Bab 24

Drama Completed 116631

Hari ini dalam pukul 1.00 petang barulah majlis akikah selesai. Dan ramai juga yang sudah pulang selepas menjamu makanan yang di sediakan.

"Zuha kau sampai bila bermalam dekat sini?" tanya Afifah.

"Petang ni dalam pukul 6.00 aku dan mak nak balik dah" kata Fazuha.

"Ala,kenapa nak balik dah...tak puas nak sembang" kata Afifah agak sedih.

"Nak buat macam mana,lusa mak aku nak buka kedai dah. Esok kena pergi beli barang yang dah habis dekat kedai tu...sebab tu kena balik petang ni juga" kata Fazuha.

"Ya lah... kau ada jumpa mak dan adik-adik aku tak?" kata Afifah.

"Ada je jumpa kadang-kadang. Aku lupa nak bagi tau. Ikbal dah kerja dekat kedai mak aku gantikan tempat kau." kata Fazuha.

"Ya ke, amboi dia tak bagi tahu pun dekat aku... Sedangkan aku selalu je whatsapp dia." kata Afifah agak kecewa bila ikbal tidak memberitahu tentang dia sudah bekerja sambilan di kedai makcik Zaiton.

"Ikbal risau kau tak setuju dia kerja sambilan dekat kedai mak aku... Sebab tu dia tak bagi tahu, Ikbal bagi tahu kau ada kirim duit dekat dia"kata Fazuha.

" Ya lah, aku risau dia tak cukup duit belanja. Lepas tu nak beli buku runjukan lagi. Mak aku tu kerja kerani kilang je. Adik aku yang dua orang tu kena hantar pengasuh. Separuh gaji mak aku je dah kena bayar duit pengasuh... Tu belum lagi kalau rotex dan insuran kereta mati. Dengan nak bayar duit rumah lagi."kata Afifah.

"Ya lah aku faham masalah keluarga kau" kata Fazuha.

"Zuha kau tengok ayah tiri aku tu dah ada kerja belum ya?" tanya Afifah.

"Entahlah, tapi mak aku kata kadang-kadang dia ada juga kerja. Tapi kerap duduk dekat rumah juga la" kata Fazuha.

"Ifa dah makan belum" tanya Janatil yang tiba-tiba datang menghampiri Fazuha dan Afifah.

"Belum lagi...lupa ralit bersembang dengan Zuha" kata Afifah sambil matanya memadang ke arah Janatil.

"Kalau macam tu pergi makan... Lagi pun orang pun dah tak ramai ni" kata Janatil.

"Ya lah, akak dan abang Aimin dah makan ke?" tanya Afifah pula.

"Akak dan abang Aimin awal-awal tadi dah makan... Tengok kamu berdua ni asyik berkepit je malas nak kacau" kata Janatil.

"Biasalah kak dah lama kut tak jumpa" kata Fazuha. Lalu Afifah dan Fazuha pun bangun untuk pergi mengambil nasi dan lauk untuk makan.

Petangnya dalam pukul 6.00 Fazuha dan Makcik Zaiton pun berangkat pulang ke rumah mereka. Sebelum masuk ke dalam van Fazuha dan makcik Zaiton bersalam dengan semua ahli keluarga Janatil. Fazuha dan Afifah pun berpelukkan tanda perpisahan.

"Lepas ni tak tahu bila pulak kita boleh jumpa. Sebab bulan depan aku dah nak daftar masuk ke tempat aku nak sambung berlajar." kata Fazuha.

"Nampaknya aku dah tak boleh nak kacau kau la malam-malam" kata Afifah.

"Nanti kalau aku free aku telefon la kau" kata Fazuha.

Fazuha dan makcik Zaiton pun masuk ke dalam van selepas selesai bersalaman tanda untuk mengundurkan diri. Tak lama selepas Fazuha dan makcik Zaiton masuk ke dalam van. Makcik Zaiton pun memandu vannya itu keluar dari halaman rumah keluarga Janatil.

Afifah nampak agak sedih bila melihat kawan rapatnya tu sudah pulang. Tinggal lah Afifah bersama ahli keluarga Janatil dan suaminya Muhaimin. Janatil dan Aimin dapat merasakan perubahan Afifah selepas Fazuha dan makcik Zaiton pulang. Selepas solat magrib Afifah hanya duduk di dalam bilik Janatil saja.

"Ifa sedih ya sebab Zuha dah balik" kata Janatil.

"Tak ada lah." kata Afifah.

"Macamlah akak tak perasan... Tadi masa ada Zuha ke hulu ke hilir berdua je" kata Janatil.

"Kita nak balik bila ya" tanya Afifah.

"Tu boring lah tu sebab dah tak ada kawan...kita balik esok tengahari lepas makan" kata Janatil.

---------
Lepas makan tengahari Muhaimin, Janatil dan Afifah pun bersalaman dengan ahli keluarga Janatil. Sebelum mereka bertiga mengundurkan diri untuk pulang. Perjalanan kali ini Muhaimin menurunkan tingkap kereta dan tidak memasang aircond. Kerana sudah mengetahui Afifah tidak tahan dengan aircond.

Perjalanan kali ini hanya sekali saja mereka berhenti untuk ke tandas dan Afifah juga hanya sekali saja merasa ingin muntah. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan. Kerana malam ini giliran Afifah jadi Muhaimin menghantar Janatil dulu pulang kerumah. Barulah ia memandu menuju ke rumah Afifah pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience