihat untuk apa akak makan... Kalau akak rasa sakit barulah akak makan." kata kak Janatil.

"Kalau ubat akak tak mahu makan ikut aturan... Macam mana akak nak jaga anak Ifa nanti"kataku.

"Ifa tak faham apa yang akak lalui... Akak boleh jaga anak ifa dengan baik... Ifa jangan susah hati" kata kak Janatil.

"Macam mana saya tak susah hati. Ayah kandung saya sendiri pun ada masalah psikiatri tapi ubat dia tak sama macam akak punya. Cuma punca ayah Ifa jadi macam tu kerana dadah. Dan ayah jenis macam akak ambil mudah dan tak makan ubat macam doktor sarankan. Dia lebih suka ambil dadah dari ubat yang di saran oleh doktor. Ayah ifa fikir ubat tu untuk orang gila saja." kataku dengan nada agak sebak.

"Ifa percayalah lepas ni akak akan makan ubat dengan teratur... Akak janji demi anak Ifa akak akan cuba... Tolong jangan beritahu abang Aimin" kata kak Janatil.

"Baiklah, nanti Ifa akan teman akak pergi hospital jumpa pakar psikiatri,bila jadual akak kena jumpa doktor." kata ku. Sambil memengang tangan kak Janatil untuk menenangkan dia.

Malam ini abang Muhaimin tidur di bilik kak Janatil. Lebih kurang dalam jam 9.30 malam aku mendapat panggilan dari ibuku. Aku hairannya juga kenapa ibu menelefonku secara tiba-tiba. Aku mengakat pangilan ibuku itu. Dan aku dapat mendengar suara ibu seperti menangis.

-----------
sedikit info untuk pembaca yang di sayangi: Penyakit psikiatri ni ada banyak jenis kotegeri.. Janatil ni bukan jenis agresif. Saya juga ada kenal seorang makcik ni kawan dengan arwah mak saya. Makcik ni pun terpaksa makan ubat psikiatri kerana masa muda dia selalu kena pukul dengan mak mentua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience