Bab 27

Drama Completed 116631

Selepas makan dan mengemas apa yang patut Muhaimin dan Janatil pun duduk di sofa ruangtamu.

"Hal apa yang abang nak bagi tahu sangat ni" tanya Janatil.

"Abang nak bagi tahu tentang ifa"kata Muhaimin.

"Ada apa dengan Ifa...Ifa sakit ke? " soal Janatil agak terkejut.

"Tak adalah Ifa sihat je" kata Muhaimin.

"Habis tu kenapa." tanya Janatil ingin tahu.

"Macam ni... Ifa dia mengandung anak kembar" kata Muhaimin.

"Betul ke bang... Syukurlah tak sangka sayang akan dapat dua orang anak terus" kata Janatil.

"Betul juga,anak abang dengan Afifah pun anak sayang juga" kata Muhaimin. Hatinya berasa lega melihat reaksi Janatil yang gembira bila mendapat tahu Afifah mengandung anak kembar.

"Lagi satu abang nak bagi tahu sayang ni...sebenarnya waktu rehat tengahari abang akan ke rumah Ifa untuk makan masakan Ifa. Harap sayang tak kisah." kata Muhaimin. Dan matanya memadang reaksi Janatil.

Janatil terdiam buat sementara waktu mendengar kata-kata suaminya itu. "Tak mengapa sayang tak kisah" kata Janatil.

"Baguslah macam tu...kalau tak ifa tu risau sangat takut kamu tu marah dekat dia" kata Muhaimin.

"Abang,sayang nak masuk bilik dulu, nak lipat kain yang berlogok tu" kata Janatil lalu bangun dan berjalan menuju kebilik.

"Aku kena sabar sampai ifa bersalin. Lagi pun aku akan dapat anak kembar biarlah abang Aimin nak jumpa ifa tiap-tiap hari pun. Lepas ifa habis pantang aku tak perlu lagi berbagi kasih dengan ifa. Yang penting aku yakin aku akan sihat dengan adanya anak-anak ifa. Aku tak perlu makan ubat dah. Ubat tu tak sesuai dengan aku." bisik hati Janatil.

Paginya seperti biasa Muhaimin dan Janatil berangkat bekerja. Malam tadi tanpa Muhaimin sedari Janatil agak sukar untuk melelapkan matanya. Ubat psikiatri yang ada di tempat ubat terpaksa Janatil ambil dan makan.

Janatil jarang ingin memakan ubatnya itu jika ia merasakan baik-baik saja. Tapi bila fikirannya semakin celaru dan tak mampu untuk melelapkan mata barulah ia akan makan. Walau pun doktor telah menasihatinya supaya memakan ubat itu setiap hari ikut aturan yang di berikan. Tapi dia masih juga degil kerana Janatil merasakan ia mampu untuk mengawal emosinya.

Jam sudah hampir pukul 12.00 tengahari sudah hampir waktu rehat. Janatil dan pekerja-pekerja lain mengemas meja mereka.Untuk pergi makan tengahari di gerai berdekatan dengan bangunan tempat mereka bekerja. Janatil dan Shahira kawan rapatnya berjalan beiringan keluar dari bangunan untuk ke gerai.

Keluar saja Janatil dari bangunan terdengar ada orang menjerit memangil namanya.

"Kak Janatil!" jerit seorang wanita. Janatil pun memadang ke arah wanita tersebut. Janatil kenal wanita itu. Wanita itu adalah sepupu Muhaimin bernama Atirah.

"Kak Janatil boleh kita jumpa sekejap... Ada hal yang ingin saya beritahu pada akak ni" kata Atirah.

"Shahira kamu ikutlah yang lain pergi makan... Aku nak jumpa dengan sepupu suami aku sekejap" kata Janatil. Lalu Shahira pun berjalan mengikut rakan sekerja yang lain berjalan menuju ke gerai.

"Ada hal apa yang sampai tak sabar nak bagi tahu ni" kata Janatil.

"Sabarlah dulu... Jom kita pergi duduk dekat bangku tu" kata Atirah lalu berjalan ke arah bangku tak jauh dari mereka.

Janatil dan Atirah pun duduk di bangku tersebut. "Apa dia, cakaplah" kata Janatil.

"Kau ni tak sabar sangatlah... Kau tahu tak abang Aimin tu selalu pergi rumah madu kau tu bila tengahari" kata Atirah.

"Aku tahu je...kenapa" kata janatil sambil tersenyum sinis pada Atirah.

"Kau tak cemburu ke... Hampir tiap-tiap hari jumpa,patut bila giliran kau kena la makan dengan kau bila tengahari" kata Atirah cuba untuk menghasut.

"Nak cemburu buat apa...aku yang pilih jodoh tu untuk abang Aimin. Lagi pun madu aku tu tengah mengandung" kata Janatil lagi.

"Mengandung... Betul ke?" kata Atirah.

"Kau tak payahlah masuk campur urusan rumah tangga kami... Dahlah aku nak pergi makan ni" kata Janatil lalu ia pun berjalan meninggalkan Atirah.

"Aku rasa macam ada tak kena je dengan dua orang madu ni... Mesti ada apa-apa ni" bebel mulut Atirah.

Selepas Janatil pergi meninggalkannya. Atirah pun pergi menuju ke arah keretanya. Hatinya terasa sakit apa yang di rancang tak berjaya. Asalnya ia berharap Janatil dan madunya bergaduh. Dan Atirah akan cuba berbuat baik pada Janatil. Manalah tahu selepas Janatil bergaduh dengan Afifah. Janatil akan memujuk Muhaimin menceraikan Afifah. Dan mengantikan ia pula sebagai madu Janatil.

Tapi harapan Atirah musnah bila mendapat tahu Afifah sudah mengandung. Adakah ini bermakna ia sudah tidak ada peluang lagi untuk menjadi isteri Muhaimin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience