Bab 31

Drama Completed 116631

"Assalamualaikum,Ifa." kedengaran ibu Afifah memberi salam di corong telefon.

"walaikumusalam, mak kenapa...suara mak macam menagis je" kata Afifah. Afifah mendengar suara ibunya seperti baru habis menangis.

"Ifa kena tolong mak... Mak perlukan duit sebanyak tiga puluh ribu ringgit. Ifa tolong minta pinjam dekat suami dan madu Ifa." kata ibu Afifah kedengaran seperti terdesak.

"Mak ,ifa mana ada duit banyak tu. Malulah ifa nak pinjam duit dekat diorang berdua...Untuk apa mak nak duit banyak tu?" kata Afifah, hatinya mula merasa tak senang bila ibunya menyuruh ia meminjam wang pada suami dan madunya.

"Suami dan madu kamukan berduit,takkan tak boleh nak bagi pinjam...Mak perlukan duit tu untuk ikat jamin ayah tiri kamu." kata Ibu Afifah cuba untuk merayu pada Afifah.

"Untuk apa mak nak ikat jamin. Biarkan je ayah dalam tu" kata Afifah agak kecewa dengan ibunya yang sanggup menyuruh dia meminjam wang semata-mata untuk mengikat jamin ayah tirinya.

"Ifa tak kesian dekat adik-adik ke? Adik kamu tu kecil lagi mereka perlukan seorang ayah. Takkan Ifa sanggup tengok adik-adik Ifa hidup tanpa kasih seorang ayah...Tolonglah mak"kata Ibu Afifah.

Afifah terdiam mendengar keluhan Ibunya. Dengan nada yang agak lemah Afifah pun berkata" Ifa akan cuba, kalau tak dapat... Mak biarkan jelah ayah dalam tu."

"Terima kasih Ifa. Ifalah harapan mak" kata ibu Afifah sebelum mematikan telefonnya.

Malam ini Afifah tidak mampu untuk melelapkan matanya. Hatinya gelisah memikirkan apa yang ibunya minta tadi. Duit sepuluh ribu yang di berikan oleh Janatil masih lagi tak di usik berada di bank. Afifah pernah juga terfikir untuk membatalkan perjanjian ia bersama Janatil.

Perjanjian Afifah dengan Janatil selepas melahirkan anak barulah Janatil akan bayar lagi sepuluh ribu ringgit. Bermakna duit tu masih belum cukup lagi sepuluh ribu. Afifah merasakan patutkah ia membiarkan saja ayah tirinya itu. Walau pun ayah tirinya pernah cuba ingin merogolnya. Tapi walau bagai mana pun dia tetap ayah pada dua orang adiknya. Apa lagi adik-adiknya masih terlalu kecil.

---------
Pagi ini Afifah agak lewat sedikit bangun dari selalu. Kerana malam tadi agak lewat baru ia boleh boleh melelapkan mata. Sehingga membuatkan Muhaimin menyuruh Janatil mengejutkan Afifah di biliknya untuk sembahyang subuh bersama-sama. Janatil pun pergi ke bilik Afifah dan mengetuk pintu bilik. Tapi tidak ada sahutan dari Afifah. Lalu Janatil pun cuba membuka pintu bilik tersebut. Dan pintu bilik pun terbuka,rupanya Afifah tidak mengunci pintu.

Janatil pun menghampiri Afifah yang masih lena. Lalu mengocangkan sedikit tubuh Afifah barulah Afifah membuka matanya.

"Ifa bangun... Abang Aimin ajak sembahyang jemaah sama-sama" kata Janatil.

"Baiklah, maaf Ifa lewat bangun sikit" kata Afifah sambil bangun untuk mengambil wuduk. Selesai Afifah mengambil wuduk dan memakai telekung barulah mereka menunaikan sembahyang subuh.

Usai menunaikan sembahyang subuh Janatil dan Muhaimin pun bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Sementara itu Afifah pula sempat juga membancuh air buat suami dan madunya. Selepas meminum air yang di bancuh Afifah dan memakan roti yang sapu jem. Muhaimin dan Janatil pun bertolak untuk ke tempat kerja.

Esok Janatil akan mengambil cuti kerana ia ada temu janji bulanan di hospital bahagian psikiatri. Seperti yang di janjikan, Afifah akan ikut menemani Janatil. Janatil juga sudah memberi alasan pada Muhaimin mengatakan ia mahu membawa Afifah membeli baju ibu mengandung.
--------
Jam sudah menunjukkan 8.00 pagi Muhaimin pun sudah berangkat ke tempat kerja. Sekarang masa untuk Janatil dan Afifah pula berangkat ke hospital. Sampai di hospital Janatil pun memandu keretanya menuju ke bahagian Pakar Psikiatri. Nasib baik masih ada kosong lagi tempat parking yang berdekatan dengan bahagian Pakar Psikiatri. Jadi tidaklah terlalu jauh untuk mereka berdua berjalan.

Masuk saja di dalam klinik Pakar Psikiatri Janatil pergi ke tempat pendaftaran. Tak lama kemudian baru Janatil di beri nombor giliran. Agak ramai juga orang pada hari ini. Afifah tak sangka ramai juga rupanya orang yang mengalami masalah psikiatri ni.

Afifah juga baru tahu jenis penyakit psikiatri yang di alami oleh Janatil. Janatil di sahkan mengalami penyakit psikiatri Major depressive disorder (MDD) atau bahasa melayu kemurungan. Janatil mengalami 5 gejala dari 9 simtom penyakit kemurungan.

Sembilan simtom itu ialah (1)Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari,setiap hari dalam tempoh 2 minggu...(2)Hilang minat dan tidak lagi bersemangat untuk melakukan aktiviti yang biasanya digemari...(3)Berat badan semakin berkurangan dan tiada selera makan, atau berat badan dan selera naik mendadak...(4)Tidur tergangu sama ada semakin kurang (insomnia)ataupun terlebih tidur(hypersomnia)...(5)Hilang tumpuan dalam kerja yang dibuat dan sukar untuk membuat keputusan... (6)cepat letih dan kurang bertenaga untuk melakukan aktiviti harian...(7) Pergerakan dan pemikiran terasa perlahan atau rasa tidak tenang(agitated)...(8) Perasaan bersalah yang tidak setimbal dengan apa yang berlaku( contohnya berasa seperti menjadi beban kepada orang tersayang)...(9)Ada keinginan untuk mati,sama ada berfikir tentang membunuh diri, membuat perancangan untuk membunuh diri,atau pun mencederakan diri(self harm).

Kecelaruan Kemurungan Major(MDD) adalah penyakit perubatan yang perlu dirawat. Kesedihan yang dialami oleh mereka yang mengalami penyakit ini adalah berbeza dengan stress dan kesedihan yang dialami oleh insan-insan yang sihat. Mereka mengalami sekurang-kurangnya 5 daripada 9 gejala yang di atas tadi.

Pada mula sebelum Janatil di rujuk ke pakar psikiatri. Janatil terlebih dulu datang ke klinik kesihatan biasa. Selepas doktor di klinik kesihatan memberi surat rujukan ke pakar psikiatri. Barulah Janatil mula pergi ke pakar psikiatri atas nasihat doktor.

Selesai mengambil ubat Janatil dan Afifah pun keluar dari klinik Pakar Psikiatri. Dan berjalan menuju ke arah tempat kereta di parking. Sampai di kereta mereka berdua pun masuk ke dalam kereta. Janatil pun menghidupkan enjin keretanya dan mula memandu keluar dari perkarangan hospital.

"Akak lepas ni jangan lupa makan ubat ikut yang doktor sarankan tau" kata Afifah.

"Akak janji akan ikut apa yang doktor sarankan...Ifa jangan risau. Nanti kita pergi makan dulu,baru kita pergi shopping Mall." kata Janatil. Lalu ia pun memberhentikan keretanya di sebuah restoran. Selesai memarkir kereta dan mematikan enjin mereka pun keluar dari dalam kereta. Dan menuju masuk ke dalam restoran.

Selesai makan Janatil dan Afifah pun meneruskan perjalanan mereka menuju ke Shopping Mall. Janatil juga memilih berapa helai baju ibu mengandung untuk Afifah. Afifah agak segan dengan Janatil kerana Janatil yang telah membayar semua baju-baju itu. Walau pun Afifah ingin mengunakan duitnya sendiri tapi Janatil tidak membenarkan. Muhaimin ada memberi duit nafkah untuk Afifah setiap bulan.

Afifah hampir terlupa mengenai masalah ibunya. Kerana Afifah terlalu ralit berjalan bersama dengan Janatil di sekitar shopping Mall. Mereka juga membeli barang-barang dapur. Dan barang-barang keperluan lain.

Usai membeli apa yang patut di Shopping Mall. Mereka berdua meletakan barang-barang yang di beli tadi ke dalam bonet kereta. Selesai meletakkan barang ke dalam bonet mereka berdua pun masuk ke dalam kereta. Masuk saja ke dalam kereta tiba-tiba telefon Afifah berbunyi. Afifah pun mengambil telefonnya yang berada di dalam hand begnya. Afifah melihat pangilan itu dari ibunya. Lalu Afifah pun menjawab pangilan tersebut.

Sementara itu Janatil mula menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari Shopping Mall.

"Assalamualaikum,Ifa dah tanya belum pada suami dan madu Ifa tentang mak nak pinjam duit" kata suara ibu Afifah di balik telefon.

Afifah agak tergamam dengan pertanyaan ibunya yang seperti terdesak sangat. "Waalaikumusalam, mak sabarlah dulu. Ifa tak dak masa lagi nak bagi tahu" balas Afifah dengan nada suara yang agak perlahan. Risau jika Janatil akan mendengar apa yang ia bualkan bersama ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience